WARGA SCP

Isnin, November 11, 2013

USA PART 69 : PEKAN KOBOI dan SURI RUMAH TERDESAK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Banyak lagi n3 semasa aku ke US yang aku tak sempat habiskan lagi walaupun dah hampir nak setahun aku ke  sana dulu . Insyallah aku cuba habiskan jugak sikit-sikit .

Hari ni aku nak cerita pasal koboi. 

Kalau cerita "kawin koboi" agak banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita ,maka cerita koboi sebenar pula memang tak dapat dipisahkan dengan sejarah ketamadunan Amerika. Orang kampung macam aku panggil koboi, tapi gelaran tu sebenarnya adalah Cow Boy. Budak pengembala lembu yang suatu ketika dulu memang terkenal dengan kecekapan mereka mengembala sekumpulan lembu sambil menunggang kuda. Di samping itu juga, mereka dikatakan cekap menggunakan pistol dan senapang . Perwatakan mereka pula sinonim dengan topi kulit dan kuda tunggangannya.

Cakap pasal koboi, zaman sekarang ni agak sukar nak jumpa pekan koboi . Mungkin anak-anak sekarang tak pernah tengok macam mana rupa pekan koboi. Tapi dedulu, pekan koboi melambak kat kawasan-kawasan kira jauh dari bandar. Kedai-kedai batu yang usang serta tak sibuk adalah identiti pekan koboi .  Kalau dulu kat Muar, senang nak jumpa pekan koboi ni macam Pekan Jorak atau Pekan Bukit Pasir . Tapi kalau pekan koboi asli kat Amerika bersepah taik kuda atas jalan, pekan koboi yang aku nyatakan kat Muar ni bersepah dengan taik lembu .




Bercakap tentang koboi jugak, dedulu aku minat betul dengan cerita koboi ni . Aku memang tak miss kalau cerita koboi "High Chaparal" kalau ke udara di kaca TV. Watak Manolito Montoya yang menjadi hero dalam cerita tu aku ingat sampai sekarang .

Tapi sekarang mana ada TV nak siarkan lagi cerita koboi .

Studio Tour yang kami ikuti membawa kami ke zaman 90 tahun dahulu melalui set-set studio pengambaran cerita koboi ni .Yang bestnya, tetiba tak semena-mena hujan turun mencurah-curah dari atas atap genting di berek-berek koboi yang kami lalui diikuti bunyi dentuman petir  seolah-olah akan berlaku ribut petir dan hujan lebat.

Padahal hujannya kat atas bumbung je tu sedangkan tempat lain tak pun hujan.

Tetiba terdengar deruan air yang kuat meluru dari atas cerun . Biasanya orang panggil "kepala air"  yang selalu berlaku di kawasan perkelahan di gunung yang mengakibatkan mangsa yang sedang mandi-manda tak sempat menyelamatkan diri dan lemas.

air hujan turun dari atap je
padahal tak hujan pun

tu kepala air dok turun


Kepala air tu meluru ke arah gerabak yang membawa kami seakan-akan akan menengelamkan dan menebalikkan gerabak yang kami naiki . Sepantas kilat air meluru ke arah gerabak kami, sepantas kilat juga air tu terus hilang entah ke lubang mana tah .

Itulah  keistimewaan dan kepakaran mereka di sini yang seakan-akan "real" apabila ditayangkan di layar perak sedangkan itu semua hanya teknologi yang dicipta oleh manusia.

Sememangnya kunjungan ke Universal Studio Hollywood ni akan menjanjikan suatu pengalaman yang menarik dan takde kat tempat lain .




bangsal kuda


bangunan replika pekan koboi suatu ketika dulu

banyak babak-babak tembak menembak
dilakonkan di sekitar pekan koboi ini


Lepas je melepasi pekan koboi , studio tour kami melalui satu lagi set penggambaran di mana babak-babak "Desperate House Wife" dilakonkan.

Kami memang tak layan cerita ni , tapi katanya cerita ni memang ngetop kat TV suatu ketika dulu. Jadi tak dapatlah aku nak ulas pepanjang tentang cerita ni .

Cerita pasal TV, memang aku jarang nonton TV kerana siangnya biasalah sibuk dengan urusan toreh-menoreh . Kalau dah petang , aku lebih suka layan bantal busuk kalau tak ke mana-mana . Dapat lelap bang sekejap pun dah ok sebelum kul 6 ptg nanti sarung tracksuit dan pi jogging keliling kampug dalam 1/2 jam juga.

Malam pula lepas balik semejid dah pukul 9 jugak . Masa tu turn mak itam nonton . Aku buatlah keja sikit singkap fail sana-sini dan lepas dia dah lelapkan mata dan remote astro dah kat tangan aku, aku lebih suka layan channel sports atau dokumentari je . Kul 11 malam atau kekadang terlebih sikit, aku mesti bobok . Kalau tak esok nanti badan rasa lesu je.

Kita sambung semula cerita Desprate House Wife ni di mana kami melintas rumah-rumah yang digunakan dalam cerita ni. Rumah2 tu hanya binaan luaran je yang se akan-akan benar sedangkan takda apa pun kat dalam tu . Hanya rumah-rumah kotak . Tapi kerana tarikan pengunjung ke Universal Studio, jadi rumah-rumah tu masih dikekalkan hingga sekarang.









2 ulasan:

  1. Sangat menarik. Saya juga masih ingat dgn Manolito. In fact rakan saya yang sama2 bertugas di Hilton PJ juga bernama Manolito tetapi beliau warga Filipina!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      kalau 2 hari ronda pun tak habis

      Padam