WARGA SCP

Khamis, Oktober 07, 2010

AIR ZAM-ZAM, PEMBERIAN ALLAH YANG TAK TERNILAI

terdapat air zam-zam yang sejuk dan tidak
dibezakan dengan tulisan di tong

ALHAMDULILLAH

Sebut saja dua tanah suci Makkah dan Madinah,
pasti ia sangat sinonim dengan Air Zam-Zam
air mineral semulajadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t sebagai salah satu keistimewaan
di tanah suci Makkah, namun di Masjid Nabawi juga,
kita akan dapat menikmatinya .

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."
(Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Jadikan amalan meminum air zam-zam di sana sebagai rutin seharian setiap masa jika berpeluang
Melangkah masuk sahaja ke dalam masjidil haram atau masjid nabawi
terus menuju ke tong2 yang banyak disediakan
niatkan apa yang kita hajati dan berdoa sebelum meneguk air zam-zam ini
yang kelazatan dan khasiatnya yang tidak terhingga

ambillah kesempatan
isikan bekas yang dibawa

sebelum bertolak ke masjid,
bawalah sekali botol kosong air mineral yang kecil tu,
selepas minum nanti ditong yg disediakan, isikan sekali botol kosong tadi
sebagai bekalan untuk membasahkan tekak nanti
kerana mungkin kita akan berada didalam masjid dan beriktikaf dalam jangka yang panjang

ingat
apabila jemaah dalam masjid telah padat dan terlalu ramai ,
agak sukar untuk kita untuk bergerak nanti,
dan kemungkinan tempat kita akan diambil oleh jemaah lain ,
kita tidak perlu bergerak utk mendapatkan bekalan air zam-zam

Sabda Rasuluillah S.A.W:
“Perbezaan diantara kita dan kaum munafik ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.”
(Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

sebelum pulang selepas waktu solat pula,
isikan kembali botol tadi semula
apabila pulang ke hotel penginapan
air itu tadi boleh disimpan untuk bekalan minuman kita di hotel kelak.

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:
Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas:
“Tuan datang dari mana?”
Lelaki itu menjawab:
“Saya baru lepas minum air Zamzam”.
Tanya lbnu Abbas lagi:
“Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?”

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas:

“Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?”
Maka lbnu Abbas pun menjelaskan:
“Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah).

kalau terasa nak minum
minumlah sepuas-puasnya
kerana peluang meminum sepuas-puasnya
agak sukar setelah kembali ke tanah air kelak

Daripada ‘Ikramah meriwayatkan,
bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air zam-zam beliau berdoa :

“Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”
(Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Kalau kita berhajatkan sesuatu yang lain, berdoalah juga sebelum meneguk air zam-zam.Jadikan amalan ketika kita berada di sana ,
ingat semuanya percuma disediakan oleh Allah kepada Tetamu Jemputannya.

Insyallah

15 ulasan:

  1. tapi minum pun kena berpada² jugak, kalau dah terlebih input, nak putput payah juga nak bergerak cari toilet

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Terasa kenyang & nyaman bila diminum. Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Seronok akak membaca tulisan pak itam ni..terima kasih utk ilmu ini..
    Sebenarnya itulah yg akak buat semasa disana..alhamdulillah..akak sihat..takde batuk atau demam sepanjang perlakuan haji..bersyukur kehadrat Allah..yg memberi segala yg dihajati..insyaallah.
    Bekalan ubat2 untuk batuk banyak yg akak sedekahkan kat para jemaah disana..pantang jumpa org batuk , tak kira tempat..

    BalasPadam
  4. saya beli air zam2 botol di angsana, tulen tak? ada yang rasa kata dah dicampur.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Air zam-zam berasal dari mata air syurga dgn itu semestinya memberi pelbagai khasiat n faedah kpd penduduk Mekah serta tetamu2 Allah ketika berada disana.

    Pengalaman sya sendiri mendapati meminum air zam-zam berbanding air biasa (air minuman yg dibotolkan)kita akan kurang ke toilet. Minumlah sebanyaknya, insyaAllah tak memudaratkan sebagaimana yg dikata. Malahan kalau mau bertahan lama dgn wuduk yg ada, minumlah air zam-zam sahaja jgn minum air2 lain. (Sori kucingorengemok, kata beberapa pak arab "air zam-zam air yg suci, ia tak kan dinyahkan dari tubuh badan kita melalui saluran yg cemar", ni bukan hadis tau)

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah, sy memang merebut peluang meminum air zam zam itu ketika disana dulu.
    Sy niatkan macam2 hajat2 yg baik belaka..alhamdulillah..lazat dan tidak ternilai nikmat Allah itu.

    BalasPadam
  7. KOG

    nak put2 toilet mmg jauh tau hehe
    lps tu nak kena mengharungi lautan manusia

    pak itam selalu doa dan niat masa nak minum tu , salah satunya biar ALLAH pelihara wuduk hingga selesai segala urusan di dalam MH

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam ibu

    betul tu, rindu nak minum air zam2 sepuas2nya

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam kak sidah

    betul tu kak, itulah ubat batuk semulajadi pemberian ALlah

    BalasPadam
  10. mampir

    entahlah, tak tahu ketulenannya pasal tak pernah beli , harap2 peniaga islam tersebut tidak sebegitu

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam haji aki

    saya dulu selalu berdoa sebelum minum agar dipelihara wuduk setiap masa di MH

    BalasPadam
  12. walaikumsalam syima

    itu yang sepatutnya, salah satu adab meminum air zam2

    BalasPadam
  13. Apakah air zam zam boleh di langkah

    BalasPadam
  14. Apakah kiranya zam zam tinggal sedikit dlm botol kecil tak di habiskan lalu di buang merata tempat botolnya....

    BalasPadam