WARGA SCP

Selasa, September 10, 2013

PART 68 USA :TERBANTUT NAK GULING-GULING KAT ATAS JAMBATAN GOLDEN GATE SAN FRANCISCO

ALHAMDULILLAH

Di kenali sebagai The Golden Gate Bridge , tapi kaler jembatannya merah dan bukan warna keemasan. Jauh sungguh larinya. Ku sangka ketibaan kaki ku ke sini disambut dengan putihnya salju, tapi sebaliknya rintik-rintik hujan yang menyambut ku.

Alhamdulillah, hujan rahmat di bumi Paman Sam setelah hampir dua  minggu aku berada di sini.

Itu membuatkan keadaan ketika itu begitu dingin sekali hingga membuatkan aku menggigil kesejukan .Nampak gaya semua kecut termasuklah jari jemari ku yang halus mulus ni. 

Bini aku tak sanggup nak keluar dan hanya melepak dalam kenderaan manakala aku gagahkan jugak untuk meninjau persekitarannya dalam rintik-rintik hujan dan kedinginan yang mencengkam hingga ke tulang. 

Aku capai "glove" dan kenakan jaket kulit ku . Ku biarkan kepala ku kesejukan kerana takde benda aku nak balut. Kalau ada kain batik ke, boleh aku balut jadikan "semutar" atas kepala gayanya macam nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan.


  



Golden Gate sebenarnya menghubungkan San Francisco dengan Marin County. Tak salah aku ia dibina dan dibuka secara rasminya pada tahun 1937. Tapi sebelum adanya jambatan ni, dedulu depa dok menyeberang gunakan feri sejak tahun 1820 lagi.

Masa tu kereta pun sekali boleh menyeberang naik feri dengan bayaran serendah USD1.00 je. Kira macam naik feri nak ke Pulau Pinang le . Jambatan ni selain digunakan oleh kenderaan , ruang berbasikal dan untuk pejalan kaki juga disediakan . 

Tapi apakan daya , kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan, aku terpaksa batalkan niat aku nak jogging dan berguling atas The Golden Gate Bridge ni . Takpa, mungkin itu alasan yang kukuh untuk aku datang lagi ke sini suatu masa nanti hehehe



Hujan gerimis yang turun agak menyukar aku untuk mencari "spot" yang baik punye dan menarik untuk aku abadikan The Golden Gate Bridge ni dari lensa ku. Jadi aku hanya dapat pusing-pusing kat tepi taman bunga kecil ni je sambil dslr aku aku terpaksa sorokkan dalam jaket ku. Kalau tak habis le kuyup nanti .

Mujur gerimis semakin reda sedikit dan dan dapatlah aku abadikan sedikit The Golden Bridge ni dari kawasan persekitaran aku berada yang agak terhad untuk mendapatkan pose2 yang menarik sementelah keadaan berkabus yang tidak menyebelahi ku.

Jika cuaca baik , mau rasanya aku sekarang tengah dok berada atas jambatan ni untuk merakamkan detik2 menarik di situ. dan  sambil berguling dari hujung jambatan sini sampai hujung jambatan sana lagaknya macam hero hindustan tengah berpacaran dengan heroin gamaknya.



berarak mendung kelabu


7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    tak ramai orang yerr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam tok

      Ari hujan, sejuk sesangat, tu yg tak ramai orang

      Padam
  2. Salam bapak. Aiseh, kempunan saya nak tengok gambaq bapak berguling2 di situ, kahkahkah! Nak buat camana, dah hujan, tak bleh la nak berguling2. Tapi hujan pun tetap gak dapat tembak2 gambaq kat situ kan, alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Tak dpt berguling kat Jambatan SF, bapak guling kat jambatan di High Castle je hehhee

      Padam
  3. Salam pak
    how are you?
    Nak tanya sikit pak bole tak kasi idea about new york for first timers.
    about food about shopping about things to see:)
    Please and tq pak.

    Pak boleh mai comment kat blog i k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat walafiat
      Harap ibu dan keluarga juga begitu

      Insyallah

      Nanti bapak tgkkan kitab tajul muluk bapak apa yg boleh dilakukan buat pegunjung yg pertama kali jejakkan kaki ke NY ye
      Kalau dah dapat ideanya, bapak inform nanti

      Padam