بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Kehidupan ku masih diselubungi suasana kekampungan di teratak buruk ku tepi hutan yang merupakan tempat aku berteduh sejak 25 tahun lalu ketika aku menjejakkan kaki ku ke sini. Embun jantan pagi masih menitik di sini lagi sambil kokokan ayam jantan bersahutan antara satu sama lain berlawan-lawanan menunjukkan kejantanan mereka hampir setiap pagi.
kehijauan masih menyeliputi
Telur sebiji, riuh sekampung masih praktikal di sini di mana sekor ibu ayam bertelur, maka akan riuhlah sekampung yang mana menganggu rehat ku di dinihari kerana biasanya ia bertelur kat celah2 pasu bunga yang terdapat di sekeliling rumah.
Dulu kalau nak makan ayam kampung, tak perlu beli kat pasar. Cukup hanya malamnya berbekalkan lampu suluh dan jaring . Mengendap dan menyuluh mata mereka dan serkup dengan jaring . Mereka tidur di atas pokok keliling rumah.
Kalau 25 tahun dulu , kemudahan asas di sini tiada,letrik guna generator, air kena angkut, jalan tanah merah, tapi kini telah berubah sama sekali. Namun yang tak berubah-ubah hingga kini ialah penunggang motorsikalnya di sini yang punya "lesen agong". Keluar dan jalan sesuka hati dah sebati dengan keadaan di sini dan kepala mereka semua keras hingga tak perlu pakai helmet hahaha
kelihatan teratak usang aku dari kebun aku noreh
Ketika aku bersiap2 menyarung celana ku untuk keluar menoreh selepas subuh tadi, kedengaran bunyi kentung , tung,tung,tung,tung,tung ....... yang diketuk berirama berbelas kali sayup2 kedengaran dari sebuah surau di kampung berdekatan. Aku tahu bahawa seorang lagi orang kampung telah kembali mengadap ilahi. Selepas itu pengumuman dibuat melalui pembesar suara tentang kematian "si polan bin si polan" serta meminta seluruh penduduk kampung agar dapat sama2 datang menziarahi dan menguruskan jenazah tersebut. Jenazah akan diuruskan bersama2 secara gotong-royong.
Suasana ini berbeza sekali dengan di bandar yang mana pengurusan jenazah yang menjadi fardhu kifayah telah mula menjadi sumber pendapatan yang lumayan hinggakan sehingga 700-800 ringgit diminta atas nama upah untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Itu belum lagi 300-400 ringgit untuk upah menggali liang lahad.
Pasti bunyi kentung tung,tung,tung,tung yang panjang ini bukan sesuatu tanda yang menggembirakan tapi kematian itu pasti seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
israk yang indah , kubah masjid jamek samar2 di atas bukit tu
Pasti bunyi kentung tung,tung,tung,tung yang panjang ini bukan sesuatu tanda yang menggembirakan tapi kematian itu pasti seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Ali Imran :185
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Al Jumu’ah: 8.
"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
Hanya di kampung je dengar bunyi kentung ni, kalau kat tengah KL kedengaran bunyi kentung ni , pasti kejap lagi ada yang buat report polis atas alasan ganguan hehehe
Al Fatihah .
Al Fatihah .
Suasana ini sama seperti di kampung saya dulu.
BalasPadamKentung itu disebut kerantung di kampung saya.
Kalau berlaku kematian, biasanya orang kampung memanggil bapa saya (kini sudah arwah) untuk menguruskan jenazah, imamkan solat jenazah dan membaca talkin di kubur.
Inna lillahi wainna illahi rojiun.
kalau dah takde semua org tua a.k.a orang lama dan tak diwarisi , semua nanti akan tinggal kenangan je kak
Padamkat sini ok lagi kalau berlaku kematian , ramai lagi orang2 tua yang boleh uruskan dan bimbing orang2 muda pula
kentung juga masih dibunyikan di kampung saya jika ada kematian. Kalau tak silap cara ianya diketuk berbeza mengikut jantina. Bila terdengar automatik hati rasa sayu.
BalasPadammmg cara ketuk berbeza pasal dedulu takda PA Sistem boleh buat pengumunan dari surau or masjid macam sekarang, jadi cara ketuk dan bilangan ketuk mengambarkan samada lelaki atau perempuan yang meninggal
Padamsemalam tu suami isteri masih muda umur 24-27 meninggal dunia akibat kemalangan , sorang dari Kg A dan sorang Kg B, sebelah menyebelah .
Jadi jenazah dibawa ke rumah ibubapa mereka memasing utk disempurnakan, cuma bergerak ke kawasan perkuburan je bersama2 kerana kat sini hanya ada sebuah kawasan perkuburan utk ke empat2 buah kg.
Arwah suami isteri serta anak yg masih dalam kandungan dikebumikan bersama satu liang.
AL FATIHAH