WARGA SCP

Khamis, November 14, 2013

PART 70 USA : SOUVENIR SHOP AT GRAND CANYON

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Aku menghabiskan masa dalam 3-4 jam jugak semasa aku menyinggah ke Grand Canyon masa tu . Namun cuaca yang terlalu dingin pagi tu memang tak dapat aku nafikan hingga jaket kulit yang ku pakai bersama beberapa baju di dalamnya serta "glove" tidak dapat mengekalkan haba yang panas . Hinggakan telinga ku yang terdedah pun terasa kebas.

Begitulah  keunikan Grand Canyon yang walaupun sebuah kawasan tandus dan kira kawasan gurun, tapi tersangat sejuk pada musim dingin .



Untuk memanaskan badan , kami terus memasuki kawasan "tourist centre" yang terletak berhampirannya. Di dalamnya tersedia beberapa buah kedai yang menjual pelbagai souvenir bertemakan Grand Canyon yang takde dijual ditempat lain .

Terasa rambang mata kerana pelbagai barangan yang dijual dari baju yang memaparkan pelbagai corak dan cetakan yang menarik hinggakan kepingan marmar yang dilukis dengan pelbagai corak yang boleh digantung di dinding .

Aku lihat semua barangan di yang dijual di sini berkualiti tinggi dan harganya agak munasabah.




Akhirnya aku capai 4 helai t shirt utk kami anak-beranak sebagai kenang-kenangan serta macam biasa "fridge magnet" aku beli dalam jumlah yang banyak jugak buat hadiahkan pada orang nanti . Dalam 60-70 USD jugak untuk semua tu .

Badan dah terasa panas , keluar je ikut pintu belakang kedai tu, terbentang luas saujana mata memandang Grand Canyon yang berdiri gagah yang melalui proses beribu,ribu,ribu,ribu tahun hinggalah ia terbentuk sebegini.

Sebenarnya,betapa hebatnya Allah S.W.T mencipta mukabumi ini dengan pelbagai bentuk mengikut acuan dan kehendakNYA untuk menunjukkan bahawa Dia lah yang Maha Berkuasa Atas Segalanya seperti yang tercatat dalam Surah Ali Imran ayat 189 :


"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kalau berada di dalam kedai souvenir  , pening tak tahu apa nak capai dan beli apa, tapi bila aku menatap permandangan yang mendamaikan pagi ni sambil menyedut udara dingin yang begitu segar sekali, aku berasa sungguh bersyukur dan bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke Grand Canyon dan menyaksikan sendiri salah satu kehebatan Allah S.W.T yang Dia jadikan di muka bumi ini untuk kita bermuhasabah diri betapa kerdilnya kita sebenarnya di dunia yang sementara ini.

Habis muhasabah diri kat luar,masuk balik dalam kedai dan sambung balik nyongket apa yang patut hehehe













hasil puak red indian

marmar yang menarik

sapa peminat poskad, tu melambak

hasil puak asli Amerika




cecantik mug ceramic

6 ulasan:

  1. dapat ke hamba ni sampai situ macam tuan yerr....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah Anna

      Bapak pun tak sangka dapat jejakkan kaki ke sana pasal bapak pun bukan lah ada kelulusan tinggi mana pun dan keja noreh je

      Padam
  2. Cantik-cantik souvenir di sini. Geram tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cecantik kak, rambang mata hehehe
      semuanya berkualiti

      Padam
  3. Salam bapak. Huu mak aihhh, banyaknya barang. "Toskin" ada, yg macam pasu Sarawak pun ada kat situ jugak eh, hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      cecomel stokin tu
      pasu tu hasil puak red indian

      Padam