WARGA SCP

Khamis, November 14, 2013

PART 70 USA : SOUVENIR SHOP AT GRAND CANYON

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Aku menghabiskan masa dalam 3-4 jam jugak semasa aku menyinggah ke Grand Canyon masa tu . Namun cuaca yang terlalu dingin pagi tu memang tak dapat aku nafikan hingga jaket kulit yang ku pakai bersama beberapa baju di dalamnya serta "glove" tidak dapat mengekalkan haba yang panas . Hinggakan telinga ku yang terdedah pun terasa kebas.

Begitulah  keunikan Grand Canyon yang walaupun sebuah kawasan tandus dan kira kawasan gurun, tapi tersangat sejuk pada musim dingin .



Untuk memanaskan badan , kami terus memasuki kawasan "tourist centre" yang terletak berhampirannya. Di dalamnya tersedia beberapa buah kedai yang menjual pelbagai souvenir bertemakan Grand Canyon yang takde dijual ditempat lain .

Terasa rambang mata kerana pelbagai barangan yang dijual dari baju yang memaparkan pelbagai corak dan cetakan yang menarik hinggakan kepingan marmar yang dilukis dengan pelbagai corak yang boleh digantung di dinding .

Aku lihat semua barangan di yang dijual di sini berkualiti tinggi dan harganya agak munasabah.




Akhirnya aku capai 4 helai t shirt utk kami anak-beranak sebagai kenang-kenangan serta macam biasa "fridge magnet" aku beli dalam jumlah yang banyak jugak buat hadiahkan pada orang nanti . Dalam 60-70 USD jugak untuk semua tu .

Badan dah terasa panas , keluar je ikut pintu belakang kedai tu, terbentang luas saujana mata memandang Grand Canyon yang berdiri gagah yang melalui proses beribu,ribu,ribu,ribu tahun hinggalah ia terbentuk sebegini.

Sebenarnya,betapa hebatnya Allah S.W.T mencipta mukabumi ini dengan pelbagai bentuk mengikut acuan dan kehendakNYA untuk menunjukkan bahawa Dia lah yang Maha Berkuasa Atas Segalanya seperti yang tercatat dalam Surah Ali Imran ayat 189 :


"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kalau berada di dalam kedai souvenir  , pening tak tahu apa nak capai dan beli apa, tapi bila aku menatap permandangan yang mendamaikan pagi ni sambil menyedut udara dingin yang begitu segar sekali, aku berasa sungguh bersyukur dan bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke Grand Canyon dan menyaksikan sendiri salah satu kehebatan Allah S.W.T yang Dia jadikan di muka bumi ini untuk kita bermuhasabah diri betapa kerdilnya kita sebenarnya di dunia yang sementara ini.

Habis muhasabah diri kat luar,masuk balik dalam kedai dan sambung balik nyongket apa yang patut hehehe













hasil puak red indian

marmar yang menarik

sapa peminat poskad, tu melambak

hasil puak asli Amerika




cecantik mug ceramic

Isnin, November 11, 2013

USA PART 69 : PEKAN KOBOI dan SURI RUMAH TERDESAK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Banyak lagi n3 semasa aku ke US yang aku tak sempat habiskan lagi walaupun dah hampir nak setahun aku ke  sana dulu . Insyallah aku cuba habiskan jugak sikit-sikit .

Hari ni aku nak cerita pasal koboi. 

Kalau cerita "kawin koboi" agak banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita ,maka cerita koboi sebenar pula memang tak dapat dipisahkan dengan sejarah ketamadunan Amerika. Orang kampung macam aku panggil koboi, tapi gelaran tu sebenarnya adalah Cow Boy. Budak pengembala lembu yang suatu ketika dulu memang terkenal dengan kecekapan mereka mengembala sekumpulan lembu sambil menunggang kuda. Di samping itu juga, mereka dikatakan cekap menggunakan pistol dan senapang . Perwatakan mereka pula sinonim dengan topi kulit dan kuda tunggangannya.

Cakap pasal koboi, zaman sekarang ni agak sukar nak jumpa pekan koboi . Mungkin anak-anak sekarang tak pernah tengok macam mana rupa pekan koboi. Tapi dedulu, pekan koboi melambak kat kawasan-kawasan kira jauh dari bandar. Kedai-kedai batu yang usang serta tak sibuk adalah identiti pekan koboi .  Kalau dulu kat Muar, senang nak jumpa pekan koboi ni macam Pekan Jorak atau Pekan Bukit Pasir . Tapi kalau pekan koboi asli kat Amerika bersepah taik kuda atas jalan, pekan koboi yang aku nyatakan kat Muar ni bersepah dengan taik lembu .




Bercakap tentang koboi jugak, dedulu aku minat betul dengan cerita koboi ni . Aku memang tak miss kalau cerita koboi "High Chaparal" kalau ke udara di kaca TV. Watak Manolito Montoya yang menjadi hero dalam cerita tu aku ingat sampai sekarang .

Tapi sekarang mana ada TV nak siarkan lagi cerita koboi .

Studio Tour yang kami ikuti membawa kami ke zaman 90 tahun dahulu melalui set-set studio pengambaran cerita koboi ni .Yang bestnya, tetiba tak semena-mena hujan turun mencurah-curah dari atas atap genting di berek-berek koboi yang kami lalui diikuti bunyi dentuman petir  seolah-olah akan berlaku ribut petir dan hujan lebat.

Padahal hujannya kat atas bumbung je tu sedangkan tempat lain tak pun hujan.

Tetiba terdengar deruan air yang kuat meluru dari atas cerun . Biasanya orang panggil "kepala air"  yang selalu berlaku di kawasan perkelahan di gunung yang mengakibatkan mangsa yang sedang mandi-manda tak sempat menyelamatkan diri dan lemas.

air hujan turun dari atap je
padahal tak hujan pun

tu kepala air dok turun


Kepala air tu meluru ke arah gerabak yang membawa kami seakan-akan akan menengelamkan dan menebalikkan gerabak yang kami naiki . Sepantas kilat air meluru ke arah gerabak kami, sepantas kilat juga air tu terus hilang entah ke lubang mana tah .

Itulah  keistimewaan dan kepakaran mereka di sini yang seakan-akan "real" apabila ditayangkan di layar perak sedangkan itu semua hanya teknologi yang dicipta oleh manusia.

Sememangnya kunjungan ke Universal Studio Hollywood ni akan menjanjikan suatu pengalaman yang menarik dan takde kat tempat lain .




bangsal kuda


bangunan replika pekan koboi suatu ketika dulu

banyak babak-babak tembak menembak
dilakonkan di sekitar pekan koboi ini


Lepas je melepasi pekan koboi , studio tour kami melalui satu lagi set penggambaran di mana babak-babak "Desperate House Wife" dilakonkan.

Kami memang tak layan cerita ni , tapi katanya cerita ni memang ngetop kat TV suatu ketika dulu. Jadi tak dapatlah aku nak ulas pepanjang tentang cerita ni .

Cerita pasal TV, memang aku jarang nonton TV kerana siangnya biasalah sibuk dengan urusan toreh-menoreh . Kalau dah petang , aku lebih suka layan bantal busuk kalau tak ke mana-mana . Dapat lelap bang sekejap pun dah ok sebelum kul 6 ptg nanti sarung tracksuit dan pi jogging keliling kampug dalam 1/2 jam juga.

Malam pula lepas balik semejid dah pukul 9 jugak . Masa tu turn mak itam nonton . Aku buatlah keja sikit singkap fail sana-sini dan lepas dia dah lelapkan mata dan remote astro dah kat tangan aku, aku lebih suka layan channel sports atau dokumentari je . Kul 11 malam atau kekadang terlebih sikit, aku mesti bobok . Kalau tak esok nanti badan rasa lesu je.

Kita sambung semula cerita Desprate House Wife ni di mana kami melintas rumah-rumah yang digunakan dalam cerita ni. Rumah2 tu hanya binaan luaran je yang se akan-akan benar sedangkan takda apa pun kat dalam tu . Hanya rumah-rumah kotak . Tapi kerana tarikan pengunjung ke Universal Studio, jadi rumah-rumah tu masih dikekalkan hingga sekarang.









Rabu, November 06, 2013

ASAM PEDAS KEPALA MAYONG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH

Salam ceria semua buat kekawan semua. Sekarang dah dah masuk waktu makan tengahari. Bagi yang berkerja, pasti kedai, atau warong atau restoran serta kantin yang akan menjadi destinasi bagi mengisi perut yang kosong bila waktu rehat tengahari tiba nanti.

Laaaa ni semenjak dua menjak dan kos hidup semakin meningkat, pasti untuk makan tengahari tak cukup 4-5 hengget lagi berbanding 5-6 tahun dulu .

Aku pasti kekadang makan tengahari dan kira sekali dengan minuman melebihi 7-8 hengget . Kalau rasa ok kira sepadan laa dengan harga. Ni kekadang rasa entah hapa-hapa.

Nak buat macam mana kan yang jenis keja kat pejabat atau keja kat kota besar . Terima dan hadapi la dengan hati yang redha dan terbuka .

Aku bersyukur kerana walaupun aku ni tinggal kat tepi hutan yang kira jauh dari pembangunan dan hulu , namun aku tak payah nak pening2 kepala kerana aku tak perlu nak makan kat kedai atau warong yang pusing-pusing lauknya sama je setiap hari. 

Aku cuma perlu pastikan bekalan bahan mentah kami ada dan mencukupi yang kami perolehi dari pasar tani seminggu sekali.

Balik motong gotah je, mak itam dah masakkan dan sediakan untuk santapan tengahari kami . 

Kepala mayong ni kebetulan kami jumpa kat pasar tani dan tak cerita banyak terus rembat je dan lepas tu kenalah beli sekali seikat "cik som " untuk dimasak bersama .Kalau "cik som" takde, mana ada kick asam pedas kepala mayong ni.

Nikmatnya menyedut celah2 kepala ikan mayong ni tak boleh aku nak gambarkan. Allah je yang tahu .

Ok, selamat menjamu selera buat kekawan semua tengahari ni. Ingat sunnah Rasullulah , "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang".


 

Ahad, November 03, 2013

DEMAM PIALA MALAYISA : N3 TERTUNGGAK JDT VS TRW (MALAM 7 LIKUR )

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Selamat berhujung minggu buat semua. Boleh rehat-rehatkan badan 3-4 hari ni kerana cuti sambung menyambung hehehe

Aku pun jap lagi nak lelap jap . Perut dah kenyang lepas makan tengahari agak awal juga tadi dalam pukul 11.30 tengahari jugak. Hari ni kami breakfast hanya dengan segelass nescafe. Jadi tadi mak itam terus masak . Lauk kampung menjadi hidangan kami dengan pucuk manis goreng , kari udang galah serta ikan goreng dan ikan kurau masin . Alhamdulillah.

Aku  teruskan dengan coretan hari ini berkaitan demam Piala Malaysia yang akan sampai ke kemuncak malam ni nanti

Malam ni macam semua maklum adalah kemuncak sukan bola sepak negara kita yang mana perlawanan akhir Piala Malaysia yg menemukan Pahang dengan Kelantan . 

Sebagai memeriahkan perlawanan akhir nanti, ni kira n3 tertunggak aku juga dalam Piala Malaysia antara JDt vs TRW tempohari sebagai penutup tirai kecemerlangan JDT yang tersekat di peringkat suku akhir tempohari.



8.45 malam , sepak mula perlawanan suku akhir pertama menemukan JDT dengan Kelantan bermula dengan tiupan wisel pengadil. Aku ingat kalau kita tukar tiupan sepak mula tu dengan paluan gong, pasti lebih meriah kot hehehe

Aku suka menonton secara "live" di Stadium Larkin ni kerana jarak tempat duduk dengan padang tak berapa jauh berbanding Stadium Nasional. Jadi tampak jelaslah segala pergerakan pemain dan bola depan mata. 

Namun umur dah masuk suku kedua melepasi 45 menuju 50 ni, aku sebenarnya dah rabun jauh.Kalau memandu pun aku dah kena pakai cermin mata ni. Mak itam pun sama kena pakai cermin mata . Tapi kalau biasa2 je, tak perlu kami pakai cermin mata ni.





Memang malam tu, pemain JDT main lain macam sibuk menyerang macam "naik hantu" pulak. Tak beberapa minit je , satu sepakan percuma dapat disempurnakan oleh Jazarin dengan begitu cantik menerjah jaring tanpa penjaga gol kebangsaan yang juga penjaga gol Kelantan, Apek tak dapat menepis langsung bola yang macam peluru . Satu stadium bergema dengan sorakan penyokong menjadikan keadaan memang begitu meriah .

Wah, aku rasa memang JDT akan berpesta gol malam ni jika mereka dapat mengekalkan corak dan tempo perlawanan sebegitu rupa yang pada aku berjalan dengan begitu pantas sekali. Takda masa pemain Kelantan nak "menguap" dan asyik kena serang je

Sepatutnya JDT mendapat satu lagi gol lepas menjaringkan gol pertama. Tapi entah macam mana pemain JDT Hazin yang kira budak baru je dalam belasan tahun boleh sepak bola tak kena walaupun hanya berhadapan dengan Apek je.

Masa tu penonton dah berteriak . Maka ramailah "jurulatih-jurulatih" dibangku simpanan dah keluarkan pelbagai arahan dari atas tempat duduk termasuklah aku hahaha



Kelantan dapat membalas satu gol selepas itu namun hasil kerja keras Mat Yo yang kita kenal pasti sekarang sedang dilanda masalah peribadi dan dapat menjaringkan satu lagi gol dan kemudian hasil umpanannya juga kepada Shafiq Rahim telah menghasilkan satu lagi gol menuju waktu rehat dengan kedudukan 3-1.

Kalau dia orang ambik aku main , pasti bukan 3-1, tapi rasanya dah 5-1 hahaha

Tenang seketika stadium masa rehat . Perlawanan bersambung lepas rehat dengan JDT pulak asyik kena serang . Pasti Boyan Hodak jurulatih Kelantan dah bagi semangat pada anak2 buahnya dan mengatur taktikal baru . Kedudukan berubah menjadi 3-2 pula .

Aku dah mula cuak jugak kerana kalau bekalan gol tak mencukupi sebelum perlawanan timbal balik di Kota Bahru,mau kacauuuuuuu

Semakin hebat permainan malam tu bak final pulak hinggakan bukan sahaja pemain je mengalami kekejangan otot, penjaga garisan pun sama hehehe

Aku tengok tetiba penjaga garisan angkat bendera , rupa2nya dia yang "injured" hehehe

Kalau biasa kita lihat pertukaran pemain, tapi kali ni berlaku pertukaran penjaga garisan akibat kekejangan otot dan tak pernah lagi dalam sejarah Piala Malaysia berlaku rasanya hehehe



penjaga garisan menerima rawatan


Akhirnya perlawanan yang berlanjutan dengan masa tambahan beberapa minit berakhir juga dengan JDT dapat mengandakan satu lagi jaringan melalui sepakan percuma yang cantik oleh Lionel Nunez menjadikan keputusannya JDT 4 - TRW 2.

Biasalah , tamat je perlawanan tak kira JDT menang ke atau kalah, "flare" mula dinyalakan sana sini. Memang pihak PBNJ beri kebenaran bakar flare ni , namun FAM melarangnya dan kerana itulah, PBNJ dah kena denda berpuluh ribu.

Memang meriah satu stadium malam ni dah macam malam 7 likur. Semua penonton berpuashati dan tiada insiden yang tidak diingini antara penyokong JDT dgn TRW. Itu yang sepatutnya atas dasar semangat kesukanan. 

Kalah menang adat pertandingan supaya "menang tak jadi abu, kalah tak jadi arang" bak kata bidalan.

Habis game terasa laparlah pulak . Nak keluar stadium ambik masa jugak dan nak keluar parking juga ambik masa. Penonton kedua2 pasukan boleh keluar dan berjalan bersama tanpa ada sikap permusuhan. Semua berjalan lancar dan diharapkan masa JDT berkunjung ke Kelantan pun begitu jugak.





Ini n3 aku terakhir di Stadium Larkin kerana JDT telah kecundang dalam perlawanan timbal balik di Kota Bahru . Lepas ni pasti Stadium Larkin sunyi sepi hingga Liga Super Malaysia bermula pada tahun hadapan .

Pasti towkey2 jual jersey dan seangkatan dengannya yang selalu meraih keuntungan besar setiap kali ada game kat Larkin tengah tepuk dahi macam mana nak habiskan stok baju mereka kerana yang pasti takde game lagi di Larkin. Nampak gaya, kenalah depa semua yang ramai jugak jual memurah kat pasar malam atau secara online kerana passti tahun depan JDT yang berwajah baru dengan kelibat pemain import terkenal dari Argentina iaitu Pablo Aimar akan memperagakan jersey baru .

Namun kami penyokong JDT tetap meriah kerana senario ini telah menyemarakkan semula situasi bola sepak di Malaysia yang sebelum ini malap je .

Nampaknya hajat kami nak ke Stadium Shah Alam menyaksikan JDT beraksi di pentas final Piala Malaysia telah berkubur , namun kami tetap akan ke Shah Alam jugak untuk majlis konvokesyen anak sulung kami nanti. 

Alhamdulillah.