Aku sendiri tak pasti mana satu ejaan yang betul,
SATAY, ATAU SATEY ATAU SATE
tak kiralah mana satu pun ejaannya,
janji sate yang disediakan enak dimakan dan rasa sate, jangan rasa lain sudahlah
aku ni kira kategori pantang jumpa sate , kena pulak yang sedap
mau 10-20 cucuk sekali hadap je
kalau balik kg di muar, sate perut atau nama lainnya sate babat memang aku tak lepaskan,
rasanya memang enak, tapi sate ayamnya agak kurang sikit
tapi kalau tempat aku ni , takda sate babat, tapi sate ayamnya memang kelas dan sedap
dijual oleh seorg tua yang rasanya semenjak aku menjejakkan kaki ku ditepi hutan di 25 tahun dulu, dia dah meniaga dan mengipas satay ni
Sinonim dengan panggilan Wak Tukul ,
mana datang nama tu, aku sendiri tak tahu dan tak tergamak nak tanya dia,
kalau kat tanah jawa panggilannya Wak Martul dan kalau kat USA, Hammer Sr (Senior).
Aku menjadi pelanggannya sejak dulu kala lagi dari sate tu harganya 20 sen hingga sekarang ni dah jejak 50 sen, kerana sekarang ni ayam pun dah hampir 8-9 hengget se kilo berbanding dulu , kacang tanah pun dah mahal sekarang nak buat kuahnya dan arang pun juga dah mahal.
Namun sate Wak Tukul boleh tahan besarnya berbanding peniaga2 lain yg baru nak belajar meniaga sate yang kekadang satay mereka dan buat taik gigi pun tak cukup.
Wak Tukul ni kira otailah pasal dah meniaga berpuluh tahun dan membesarkan anak2nya dengan mengipas satay ni sejak dulu lagi .

Ahh, tu cite dulu zaman jepun, namun sekarang aku tetap menjadi pelanggan setia wak tukul kerana keenakkan satay yang diperapnya dan kegaringan satay yang dibakar dan dikipas tiada tandingannya
satay wak tukul juga sejak dulu lagi yang mewarnai suatu catatan perjalanan hidup ku dari dulu hingga kini
satay wak tukul juga sejak dulu lagi yang mewarnai suatu catatan perjalanan hidup ku dari dulu hingga kini
Kala azan berkumandang , ini adalah hidangan kami selain seperti biasa asam pedas.
jom kekawan, ambik sorang secucuk je buat jamah2
hehehe