WARGA SCP

Selasa, Oktober 05, 2010

CABARAN BERBEZA ANTARA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

ALHAMDULILLAH

Sebenarnya cabaran antara menunaikan haji dan umrah berbeza sama sekali.
Pergi umrah diluar musim haji memakan masa antara 7-14 hari sedangkan rata2 pemergian semasa musim haji memakan masa antara 40-45 hari . Kekadang terlebih , terutamanya bagi jemaah wanita yang berada dalam keuzuran di saat2 akhir dan masih belum menunaikan tawaf haji , terpaksalah penerbangan pulang nanti ditangguhkan sehingga selesai semua rukun.

Yang pasti pasangannya atau mahram juga terpaksa bersama.

Setiap aspek fizikal dan mental perlu dimantapkan.Segala ilmu berkaitan haji dan umrah perlu dipelajari secara berguru, bukan sekadar membaca sahaja. Nanti , takut di sana kerana kekurangan ilmu, kita akan terikut2 kerana di sana , banyak mazhabnya dan lain caranya walaupun rukun haji sebenarnya sama.

Kalau berasa ragu2, bertanyalah kepada guru agama yang bertauliah yang disediakan untuk menyelesaikan segala persoalan , jangan malu2 dan segan .

wukuf di Padang Arafah
salah satu rukun Haji yang tiada dalam rukun Umrah

umrah tiada mabit di Mudzalifah
akibat kesesakan lalulintas
selalunya dari pukul 9 malam hingga pukul 6 pagi
baru mendapat giliran bertolak ke Mina
perlu mantapkan diri utk cabaran di sini

Banyakkan solat taubat sebelum dan semasa di sana meminta keampunan dari Allah kerana kita kalau boleh hendak melakukan haji yang terbaik kerana tiada balasan selain syurga untuk haji yang mabrur.

Begitu juga dengan solat hajat agar ketika di sana, segala2nya dipermudahkan oleh Allah dari segala segi dan aspek sekali pun.

Ingat, umrah tiada berwukuf di Arafah ,Mabit di Mudzalifah dan juga Mina serta melontar di jamrah . Jadi kalau boleh, fizikal kita mesti mantap kerana semua pekerjaan tersebut memerlu kudrat dan tenaga . Mulalah melakukan senaman sedikit demi sedikit agar di sana nanti, kita dalam keadaan fizikal yang begitu mantap untuk menghadapi cabaran di Arafah ,Mudzalifah dan Mina.

berulangalik dari khemah di Mina
untuk melontar pada hari 10,11,12,13
kekadang jarak pergi balik hampir 7 km
dalam keadaan jutaan jemaah
perlu kekuatan dalaman dan luaran

lihatlah jemaah yang bagai semut dari kejauhan
memenuhi bumi Mina

Keadaan setiap masa sebelum dan selepas solat di Masjidil Haram juga sangat berbeza kerana jumlah jemaah yang terlalu ramai dan padat . Kekadang nak keluar dari Masjidil Haram pun mengambil masa yang lama . Sondol menyondol menjadi perkara biasa. Jangan tersondol jemaah wanita sudah lah. Semua itu memerlukan kekuatan rohani dan jasmani serta kesabaran yang tinggi.

situasi biasa selepas setiap selesai waktu solat di Masjidil Haram
perlu kesabaran dan kekuatan dr segi fizikal dan mental

Selepas melakukan segala persediaan dari segi rohani dan jasmani, berserahlah kita secara TOTAL kepada Allah agar semuanya seperti yang dihajatkan dan dikehendaki.

Bagi golongan yang masih muda, tanamkan niat dan tekad sekarang kerana pekerjaan haji sebenarnya menuntut cabaran dari segi kudrat . Kasihan kerana melihat jemaah yang sudah tua dan uzur , baru mendapat peluang untuk menunaikannya .
Tapi apakan daya, itu semua ketentuan Allah kepada mereka.

Semuanya berbalik kepada kekuasaan Allah,
kekadang kita uzur dan sakit di tanah air, setibanya di sana, Allah mengurniakan kesihatan dan kekuatan utk mengerjakan dan mengharungi musim haji dengan jayanya

Kekadang kita semua walafiat di tanah air, tapi setiba di sana, Allah menguji dan kegala kepayahan dan penyakit .



Allah Maha Berkuasa ,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Mengetahui


20 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Sebagai jemaah mesti faham yang mana rukun & wajib. Umrah & Haji amat berbeza. Ada hari-hari yang tidak boleh ditangguh amalannya buat ibadah haji.

    Benar sekali mazhab berbeza akan kita lihat di sana. Kakak teringat ada jemaah yang tahiyat akhirnya bila sampai syahadah dia akan pusing-pusingkan jari telunjuknya. Ada yang sambil solat membetul-betulkan selendang (mereka tak pakai telekung macam kita).

    p/s: suka bila cerita bab Haji & Umrah nie

    BalasPadam
  2. Labaikallah Hummala lalaikbaik...

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Terkenang semasa mengerjakan haji tahun 2008..segar lagi di ingatan akak ..tak akan dilupakan..berjalan menuju ke jamrah sambil bertalbiah dan berpimpin tgn dgn che abg..indah dan mesra masa tu..hanya kita berdua w/pun keliling berhimpitan dgn ramainya jemaah..sgt yg sungguh manis utk dikenang..

    BalasPadam
  4. Assalammualaikom pak itam, apa kbr?
    semoga sihat selalu ya...Terima kasih atas info dan nasihat. Semoga jumpa kembali.

    BalasPadam
  5. Salam....bagus antry ingatan untuk jemaah haji.

    BalasPadam
  6. salam....teringin nak pergi lagilah....bilalah gamaknya!

    BalasPadam
  7. salam CR,
    terima kasih atas info ini. amat bermakna sekali

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    indahnya menjadi tetamu ALLAH..muga satu hari nnti ain diantara mereka jugak..InsyaALLAH.

    Terimkasih ats ilmu yg dikongsikan ini - pengalaman seorng tetamu ALLAH..(amin)

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Terima kasih di atas catatan perjalan an Haji yang Pak Itam tulis tu. Ia sangat membantu saya yang InsyaAllah akan menunaikan ibadah ini pd tahun ini. Sekurang-kurangnya sy mendapat gambaran yang lebih jelas bgmn suasana dan keadaan bg setiap pergerakan haji nanti. Ia kali pertama buat saya dan saya sangat berdebar-debar sebenarnya. Bimbang persediaan rohani tak mencukupi. Terima kasih, semoga usaha Pak Itam ini mendapat balasan pahala dari Allah taala. Amin.

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak zakie

    insyallah, yg penting kita semua nak belajar dan terus belajar mendalami ilmu agama

    yg pusing2 jari semasa tahiyat tu sebenarnya ia menulis kalimah ALLAH menggunakan jarinya sebagai tanda keesaan Allah mengikut kefahaman ajaran mereka

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kak ina

    rindukan nak ke sana lagi mengerjakan haji

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak sidah

    betul tu kak, kat sana masa yang sesuai bagi suami isteri nak mengeratkan lagi hubungan, jalan berpimpin tangan , tapi kat sini kalau dah berumur berpimpin tangan , mesti org tenguk semacam je hehehe

    tapi kalau yang bukan muhrim berbuat begitu , takpe pulak dan siap bangga lagi

    dunia akhir zaman kak

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam MI

    kami sihat2 sahaja, alhamdulillah

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam haji arshad

    sekadar mengutip kembali kenangan indah di sana

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam uncle

    tentu uncle banyak kenangan di sana krn hampir beberapa tahun uncle di sana kan

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam az

    semoga dapat dimanafaatkan

    dah settel ke tempohari ?

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam ain

    insayallah, nanti giliran ain juga akan tiba dengan izin Allah

    tanamkan niat dan tekad agar menjadi tetamu Allah suatu hari nanti

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam tanpa nama

    alhamdulillah, tuan/puan dijemput menjadi tetamu Allah

    nikmatilah sebaik mungkin saat beribadat di sana nanti, lakukan yang terbaik setiap masa

    semoga penulisan saya berkaitan haji ini dapat membantu rakan2 yang lain berdasarkan sedikit pengalaman saya ketika berada di sana

    semoga memberi manafaat bersama

    insyallah

    BalasPadam
  19. Salam Pak Itam,

    Perkongsian yang amat bagus..
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam syima

    welcome

    BalasPadam