WARGA SCP

Selasa, September 03, 2013

USA PART 67 : GILROY PREMIUM OUTLETS ( COACH BERSEPAH WEIIIII)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم
 ALHAMDULILLAH 

Sebenarnya banyak lagi foto dan cerita masa aku pi USA tempohari hari masih dok terperap dalam notebook cabuk aku ni , tapi semenjak dua menjak ni mood nak menulis dah nak "ke laut" . Agaknya pasal dah hampir 5 tahun aku mula mencoret di SCP sejak tahun 2009 lagi, agaknya ni dah kira blog aku dah menunjukkan sintom-sintom menopause kot hehehe 

Kalau orang dedulu kata dah nak putus darah hehehe

Tu sebab sejak akhir-akhir ni aku hanya kerap merayau je dan membaca coretan rakan-rakan dan para bloggers yang aku terjumpa semasa aku dok baring-baring sebelum aku melelapkan mata masa aku dok blog walking

Tu yang kalau aku ada mood , baru aku menulis .


Hari ni aku nak cerita sikit pasal Gilroy Premium Outlets yang mana aku sempat menyinggah dan meronda-ronda sekitarannya dalam perjalanan aku dari Fresno menuju ke San Francisco .

Tempat ni terletak di 681 Leavesley Road, Gilroy California 95020. Kira dari Fresno masuk Highway 99 North dan koner baring ke Highway 152 West melalui Los Banos/Gilroy.

Tempat ni punyalah besar hingga terbahagi kepada 4 bahagian. Kira senang cerita kedai-kedainya terbahagi kepada 4 persimpangan jalan besar .Yang aku maksudkan simpang besar macam kat simpang nak kat area Jalan Ampang dan pegi Tabung Haji tu . 

Kalau silap hari bulan boleh sesat dan lupa mana kita letak kenderaan kerana rupa rekabentuk kedainya sama je dan membezakan ialah jenama yang dijual sahaja.

Semua sekali terdapat 145 buah stores dari pelbagai jenama terkenal terdapat di sini. Kalaulah dok menyinggah semua sekali dalam 20 minit je satu store, sehari suntuk kot leka kat sini hehehe
   



Sampai je masa tu , aku dok ikat dulu kuda yang kami tunggangi kat batang pokok dan cari tempat yang agak terlindung sikit dan selesaikan dulu apa yang sepatutnya sebelum kami memulakan penjelajahan dalam cuaca yang sejuk dan dingin walaupun baru nak masuk pukul 3 petang je . Karang masuk 4 lebih dah mula gelap le gamaknya .

Tu yang kat sini , waktu solat nak kena alert serta berhati-hati sikit dan tak boleh berpandukan pada jam kerana kekadang terkeliru yang dah kebiasaannya kat Tanah Melayu magrib je masuk kul 7 lebih , jadi karang dok leka tengok jam menunjukkan baru kul 3 lebih je dan terlupa ketika ini winter yang siangnya pendek sekali yang asarnya dalam kul 4 lebih sikit dah habis hehehe

 


pekerja McD ni sempat posing
semasa aku ambik fotonya





Sementara Mak Itam dok shopping kat dalam tu , aku lebih suka duduk kat luar sambil cuci mata je .  Dia tak meminati jenama Coach , tapi pesanan dari beberapa individu yang meminta dibelikan kerana kat Malaysia mahal sangat . Citarasa mak itam lebih kepada Michael Kors dan Kate Spade dan dah dapat sambar pun apa yang dia berkenan tempohari masa kat Vegas.

Aku pulak tak pasal2 hari tu masa menyinggah kat sebuah Outlets di Las Vegas dah sambar beg di butik Coach Men's kira handbag jantan jenis Bleecker Legacy Leather Bag yg harga asal USD 398.00 . Tapi less 50% dalam USD 199.00 (RM597.00).

Sebelum ni biasanya ipad ke, hp ke waima wallet aku selalu aku letak dan gunakan beg recycle je tu . Tapi lepas ni tak lagi , senang aku letak semua dalam satu beg aku bila aku nak bergerak . Lagi pun alang2 dah sampai sini, rugi tak sambar satu kerana benda yang hampir sama kat JPO ni reganya kat 1500++ .






Kan dah bilang tadi, tempat ni besar sangat dan boleh buat kita lupa mana kita bermula tadi . Kalau nak buat perbandingan dengan sesiapa yang pernah pergi JPO, kira Gilroy Premium Outlets ni kira dalam 7-8 kali lebih besar dari JPO tu .

Puas juga aku nak mengingat mana tadi aku ikat kuda tunggangan aku kerana leka dok merayau dan cuci mata kat sini . syukur akhirnya aku teringat mercu tanda masa aku mula tadi ialah di McD tu.

RJ V.
Go to the outlets during the rain. More rain, less people. Exceptions of holidays.
juan q.
parking is a disaster but the deals make up for it
Patty G.
Best time to go is during the week. Less crowds, more parking.

Yuri F.
Really good! The best outlet in CA. Don't forget to buy Levi's Jeans- 3*pcs@$95
  
Memang benar apa yang dicatatkan oleh pengunjung yang pernah sampai ke sini di internet . Parking kereta takda yang kosong . Semua penuh memanjang je . Tapi yang herannya, tak nampak pulak mana pegi semua umat manusia tu .

Rerupanya , semua dok dalam kedai yang melambak tu.

Itulah kelebihan bumi Paman Sam ni yang Premium Outlets ni kira melambak kat mana2 ceruk bandar sekali pun yang pasti sangat menguntungkan para pengguna yang mana mereka dapat memiliki barangan yang berkualiti tapi pada harga yang sangat murah .

Kira kalau handbag Coach, Michael Kors dan Tods , baju Polo Ralph Lauren ka waima jenama Timberland dll yang kita anggap barangan mewah kat Tanah Melayu, kat sini depa pakai buat pi pasar malam je hehehe

Sekiranya produk pelancongan di bumi Eropah menjanjikan landscape dan seni bina yang menarik , tapi Bumi Uncle Sam ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang sungguh menyeronokan

Jadi sediakan je fulusnya jika dah berkenan sesuatu barangan tu seperti kata bidalan  "alang-alang menyelok perkasam, biar sampai ke pangkal lengan" kalau dah sampai sini kerana kalau kita bijak, pembelian tadi dapat kita "lego" kepada kekawan yang berkenan nanti bila balik dan keuntungannya pula dah dapat menampung kedatangan kita ke sini hehehe

Kalau tak pun , kita buat pakai sendiri kerana murah bebenor dan kualitinya baik yang pasti tahan lama .

Tu sebab sekarang banyak aku lihat ramai yang berniaga online benda-benda macam ni kerana kalau takda untung, sapa yang nak berniaga.

 


 


Park Patent Carrie Tote
Rega asal USD358.00
Depa jual USD279.00
Lepas tu kasi lagi  50% disc dah jadi USD 139.50(RM 446.00 je)



Ni tak salah aku USD99.00(RM316.00)


untuk jantan pun ada

14 ulasan:

  1. asalam
    handbag coach tu murah nya.. kalau kirim belikan boleh ke .
    sekadar bertanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      hehehe entah tahun bila lagi gamaknya kami akan ke US nanti

      Padam
  2. Anatara tempat yang takut nak masuk ialah Outlet.. sebab kalau masuk mesti nampak beberapa barang yang di minati akan terbeli huhuuu..

    specially kalau masuk outdoor shop..huh.. mmg terangkat dua tiga items jugak arr.. pape pun sekali sekala tak pa la kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah sampai sana , tak sambar apa yang berkenan rugi le pulak hehe

      lagi pun reganya mmg murah sesangat kalau nak beli kat tanah melayu

      Padam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    pekerja McD tu macan pan asia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atuk

      bukan pan asia , kat US ramai pendatang dari mexico, hondorus , costa rica dan negara sekitarannya

      Padam
  4. salam bapak..

    err..bergegar jiwa raga..premium outlet macam ni selalu bikin belanjawan terbabas. tapi, memang harga lebih murah kat sana..banding beli kat tanah melayu ni. europe pun sama. patut la sakan ja sesetengah orang memborong. bila balik tanah melayu, boleh buat duit lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      hari tu ada mak itam saja dok beli lebih 5-6 handbag, habis semua disakau kekawannya pasal dia kira tolak memurah sangat dalam 500-600 je satu kerana kalau kat sini reganya dalam seribu jugak

      Padam
  5. Balasan
    1. Tu lah godaan paling besar bila ke sana hahaha
      Sediakanjelah fulusnya hehehe

      Padam
  6. Waahh tak tercapai akal ku... Kite ni tengok kat cermin JPO je pak itam

    BalasPadam
    Balasan
    1. JPO hehehe
      Kami prtang tadi baru balik berdua duan dgn mak itam di sana
      Tak masuk pun ke kedai, just pekena secawan caramel latte dan balik rumah kehkehkeh

      Padam
  7. Nak tanya skit...kat sana makan halal senang ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk cari kedai makanan halal, kenalah ranjau sikit kat pinggir pekan, namun kalau travel lama, bawalah traveler rice cooker

      jika ke pizza hut, masih boleh pesan 100% vegetarian pizza yang 100% bahannya semua dari sayuran

      Padam