WARGA SCP

Rabu, Oktober 06, 2010

PUCUK UBI TETAP PUCUK UBI, TAK MUNGKIN MENJADI PIZZA

ALHAMDULILLAH

Tentu ramai antara kalian yang masih ingat , betapa enaknya rasa pucuk ubi masak lemak suatu ketika dulu masa kita kecik2 lagi ketika berada di kampung.

Masa tu kalau nak makan pucuk ubi, pegi je kat belakang rumah dan petik . Kemudian sambil tu mengutip cendawan terkukur yang tumbuh melata di batang pokok getah mati .

Yang pasti , tengahari nanti pucuk ubi masak lemak letak cendawan terkukur akan menjadi santapan tekak di meja nanti.

Sekarang ni , kalau nak benda alah ni semua dah sukar nak cari kat belakang rumah. Semua kena berbeli pula, itu pun kalau ada .

Lain dulu lain sekarang

Itulah perubahan landskap masa yang pasti ditemui oleh semua individu selagi kita bernama manusia.

takpelah, itu hukum dunia

Kalau dah masak lemak pucuk ubi ni, sebagai sayuran , apa yang sedap pula sebagai hidangan utama

Ialah, nak kena match juga . Takkan baju kurung kuning , kain hitam , tudung belang2 dan lipstick oren pula kan pakai selepar jepun

yaaaa, ikan masak sambal dan sedikit limpa dan hati sebagai penyeri



barulah ceria makan tengahari

WALAUPUN MASA BEREDAR DAN BERPUTAR
NAMUN RASA PUCUK UBI TETAP MACAM PUCUK UBI
TAK AKAN BERTUKAR MENJADI PIZZA PULA
KERANA ITULAH JUGA SEPATUTNYA HUKUM DUNIA
ASAL TANAH DARI TANAH
SEPATUTNYA KITA KEMBALI KE TANAH JUA

begitulah juga dengan kehidupan kita bernama manusia
sering terlalai dan alpa ,
selagi kita bernama manusia
namun yang penting kita tidak terus hanyut dengan sandiwara dunia ...........

7 ulasan:

  1. dunia semakin melalaikan, menghanyutkan terutama bagi muda mudi. kenalah kuatkan tambatan muga tak hanyut..

    BalasPadam
  2. nak pilih nama, tertekan tanpa nama :)

    BalasPadam
  3. Salam Pak tam...!!!!
    Mujur juga dapat pucuk ubiii....silap silap daun ubiii tua yang dijual kat pasar malammm hehehhehe.....enak sekali ya paakkkk....

    BalasPadam
  4. kak nab

    sedap tau, kalau celor air panas lawan sambal kacang pun sedap hehe

    BalasPadam
  5. mampir

    bukan anak muda sahaja , ramai juga golongan berumur yg masih hanyut dgn kemaksiatan


    moga2 kita semua sentiasa diberi petunjuk setiap masa oleh Allah

    insyallah

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam rni

    sedap neng rni , lagi2 lawan dgn sambal ikan hehehe

    BalasPadam