WARGA SCP

Isnin, Mac 04, 2013

PART 53 USA : IKUTLAH SALURAN YANG BETUL DAN DIBENARKAN

ALHAMDULILAH

LGBT adalah singkatan untuk Lesbian, Gay, Bisexsual and Transgender.

Senang cerita maksudnya semua boleh kot

Tak kira lelaki sesama lelaki ke atau wanita sesama wanita ,atau lelaki pun boleh dan wanita pun boleh ,  lobang depan atau lobang belakang sama je dan  takda beza.

Lobang tu kawan dia punya pun dia boleh "sesah" sesama dan ramai2 kongsi .

Suatu hari aku rasa bila depa kepingin lobang di hidung, mau dia tutuh juga.

Maaf sekiranya bahasa yang aku gunakan agak kasar .

Sebenarnya masalah ini telah wujud sejak zaman Nabi Allah Luth lagi hinggakan Allah menurunkan bala bencana yg amat dahsyat ketika itu hingga melenyapkan kaum tersebut.

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya surah "Al-Anbiyaa" ayat 74 dan 75 , surah "Asy-Syu'ara" ayat 160 sehingga ayat 175 , surah "Hud" ayat 77 sehingga ayat 83 , surah "Al- Qamar" ayat 33 sehingga 39 dan surah "At-Tahrim" ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya sedangkan suami mereka adalah Nabi .



ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱمْرَأَتَ نُوحٍۢ وَٱمْرَأَتَ لُوطٍۢ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَٰلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًۭٔا وَقِيلَ ٱدْخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٰخِلِينَ

Surah At-Tahrim, Ayat 10 

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

Adakah kita mahu menafikan permasalahan ini sedangkan ia telah tercatat dalam kitab suci kita selama ini agar diambil perhatian, ikhtibar serta pengajaran daripadanya.


Sebenarnya banyak peninggalan sejarah untuk kita renungi dan mengambil ikhtibar darinya antaranya keruntuhan dan lenyapnya dari muka bumi kota Pompei yang Allah turunkan bala bencana yang amat dahsyat ketika itu hinggakan dapat kita lihat peninggalannya dalam bentuk benda maujud antaranya  manusia yang dah jadi keras dan kejung mcm patung sedang syok dok tutuh belakang kawan dia semasa bala bencana tu berlaku. 

Sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita dan kita ambil ikhtibar darinya. Allah turunkan bala bencana ketika itu akibat perbuatan maksiat terlampau yang berlaku secara terang-terangan dan berleluasa.

Apabila Allah turunkan bala bencana, semua pasti merasainya tak kira kaki bontot ka,lesbian ka, tok imam ka waima tok kadi maupun bloggers.


Perbuatan dan maksiat yang dilakukan oleh penduduk Kota Pompei ketika itu seakan sama dengan perbuatan maksiat yang melampaui batas yang dilakukan oleh penduduk Sodom dan Gomorah.  

Maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu di Pompei seumpama meneguk segelas air dan ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompei yang ditemui semula oleh para arkeologi .Kota Pompei akhirnya hilang dimakan dan ditelan bumi. 

Maukah kita juga menerima nasib yang sama???
Tepuk dada, tanya selera ....



Di Los Angeles sendiri di kawasan Down Town Hollywood kelihatan bendera bagi kaum LBGT ini yg boleh kita kenali dengan corak warna pelangi berkibar megah menandakan kehadiran mereka yang mendiami kejiranan tersebut tanpa perlu berselindung lagi.

Di sini juga "Gay and Lesbian Centre" melambak untuk mereka menjalanlan aktiviti secara sah kerana undang2 California membenarkannya.
 

Sebenarnya corak pemerintahan dan pengubalan undang-undang di US agak berbeza sama sekali dengan negara kita kerana di US setiap negeri yang berjumlah 50 buah semuanya mempunyai kuasa mutlak terhadap pengubalan undang-undang mengikut kehendak mereka masing2 tanpa memerlukan kelulusan kerajaan pusat di bawah pemerintahan Mr Presiden.

Ada negeri di America seperti California   menyokong aktiviti songsang ini dan meluluskan undang2 yang menghalalkan perkahwinan sejenis buat golongan ini manakala ramai juga negeri dan majoriti penduduk America sendiri pun membantah dan menghalang kerana ini semestinya telah menyalahi peradaban manusia yang pasti akan mencipta keruntuhan bukan sahaja dari segi akhlak, malah lebih dari itu.

Namun ketika ini walaupun undang2 perkahwinan sejenis telah diluluskan di California, namun Mahkamah Persekutuan America sedang melakukan proses undang-undang menurut kapasiti mereka untuk membatalkan undang-undang tersebut. Ini menunjukan bahawa perkahwinan sejenis ini mendapat tentangan sebenarnya dari pihak majoriti.
  
Sebenarnya bukan hanya agama islam menentang perbuatan dan aktiviti perkahwinan sejenis, malah agama-agama lain seperti kristian dan lain2 juga membantah keras kerana ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama memasing .



Golongan ini cuba menghalalkan aktiviti ini atas dasar "hak individu" sendiri tanpa perlu orang lain campur tangan. 

Kalau di San Francisco , sebuah petempatan yang tidak asing lagi dikenali sebagai The Castro District di Eureka Valley merupakan sebuah petempatan yang sah bagi golongan ini.
 
Jangan terperanjat jika kita bisa ketemu pasangan sesama jenis jalan berpimpin tangan ,berpeluk-pelukan malahan berkucupan sesama sendiri dan ramai antara mereka bukan calang2 orang kerana ramai yang berkelulusan tinggi dan bekerja secara profesional. Kalau lihat susuk tubuh mereka yang lelaki, pasti kita tak sangka mereka cenderung kepada hubungan sejenis. Yang perempuan pun begitu .
  

Tu sebab aku mengatakan jika Kota Vegas menjadi pusat perjudian yang terkenal seantero dunia, namun bagi aku Kota San Francisco sentiasa dilaknat Allah kerana aktiviti maksiat yang terlampau ini berlaku secara terang-terangan kerana undang2 di California membenarkan perkahwinan sejenis.

Kerana ramainya golongan ini di kota San Francisco, maka tak hairanlah pada setiap tahun dapat disaksikan LGBT Parade antara yang terbesar di dunia diadakan saban tahun. Yang lelaki akan berpakaian seksi seolah2 perempuan dgn hanya bercoli dan berseluar dalam perempuan manakala yang perempuan pula dari golongan lesbian sebaliknya .

Kini kebanyakkan kota2 besar di dunia mula menjadikan perarakan ini suatu acara rasmi hinggakan kota Sao Paulo pernah diiktiraf dalam Guinness World Record sebagai penyertaan paling ramai golongan LBGT sempena perarakan kali ke 13 melibatkan hampir 2.5 juta pengamal LBGT. Angka ini sungguh menakutkan kerana di sini terbukti ramai sebenarnya yang terlibat dalam permasalahan ini.

Kat San Francisco ni , semua yang bermula dengan perkataan Gay seperti Gay Shopping Mall, Gay Cafe dan bermacam-macam lagi merupakan tempat tumpuan dan pertemuan golongan ini dan kini telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang kebanyakkannya  golongan LGBT untuk datang ke sini terutamanya di Castro District. 

Dunia semakin menuju akhir zaman.
Dunia semakin menuju keruntuhan akhlak dan peradaban.

Mungkinkah Tanah Melayu  bakal  menerima nasib yang sama???
Aku katakan demikian kerana perkara ini telah menular di kalangan masyarakat kita sebenarnya tanpa kita sedari betapa seriusnya masalah ini dikalangan anak-mudi kita.

Pengkid, gayboy bersepah di mana2 sekarang tanpa ada rasa segan silu.

Sesuatu harus dilakukan sebelum Tanah Melayu menerima nasib yang serupa

Marilah sama2 kita berusaha dan berdoa agar masalah ini yang mula menjadi masalah global tidak menjadi barah dalam masyarakat kita.

Moga golongan yang telah terpesong dan tersesat ini diberi taufik dan hidayah agar kembali kepada peradaban manusia yang sepatutnya dan juga kembali kepada fitrah alam dan fitrah kejadian manusia .

Insyallah  

8 ulasan:

  1. Salam Rezeki,
    LGBT adalah perkara biasa di USA. Di Malaysia pula ia dah lama menular. Kadang-kadang ia menjadi satu trend dan sub-culture yang amat dibanggakan oleh golongan ini. Nauzubillahimin zalik.

    Laknat Allah pasti akan tiba kepada golongan ini dan telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Terbukti juga dari peninggalan sejarah. Saya pernah ke Pompei dan melihat kota itu yang dahulunya adalah kota pelacuran, kemudian musnah kerana gempa bumi. Di beberapa kota di Cyprus yang dahulunya kota hebat juga hancur kerana gempa bumi. Saya ada ceritakan tentang ini dalam blog saya. Nanti kalau Rezeki ada masa kliklah ya.

    Saya pernah tinggal di USA (1990-1995), professor saya seorang wanita, tapi dia lesbian dan semua orang tahu dan dia sendiri beritahu. Kalau di Malaysia, kita nak tanya seseorang itu, "Are you a gay? Are you a lesbian?" tentu kita rasa soalan ini sensitif. Tetapi di USA, kalau kita tanya soalan itu mereka dengan bangganya akan mengaku dan mengucapkan terima kasih pula kepada kita. Itu sebab LGBT festival dan perarakannya sering diadakan. Majalah khas utk mereka pun ada. Di Australia pula ada satu saluran radio khas untuk golongan gay. Mungkin di Malaysia akan buat begini suatu hari nanti kalau tidak ada sesiapa yang peduli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      tentu akak ygg pernah tinggal lama di sana lebih memahami betapa masalah ni semakin parah dari hari ke sehari

      moga masalah ni dapat dibendung kat negara kita

      Padam
  2. Salam bapak. Tak dapat nak bayangkan camana kalau saya ternampak lelaki sama lelaki berpelukan & berkucupan tu, atau perempuan sesama perempuan pulak...kalau tak pitam pun, mesti pening2 lalat saya dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      ciku percaya tak yang binatang pun ada yg gay heheh

      saya kata pasal saya dah lihat hahaha

      Padam
  3. kononnya atas nama kebebasan individu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebebassan individu pasti ada hadnya

      Padam
  4. Salam Bapak

    Nak muntah kalau tertengok deme ni lalu depan mater....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      muntah ok, jangan muntah2 hehe

      tu dah jadi budaya hidup biasa kat sana dan sekrg dah menular kat tanah melayu nampaknya

      Padam