WARGA SCP

Ahad, September 22, 2013

SEPETANG DI TENGAH LAUTAN MERAH BIRU


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



mereka tengah lakukan pemeriksaan permukaan
depa dok panjat tangga tu dan jatuhkan bola ke atas rumput
serta kira nisbah lantunan bola tersebut

Pagi Sabtu macam biasa lah aku berpasar tani. Tapi time mak Itam dok ngintai ikan , aku pulak dok ngintai tiket untuk perlawanan terakhir Liga Super yang menemukan JDT dengan Selangor.Pasar tani tu kira kat tempat parking stadium Larkin je.

Kira ni cerita dah 2 bulan lalu lah bersamaan 6 Julai 2013 dan beberapa hari je nak masuk bulan puasa,  tapi dok terperap segala ceritanya dalam kepala aku je sementara fotonya terperuk dalam lappy .

Panjang betul barisannya nak beli tiket pagi tu kerana al maklumlah perlawanan terakhir untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi naib juara Liga Super kerana antara JDT dengan Selangor selisih satu mata je.

Alhamdulillah, lauk seminggu dapat beli dan 4 keping tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut juga aku perolehi setelah beratur lama la jugak.


ramai polis dok stanby "roll call"


jauh pokcik ni datang dari Pagoh, Muar

Kebetulan pasukan Selangor yang jurulatihnya masa tu masih Hj Irfan Bakti yang merupakan kenalan aku yang lebih mesra ku  panggil dengan panggilan Abang Irfan je. Jadi pagi tu kerana hampir 6 tahun aku tak bertemu dengannya walaupun kekadang kami kerap berbual juga dalam telefon , aku ambil keputusan untuk bertemunya nanti tengahari nanti. Aku mengenali Abang Irfan semasa kami sama-sama menginap dalam satu hotel di bawah kendalian Tabung Haji Travel semasa kami mengerjakan haji penghujung tahun 2007 .

Masa tu kami sama-sama juga menginap dalam khemah yang sama semasa di Arafah dan jugak di Mina. Pukul 12.00 tgh, seperti yang dijanjikan  sepatutnya kami nak mengeteh di kedai mamak, tapi kerana ia terpaksa mengendalikan mesyuarat terakhir sesama pemain dan pengurusan sebelum turun bermain malam nanti serta kena buat sikit "nota perlawanan" nanti, maka pertemuan singkat kami hanya dapat direalisasikan di lobby Pan Pac Hotel tempat mereka menginap .




Dalam tu aku tanya adakah ia akan melatih pasukan yang sama untuk musim tahun 2014 nanti. Jawapan ringkasnya 50-50 kerana tekanan yang dihadapi sebagai jurulatih terutamanya dalam melatih pasukan yang ternama seperti Selangor sangat tinggi .

Rupa-rupanya semua dah jadi sejarah kini kerana ia telah meletakkan jawatan sebaik pusingan pertama Piala Malaysia berakhir kerana atas rasa tanggungjawab dan maruah kerana gagal merealisasikan impian Selangor untuk menjadi Juara Piala Malaysia buat kali ke 33.

Aku tabik akan keputusannya itu kerana ia lakukan atas rasa tanggungjawab . Bukan macam sesetengah jurulatih tu yang terima gaji yang mahal , tapi hasilnya yang tak memuaskan namun masih lagi tak nak lepaskan jawatan hingga terpaksa ditendang keluar nanti.

Ia suatu keputusan yang sukar tapi dengan bermaruah . Begitulah jugak kehidupan kita hari ini . Kehidupan yang kita lalui hari ini penuh dengan tekanan dan rintangan, tak kira apa pun profesion yang kita ceburi . 


lautan merah biru



Sebelum mengakhiri pertemuan singkat kami pagi tu, aku sempat minta selai jersi yang selalu dipakainya sebagai jurulatih, katanya nanti malam nanti lepas habis je perlawanan, nanti boleh bertemu seketika nanti di stadium.

Jam 5 petang, kami dah sampai di Stadium Dato Hj Hassan Yunos kerana kalau lambat nanti pasti kena berdiri la gamaknya kerana tiket hari tu habis dijual dan tiket bukan jenis ada nombor dan kategori "free seat".

Suasana petang tu meriah sungguh . Sekelip mata je tak sampai 30 minit pintu stadium dibuka untuk peminat, kebanyakkan tempat yang kira "baik punya" hampir dipenuhi oleh penonton sedangkan perlawanan hanya akan bermula 2 jam lebih lagi .

Apa yang aku perhatikan , keadaan padangnya dengan rumput dan permukaan padang memang bertaraf antarabangsa dan sangat memuaskan berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang kita banggakan , tapi lebih baik taraf permukaan padang sekolah kot.

Tu sebab aku tak heran , mengapa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Barcelona tempohari terpaksa dipindahkan ke Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang teruk dan tak mencapai standartd yang ditetapkan pasti akan membahayakan kepada pemain dan boleh mendatangkan kecederaan . Lagi pun semua pemain Barcelona tu kira standard dunia yang kaki mereka diinsurancekan berjuta ringgit.

Tapi nak buat macam mana , "Malaysia Boleh" hehehe
Buatlah dan rancanglah , tapi hasilnya macam gitu juga . 
Maka  nanti perlawanan akhir Piala Malaysia yang saban tahun dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam nanti. 

Kalau ada rezeki JDT ke perlawanan akhir nanti, nampak gaya ke Shah Alam lah kami nanti.Bukan apa, sekadar memeriahkan suasana sebagai rakyat Johor walaupun dalam IC aku bukan 01 hehehe

Aku kan lahir kat oversea iaitu Port Sweetenham hehehe

jangan hiraukan jam tu
habis bateri kot hehehe







pegawai FAM dok periksa padang
macam salesman pulak siap dengan tali leher




tempat yang dikhaskan untuk penyokong Selangor


6 ulasan:

  1. Assalam Bapak,
    Apa khabar..maaf lama tak jenguk sini..harap bapak n family sihat sentiasa..waaahhh cakap pasal bola sepak ni, saya memang tak berapa tahu tapi pic tu meriahnya Nampak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Alhamdulilah,kami sekeluarga sihat sejahtera
      Begitulah jugak hendaknya LW
      hehehe dah macam balas surat kiriman pulak

      Mmg meriah
      ni Mak Itam dah ngajak tengok JDT vs Kelantan Sabtu di kat Larkin hehehe

      Padam
  2. Salam bapak. Takpalah, walaupun lahir kat obersi tapi dalam hati jiwa raga semua memang Johor kan, peminat setia team JDT ni, hehe. Awatla jam tu buat spoil pukui 1 plak, kehkeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      hehehe anak org puteh lah katakan
      mak belanda bapak inggeris hehehe

      Padam
  3. salam bapak...big fan of JDT!...saya ni je yang tak berapa semangat dengan bola..asal bola je tido, asal tido je bola...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam


      hehehe org pompuan mmg jarang minat bola
      dulu mak itam pun tak minat jugak, tapi laa ni dah berumur baru datang minatnya hehehe
      Tapi dia minat tgk kat stadium je

      Padam