WARGA SCP

Isnin, Februari 28, 2011

KEBOSANAN

apa sebalik tutup tu, cu teka, cu teka

ALHAMDULILLAH

Sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, kita tentu tidak dapat lari dari perasaan bosan . Sifat ini telah wujud dalam diri kita selagi kita bergelar manusia yang normal.

Sebagai contoh ,kalau seorang guru , kekadang sudah tentu timbul perasaan ni apabila menghadapi rutin yang sama setiap hari, anak2 murid pula tentu bosan juga kerana asyik nak mengadap kerja sekolah yang tak habis2 dan juga begitu juga yang lain.

Itu normal dalam kehidupan tak kira apa juga pekerjaan yang kita lakukan, asalkan jangan kita bosan dengan rutin kita sebagai seorang yang beragama islam , sudahlah
Itu tidak boleh

Cerita pasal bosan ini, tentu menteri2 dapur kat rumah juga selalu pening dan bosan memikirkan apa nak masak setiap hari. Hari2 makan nasi pun bosan juga, hari2 makan ikan pun bosan juga.

Tapi semuanya terpulang kepada kita untuk mempelbagaikan .
Pasal semalam hari minggu, bosan nak makan nasi, maka bapak cadangkan pada menteri dapur bapak," apa kata masak mee bandung"

Harap potret kat bawah ni tak membosankan kalian

Bapak shot gunakan pelbagai setting dari focal lengh yang tinggi ke rendah, dari ISO yang tinggi ke rendah ,begitu juga apperture dan shutter speed yang pelbagai dalam 41 shot juga .Hanya yang bapak rasa memenuhi citarasa pandangan bapak dipaparkan di sini

Bukan apa nak lihat perbandingannya menggunakan setting yang berlainan , apa jadinya dan apa hasilnya

Apa jadinya dan apa hasilnya, semua habis masuk dalam perut hehehe


disebalik tutup kuali tadi





focus utama kat tgh mee
jadi kicap cap kipas tu yang bapak jadikan model sampingan jadi blur
istilahnya dlm fotografi bokeh (bahasa jepun)
main kamera ni nak kena banyak godek dan cuba pelbagai setting
baru ada cabaran sikit
begitu juga makan ni
kaut byk sikit isik dalam kuali buh dalam pinggan
baru ada cabarannya bila makan hehehe
kat kedai tak boleh leee

Rabu, Februari 23, 2011

DEMI SESUAP NASI

ALHAMDULILLAH

Demi sesuap nasi, segala keperitan dan kepanasan tidak dihiraukan. Beliau sempat tersenyum semasa potretnya dirakamkan oleh bapak dari jauh . Ketika itu jam menunjukan hampir 12 tengahari ketika matahari sedang terpacak di atas kepala . Dengan berlenggeng dan berselipar di tingkat 4 sebuah bangunan , keselamatannya tidak dihiraukan .

Tentunya mereka yang datang dari seberang ini sanggup melakukan tugas bahaya sebegini demi mencari rezeki halal. Adakah lagi rakyat kita lagi yang sanggup melakukan kerja sebegini kalau bukan mereka ?

Warga asing yang bekerja sebagai tenaga kerja am telah menguasai jenis sektor pekerjaan pembinaan ini meliputi 90.8% manakala warga tempatan hanyalah 9.2% sahaja daripada jumlah jenis tenaga kerja am.

Bilangan pekerja binaan warga asing yang ramai diambil bekerja oleh towkey2 dan kontraktor sebagai tenaga kerja am ini disumbangkan oleh beberapa faktor. Upah yang murah serta boleh bekerja lebih masa tanpa merunggut selain tahan bekerja dalam keadaan kerja yang tidak selesa, berpanas, berhujan dan berbahaya merupakan faktor yang menarik minat kontraktor untuk mengambil ramai warga asing untuk bekerja sebagai tenaga kerja am berbanding warga tempatan yang tidak rela berpanas dan berhujan sebegini.

Ingatlah, renungkanlah

Jika pekerjaan sekarang yang kita lakukan dikatakan berat dan susah serta sukar
ada lagi perkerjaan yang dilakukan oleh individu lain bukan saja sukar, malah berbahaya dan nyawa boleh melayang begitu sahaja

Besyukurlah

lepas dia possing utk bapak, sambung kerja
terima kasih pak
dirakam di tingkat 4 sebuah bangunan
silap pijak, maut menanti di bawah

Selasa, Februari 22, 2011

DAH TERTULIS BEGITU

ALHAMDULILLAH

Sepatutnya bila hidupkan roadtax kita akan dapat keratan lengkap seperti di atas , hanya perlu kopek yang bahagian dalamnya sahaja dan tampalkan kat penjuru kiri bawah cermin hadapan .

Tapi inilah jadinya bila petugas kerani pos tu yang tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Mesin hanyalah mesin, tapi kita manusia yang mengendalikan mesin tersebut . Maka dapatlah begini seperti di bawah . Maka setahunlah jawabnya road tax kenderaan yg dibawa oleh staff bapak ditampal sebegitu hanya menggunakan selotape , dah naik sememeh pasal panas .

Bapak terpaksa tampal lengkap penuh kerana no. kenderaan yang di hadapan dicetaknya di atas keratan yang akan ditinggalkan , jadi kalau tampal yang dalamnya sahaja, maka tiada no. kenderaannya, karang kena tahan dek JPJ atau PDRM , mcmmana nak jawab.

Sebenarnya apabila perkara ini berlaku, bapak jumpa dan bagi tahu kerani pos tu tentang berlakukan kesalahan dan kecacatan tersebut,
Jawabnya , bapak kena uruskan sendiri pergi JPJ , bayar denda RM30 hengget untuk mendapatkan gantian roadtax baru

Persoalannya, siapa yang melakukan kesilapan tersebut
bapak atau dia

JPJ terdekat pula lebih kurang 120 km dan nak uruskan ambik masa 1/2 hari juga yang tentu terbuang masa begitu sahaja kerana ketidakcekapan dan ketidakbertanggungjawaban atas kerja yang dia lakukan.

Malas nak cerita panjang , suruh budak keja bapak
"Kau tampal jelah pakai selotape"

Dah tertulis nak jadi begitu sejak azali lagi

Buat pengurus2 pos , pastikanlah anak2 buah mereka menjalankan kerja dengan sebaik mungkin walaupun sesuatu tu sememangnya telah tertulis sebegitu sejak azali lagi.

Mungkin ramai yang menerima nasib yang sebegini macam bapak jika mereka bersikap sambil lewa semasa menjalankan tugas yang diamanahkan.

mengeleding pasal panas mentari
dah tertulis begitu
tapi semua kerja kerani bernama "aishah"
dah kena tampal semua sekali
sib baik tak besar mcm kertas a4 roadtax tu
kalau tak hehehe

sememeh sekali jadinya

Ahad, Februari 20, 2011

SEPAT DI AIR, KARI DI DARAT, BERTEMU JUA DI DALAM PERUT

ALHAMDULILLAH

Kekadang kalau tak pegang camera satu hari, tangan ni rasa gatal je. Orang tua kata kalau gatal tapak tangan kanan, nak pelempang orang, kalau gatal tapak tangan kiri nak dapat duit,
ini,
gatal belakang tangan, apa maksudnya hehehe
nak kata kurap, tangan bapak putih dan suci mulus lagi bak "bapak dara sunti" hehehe
ada ke istilah tu

Kekadang suka ambik gambar tanpa memikirkan temanya,
saja suka2 lepaskan gian nak "menembak"
tapi kalau rajin baru fikirkan temanya sebelum mula "menembak"

kali ni temanya

"SEPAT DI AIR, KARI DI DARAT, BERTEMU JUA DI DALAM PERUT"

inilah hasilnya

terpaksa guna output light source dengan speedlight
tak boleh gunakan natural light kerana shot kat atas meja makan, bukan shot kat dalam studio hehehe
nanti subjek tak menyerlah krn kurang sumber cahaya
guna lens 18-200 3.5-5.6GII ED dengan bantuan speedlight SB600

bapak ni nak kata pro , belum sampai tahap itu
menembak sekadar suka2 dan semua ilmu bapak perolehi sendiri dengan banyak membaca dan mencari sendiri info2 dalam internet yang melambak , kemudian cuba aplikasikan secara praktikal .

Macam 20 tahun lepas masa bapak menerokai bidang pengkomputeran,
semua bapak belajar sendiri tanpa berguru secara formal,
tapi kalau nak belajar bab agama , kena berguru tau,
janji bukan berguru dengan guru yahya , udah le hehehe

shot ni pun dalam 5 minit je pasal dah tak tahan lapar
mana boleh tahan oooooooooo

foto asal di atas "fresh" dari camera tanpa edit
foto dibawah setelah lakukan sedikit editan "topup" gamma kasi terang sikit



lihat perbezaan atas yang original dari kamera
vs
bawah dah topup sikit gamma
gunakan teknik satu titik fokus di tengah
tu sebab yang lain nampak blur sikit
sepat dah diselaputi oleh lada

masa ni ikannya sembunyi bawah bendey
lepas habis photo shot ni, ikan ni sembunyi pula dalam perut bapak
kalau nak ambik gambar juga, kena buat ultra sound
hehehehehe

Jumaat, Februari 18, 2011

DRYBOX

peralatan fotografi sesuai dalam lingkungan 45-47 kelembapannya

ALHAMDULILLAH

Semua peralatan fotografi bapak disimpan dalam kotak ni yang dipanggil "Drybox"
Kegunaannya adalah untuk mengekalkan tahap kelembapan dalam sekitar 45 kerana negara kita yang mengalami iklim khatulistiwa, sangat tinggi kelembapannya hingga mencecah hampir 80.

Peralatan ini semua sangat sensetiv terhadap kelembapan yang tinggi yang akan menyebabkan "fungus" atau kulat boleh menyerang komponen2nya terutamanya lens . Apabila dah tumbuh kulat dan berakar, faham2 jelah

Kos untuk membuang kulat tersebut memakan hampir 300-400 ringgit juga . Kekadang lens tersebut yang diserang kulat tidak dapat berfunsi dengan baik menyebabkan gambar yang diambil kurang jelas dan kualitinya.

Jangan pula ingat drybox ni mcm microwave pula krn konsepnya bukan mengeluarkan tenaga dan haba, tapi mengekalkan kelembapan yang sesuai mengikut jenis barangan yang disimpan

Begitu juga dengan hati kita , Kita sebagai seorang islam hendaklah memastikan hati kita tidak diserang kulat2 dalam erti kata lain tidak diserangi dan dihinggapi dengan sifat2 yang tidak baik

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah.
Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya.
Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya.
Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ketika kita diperintahkan untuk menjaga hati, maka kita diperintahkan untuk tidak mengotori hati. Kotornya hati adalah kerana maksiat. Maksiat yang kita lakukan seperti noda yang menutupi hati kita.

Hati yang tertutup noda maksiat ini akan menjadi hati yang sakit, bahkan berpeluang menjadi hati yang mati. Dengan istighfar dan taubat lah noda yang menutupi hati dapat dibersihkan.

Banyakkan beristigfar

Itulah "Drybox" untuk hati kita

Insyallah.

Khamis, Februari 17, 2011

BATU LAYO JOMBATAN BOSI it means SAILING ROCK METAL BRIDGE

#1 The Original Sailing Rock still there

ALHAMDULILLAH

Batu Layo Jombatan Bosi
Tuai Padi Tigo Tangkai

hehehe

Yesterday, around 5 pm after asar, we take our retired horses "Ah Chem and Ah Choom" at bangsal kuda and start riding to near beach . Around 30 minit riding , we arrived .

They called it Batu Layar but Nine State people called it Batu Layo and Melaka people also Muar people called it Batu Layau .

Maybe its get the name from the rock like a "layar"

#2

#3

Parking and ikat our stubborn horses at tree . While mak itam play a buai yang diikat di dahan pokok like old-old stories , bapak take some picture for my collection . Petik punya petik, around 60 shots juga .

Here a few picture at Batu Layo .

Enjoy it hehehe

which picture do you like it
please choose one and give me the reason and comment in english because today is a english day hehehe

#4