WARGA SCP

Ahad, September 22, 2013

SEPETANG DI TENGAH LAUTAN MERAH BIRU


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



mereka tengah lakukan pemeriksaan permukaan
depa dok panjat tangga tu dan jatuhkan bola ke atas rumput
serta kira nisbah lantunan bola tersebut

Pagi Sabtu macam biasa lah aku berpasar tani. Tapi time mak Itam dok ngintai ikan , aku pulak dok ngintai tiket untuk perlawanan terakhir Liga Super yang menemukan JDT dengan Selangor.Pasar tani tu kira kat tempat parking stadium Larkin je.

Kira ni cerita dah 2 bulan lalu lah bersamaan 6 Julai 2013 dan beberapa hari je nak masuk bulan puasa,  tapi dok terperap segala ceritanya dalam kepala aku je sementara fotonya terperuk dalam lappy .

Panjang betul barisannya nak beli tiket pagi tu kerana al maklumlah perlawanan terakhir untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi naib juara Liga Super kerana antara JDT dengan Selangor selisih satu mata je.

Alhamdulillah, lauk seminggu dapat beli dan 4 keping tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut juga aku perolehi setelah beratur lama la jugak.


ramai polis dok stanby "roll call"


jauh pokcik ni datang dari Pagoh, Muar

Kebetulan pasukan Selangor yang jurulatihnya masa tu masih Hj Irfan Bakti yang merupakan kenalan aku yang lebih mesra ku  panggil dengan panggilan Abang Irfan je. Jadi pagi tu kerana hampir 6 tahun aku tak bertemu dengannya walaupun kekadang kami kerap berbual juga dalam telefon , aku ambil keputusan untuk bertemunya nanti tengahari nanti. Aku mengenali Abang Irfan semasa kami sama-sama menginap dalam satu hotel di bawah kendalian Tabung Haji Travel semasa kami mengerjakan haji penghujung tahun 2007 .

Masa tu kami sama-sama juga menginap dalam khemah yang sama semasa di Arafah dan jugak di Mina. Pukul 12.00 tgh, seperti yang dijanjikan  sepatutnya kami nak mengeteh di kedai mamak, tapi kerana ia terpaksa mengendalikan mesyuarat terakhir sesama pemain dan pengurusan sebelum turun bermain malam nanti serta kena buat sikit "nota perlawanan" nanti, maka pertemuan singkat kami hanya dapat direalisasikan di lobby Pan Pac Hotel tempat mereka menginap .




Dalam tu aku tanya adakah ia akan melatih pasukan yang sama untuk musim tahun 2014 nanti. Jawapan ringkasnya 50-50 kerana tekanan yang dihadapi sebagai jurulatih terutamanya dalam melatih pasukan yang ternama seperti Selangor sangat tinggi .

Rupa-rupanya semua dah jadi sejarah kini kerana ia telah meletakkan jawatan sebaik pusingan pertama Piala Malaysia berakhir kerana atas rasa tanggungjawab dan maruah kerana gagal merealisasikan impian Selangor untuk menjadi Juara Piala Malaysia buat kali ke 33.

Aku tabik akan keputusannya itu kerana ia lakukan atas rasa tanggungjawab . Bukan macam sesetengah jurulatih tu yang terima gaji yang mahal , tapi hasilnya yang tak memuaskan namun masih lagi tak nak lepaskan jawatan hingga terpaksa ditendang keluar nanti.

Ia suatu keputusan yang sukar tapi dengan bermaruah . Begitulah jugak kehidupan kita hari ini . Kehidupan yang kita lalui hari ini penuh dengan tekanan dan rintangan, tak kira apa pun profesion yang kita ceburi . 


lautan merah biru



Sebelum mengakhiri pertemuan singkat kami pagi tu, aku sempat minta selai jersi yang selalu dipakainya sebagai jurulatih, katanya nanti malam nanti lepas habis je perlawanan, nanti boleh bertemu seketika nanti di stadium.

Jam 5 petang, kami dah sampai di Stadium Dato Hj Hassan Yunos kerana kalau lambat nanti pasti kena berdiri la gamaknya kerana tiket hari tu habis dijual dan tiket bukan jenis ada nombor dan kategori "free seat".

Suasana petang tu meriah sungguh . Sekelip mata je tak sampai 30 minit pintu stadium dibuka untuk peminat, kebanyakkan tempat yang kira "baik punya" hampir dipenuhi oleh penonton sedangkan perlawanan hanya akan bermula 2 jam lebih lagi .

Apa yang aku perhatikan , keadaan padangnya dengan rumput dan permukaan padang memang bertaraf antarabangsa dan sangat memuaskan berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang kita banggakan , tapi lebih baik taraf permukaan padang sekolah kot.

Tu sebab aku tak heran , mengapa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Barcelona tempohari terpaksa dipindahkan ke Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang teruk dan tak mencapai standartd yang ditetapkan pasti akan membahayakan kepada pemain dan boleh mendatangkan kecederaan . Lagi pun semua pemain Barcelona tu kira standard dunia yang kaki mereka diinsurancekan berjuta ringgit.

Tapi nak buat macam mana , "Malaysia Boleh" hehehe
Buatlah dan rancanglah , tapi hasilnya macam gitu juga . 
Maka  nanti perlawanan akhir Piala Malaysia yang saban tahun dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam nanti. 

Kalau ada rezeki JDT ke perlawanan akhir nanti, nampak gaya ke Shah Alam lah kami nanti.Bukan apa, sekadar memeriahkan suasana sebagai rakyat Johor walaupun dalam IC aku bukan 01 hehehe

Aku kan lahir kat oversea iaitu Port Sweetenham hehehe

jangan hiraukan jam tu
habis bateri kot hehehe







pegawai FAM dok periksa padang
macam salesman pulak siap dengan tali leher




tempat yang dikhaskan untuk penyokong Selangor


Selasa, September 10, 2013

PART 68 USA :TERBANTUT NAK GULING-GULING KAT ATAS JAMBATAN GOLDEN GATE SAN FRANCISCO

ALHAMDULILLAH

Di kenali sebagai The Golden Gate Bridge , tapi kaler jembatannya merah dan bukan warna keemasan. Jauh sungguh larinya. Ku sangka ketibaan kaki ku ke sini disambut dengan putihnya salju, tapi sebaliknya rintik-rintik hujan yang menyambut ku.

Alhamdulillah, hujan rahmat di bumi Paman Sam setelah hampir dua  minggu aku berada di sini.

Itu membuatkan keadaan ketika itu begitu dingin sekali hingga membuatkan aku menggigil kesejukan .Nampak gaya semua kecut termasuklah jari jemari ku yang halus mulus ni. 

Bini aku tak sanggup nak keluar dan hanya melepak dalam kenderaan manakala aku gagahkan jugak untuk meninjau persekitarannya dalam rintik-rintik hujan dan kedinginan yang mencengkam hingga ke tulang. 

Aku capai "glove" dan kenakan jaket kulit ku . Ku biarkan kepala ku kesejukan kerana takde benda aku nak balut. Kalau ada kain batik ke, boleh aku balut jadikan "semutar" atas kepala gayanya macam nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan.


  



Golden Gate sebenarnya menghubungkan San Francisco dengan Marin County. Tak salah aku ia dibina dan dibuka secara rasminya pada tahun 1937. Tapi sebelum adanya jambatan ni, dedulu depa dok menyeberang gunakan feri sejak tahun 1820 lagi.

Masa tu kereta pun sekali boleh menyeberang naik feri dengan bayaran serendah USD1.00 je. Kira macam naik feri nak ke Pulau Pinang le . Jambatan ni selain digunakan oleh kenderaan , ruang berbasikal dan untuk pejalan kaki juga disediakan . 

Tapi apakan daya , kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan, aku terpaksa batalkan niat aku nak jogging dan berguling atas The Golden Gate Bridge ni . Takpa, mungkin itu alasan yang kukuh untuk aku datang lagi ke sini suatu masa nanti hehehe



Hujan gerimis yang turun agak menyukar aku untuk mencari "spot" yang baik punye dan menarik untuk aku abadikan The Golden Gate Bridge ni dari lensa ku. Jadi aku hanya dapat pusing-pusing kat tepi taman bunga kecil ni je sambil dslr aku aku terpaksa sorokkan dalam jaket ku. Kalau tak habis le kuyup nanti .

Mujur gerimis semakin reda sedikit dan dan dapatlah aku abadikan sedikit The Golden Bridge ni dari kawasan persekitaran aku berada yang agak terhad untuk mendapatkan pose2 yang menarik sementelah keadaan berkabus yang tidak menyebelahi ku.

Jika cuaca baik , mau rasanya aku sekarang tengah dok berada atas jambatan ni untuk merakamkan detik2 menarik di situ. dan  sambil berguling dari hujung jambatan sini sampai hujung jambatan sana lagaknya macam hero hindustan tengah berpacaran dengan heroin gamaknya.



berarak mendung kelabu


Selasa, September 03, 2013

USA PART 67 : GILROY PREMIUM OUTLETS ( COACH BERSEPAH WEIIIII)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم
 ALHAMDULILLAH 

Sebenarnya banyak lagi foto dan cerita masa aku pi USA tempohari hari masih dok terperap dalam notebook cabuk aku ni , tapi semenjak dua menjak ni mood nak menulis dah nak "ke laut" . Agaknya pasal dah hampir 5 tahun aku mula mencoret di SCP sejak tahun 2009 lagi, agaknya ni dah kira blog aku dah menunjukkan sintom-sintom menopause kot hehehe 

Kalau orang dedulu kata dah nak putus darah hehehe

Tu sebab sejak akhir-akhir ni aku hanya kerap merayau je dan membaca coretan rakan-rakan dan para bloggers yang aku terjumpa semasa aku dok baring-baring sebelum aku melelapkan mata masa aku dok blog walking

Tu yang kalau aku ada mood , baru aku menulis .


Hari ni aku nak cerita sikit pasal Gilroy Premium Outlets yang mana aku sempat menyinggah dan meronda-ronda sekitarannya dalam perjalanan aku dari Fresno menuju ke San Francisco .

Tempat ni terletak di 681 Leavesley Road, Gilroy California 95020. Kira dari Fresno masuk Highway 99 North dan koner baring ke Highway 152 West melalui Los Banos/Gilroy.

Tempat ni punyalah besar hingga terbahagi kepada 4 bahagian. Kira senang cerita kedai-kedainya terbahagi kepada 4 persimpangan jalan besar .Yang aku maksudkan simpang besar macam kat simpang nak kat area Jalan Ampang dan pegi Tabung Haji tu . 

Kalau silap hari bulan boleh sesat dan lupa mana kita letak kenderaan kerana rupa rekabentuk kedainya sama je dan membezakan ialah jenama yang dijual sahaja.

Semua sekali terdapat 145 buah stores dari pelbagai jenama terkenal terdapat di sini. Kalaulah dok menyinggah semua sekali dalam 20 minit je satu store, sehari suntuk kot leka kat sini hehehe
   



Sampai je masa tu , aku dok ikat dulu kuda yang kami tunggangi kat batang pokok dan cari tempat yang agak terlindung sikit dan selesaikan dulu apa yang sepatutnya sebelum kami memulakan penjelajahan dalam cuaca yang sejuk dan dingin walaupun baru nak masuk pukul 3 petang je . Karang masuk 4 lebih dah mula gelap le gamaknya .

Tu yang kat sini , waktu solat nak kena alert serta berhati-hati sikit dan tak boleh berpandukan pada jam kerana kekadang terkeliru yang dah kebiasaannya kat Tanah Melayu magrib je masuk kul 7 lebih , jadi karang dok leka tengok jam menunjukkan baru kul 3 lebih je dan terlupa ketika ini winter yang siangnya pendek sekali yang asarnya dalam kul 4 lebih sikit dah habis hehehe

 


pekerja McD ni sempat posing
semasa aku ambik fotonya





Sementara Mak Itam dok shopping kat dalam tu , aku lebih suka duduk kat luar sambil cuci mata je .  Dia tak meminati jenama Coach , tapi pesanan dari beberapa individu yang meminta dibelikan kerana kat Malaysia mahal sangat . Citarasa mak itam lebih kepada Michael Kors dan Kate Spade dan dah dapat sambar pun apa yang dia berkenan tempohari masa kat Vegas.

Aku pulak tak pasal2 hari tu masa menyinggah kat sebuah Outlets di Las Vegas dah sambar beg di butik Coach Men's kira handbag jantan jenis Bleecker Legacy Leather Bag yg harga asal USD 398.00 . Tapi less 50% dalam USD 199.00 (RM597.00).

Sebelum ni biasanya ipad ke, hp ke waima wallet aku selalu aku letak dan gunakan beg recycle je tu . Tapi lepas ni tak lagi , senang aku letak semua dalam satu beg aku bila aku nak bergerak . Lagi pun alang2 dah sampai sini, rugi tak sambar satu kerana benda yang hampir sama kat JPO ni reganya kat 1500++ .






Kan dah bilang tadi, tempat ni besar sangat dan boleh buat kita lupa mana kita bermula tadi . Kalau nak buat perbandingan dengan sesiapa yang pernah pergi JPO, kira Gilroy Premium Outlets ni kira dalam 7-8 kali lebih besar dari JPO tu .

Puas juga aku nak mengingat mana tadi aku ikat kuda tunggangan aku kerana leka dok merayau dan cuci mata kat sini . syukur akhirnya aku teringat mercu tanda masa aku mula tadi ialah di McD tu.

RJ V.
Go to the outlets during the rain. More rain, less people. Exceptions of holidays.
juan q.
parking is a disaster but the deals make up for it
Patty G.
Best time to go is during the week. Less crowds, more parking.

Yuri F.
Really good! The best outlet in CA. Don't forget to buy Levi's Jeans- 3*pcs@$95
  
Memang benar apa yang dicatatkan oleh pengunjung yang pernah sampai ke sini di internet . Parking kereta takda yang kosong . Semua penuh memanjang je . Tapi yang herannya, tak nampak pulak mana pegi semua umat manusia tu .

Rerupanya , semua dok dalam kedai yang melambak tu.

Itulah kelebihan bumi Paman Sam ni yang Premium Outlets ni kira melambak kat mana2 ceruk bandar sekali pun yang pasti sangat menguntungkan para pengguna yang mana mereka dapat memiliki barangan yang berkualiti tapi pada harga yang sangat murah .

Kira kalau handbag Coach, Michael Kors dan Tods , baju Polo Ralph Lauren ka waima jenama Timberland dll yang kita anggap barangan mewah kat Tanah Melayu, kat sini depa pakai buat pi pasar malam je hehehe

Sekiranya produk pelancongan di bumi Eropah menjanjikan landscape dan seni bina yang menarik , tapi Bumi Uncle Sam ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang sungguh menyeronokan

Jadi sediakan je fulusnya jika dah berkenan sesuatu barangan tu seperti kata bidalan  "alang-alang menyelok perkasam, biar sampai ke pangkal lengan" kalau dah sampai sini kerana kalau kita bijak, pembelian tadi dapat kita "lego" kepada kekawan yang berkenan nanti bila balik dan keuntungannya pula dah dapat menampung kedatangan kita ke sini hehehe

Kalau tak pun , kita buat pakai sendiri kerana murah bebenor dan kualitinya baik yang pasti tahan lama .

Tu sebab sekarang banyak aku lihat ramai yang berniaga online benda-benda macam ni kerana kalau takda untung, sapa yang nak berniaga.

 


 


Park Patent Carrie Tote
Rega asal USD358.00
Depa jual USD279.00
Lepas tu kasi lagi  50% disc dah jadi USD 139.50(RM 446.00 je)



Ni tak salah aku USD99.00(RM316.00)


untuk jantan pun ada