WARGA SCP

Khamis, Mac 07, 2013

USA PART 55 : WARNA-WARNI KEHIDUPAN

ALHAMDULILLAH

Sesungguhnya hidup kita ini sebenarnya sungguh indah kerana sentiasa diserikan dan diwarnai dengan pelbagai warna-warni kehidupan .

Ada yang hitam,
Ada yang putih,
Ada yang kelabu taik anjing,
Ada bak warna pelangi yang indah.







Paling best jika semua warna kehidupan yang kita pernah rasai dan kecapi yang juga telah membentuk jati diri sendiri. Pasti kita semua pernah merasai peristiwa pahit dalam kehidupan yang semesti kita sama kan pula dengan warna hitam dalam kehidupan.

Apabila kita merasai sesuatu yang indah pula, pasti kita samakan dengan warna putih kehidupan.

Kalau yang kelabu pula pasti kita samakan dengan kehidupan yang kita lalui kira tak putih dan tak hitam dan macam "blur" je.

Aku dah rasa semua nikmat warna-warni kehidupan .

Aku rasa seronok sangat menikmati warna-warni kehidupan yang Allah kurniakan pada ku dari dulu hingga sekarang . Menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran walaupun kekadang sebagai manusia yang penuh kekurangan dan kelemahan , terasa akan keperitan hidup ini dengan serba kekurangan dan kelemahan suatu ketika dulu .

Aku pernah merasai dihina dan dipandang sinis , namun kehidupan harus diteruskan . Adakah kita harus mengalah dengan hanya hinaan dari sesama manusia kerana kita serupa je di sisi Allah .

Begitu juga sebaliknya, adakah kita merasa bangga diri dengan pujian yang melambung dari  sesama manusia yang juga sama pada pandangan Allah. 

Duniakan hanya sebuah pentas opera. Tapi terpulang pada kita nak corakkan samada opera tu "opera cina" yang sinonim dengan bunyi "tungggggg. tingggggg" atau "opera melayu" yang penuh dengan sifat hasad dengki yang dah tersemat sejak zaman si kitul lagi semasa Melaka jatuh ke tangan penjajah dulu.






Semua warna kehidupan yang Allah kurniakan pada kita pasti mempunyai hikmah dan rahsia yang tersembunyi yang perlu kita renungkan dan fikir-fikirkan.

Namun itu tak pernah memadamkan hati dan perasaan aku untuk terus menikmati kehidupan mengikut apa yang Allah kurniakan pada ku ketika itu kerana prinsip kami berdua, kalau sikit gitu Allah bagi, sikit gitu jugalah kami manafaatkan dan raikan dan begitulah sebaliknya. Yang pasti, warna-warni kehidupan yang Allahh kurniakan kepada kita , kita raikan dengan sebaik mungkin dan tidak melanggar batas2 dan prinsip islam.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan dan mengurniakan kepada kami warna-warni kehidupan dalam pelbagai warna .





Sebagai tanda terimakasih kita pada Allah yang menyinari kehidupan kita sebagaimana ia menyinari bumi dengan limpahan cahaya mataharinya, apa kata sama-sama amalkan solat sunat israk di pagi hari selepas matahari naik lebih kurang segalah sebagai amalan harian.

Apa kata kalau kita selalu mulai aktiviti pagi kita dengan update blog atau atau update status kat FB dan apa jua pun yang kita update, kali ni kita ubah sikit selepas matahari naik segalah, kita updated amalan kita dimulai dengan solat sunat israk pula.

Memang memula tu pasti agak sukar , tapi percayalah, lama-kelamaan pasti ia menjadi terapi dalam memulakan  pagi yang indah dengan kilauan warna-warni kehidupan.

Bukan lama pun dalam 2-3 minit je kita luangkan masa untuk tu serta 2 rakaat je . Kalau kita memandu kereta dan berblog 2-3 jam boleh, takkan lah 2-3 minit kita tak boleh luangkan untuk amalkan solat sunat israk ni dan berdoalah nanti seperti disarankan :






JOM LAYAN BEBERAPA LAGI KEPING FOTO
WARNA-WARNI DISNEYLAND PARADE 
NI SEBAGAI TERAPI MATA

SEMOGA KEHIDUPAN KALIAN HARI INI
DIWARNAI DENGAN WARNA-WARNI KEBAHAGIAAN
INSYALLAH







9 ulasan:

  1. As Salam pak itam

    Lama tak mengomen di sini, alhamdulillah..setuju dengan catatan pak itam...hari ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      lama tak mengomen takpa,jangan lama tak mengomel hehehe

      Padam
  2. Terima kasih kerana memperingatkan saya utk 'update' :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 kak

      ingatan utk diri saya jugak

      Padam
  3. Salam bapak. Terima kasih kerana tolong mengingatkan. Kekadang (selalu sebenaqnya) saya terbawak2 dengan hal yg melekakan & melalaikan. Saya kena selalu beringat tentang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      biasalah,kita manusia yg penuh kekurangan mcm bapak jugak
      kekadang terleka jugak hal dunia

      Padam
  4. as-salam..
    hidup ni kadang-kadang seperti pelangi tujuh warna..indah sangat...dan kadang-kadang gelap dan kelabu seperti awan yang sarat menampung titis air..
    macammana sekalipun..kena ikhlas menerimanya. Allah sentiasa memberikan apa yg sesuai dan terbaik buat kita.

    terima kasih atas peringatannya. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      walau apa warna kehidupan yg Allah bagi kat kita, kita raikan dgnn penuh kesyukuran, insyallah

      Padam
  5. Tanpa NamaMac 31, 2013

    As salam tuan, terima kasih. Saya pinjam kata-kata tuan yer. CZ.

    BalasPadam