WARGA SCP

Rabu, Februari 23, 2011

DEMI SESUAP NASI

ALHAMDULILLAH

Demi sesuap nasi, segala keperitan dan kepanasan tidak dihiraukan. Beliau sempat tersenyum semasa potretnya dirakamkan oleh bapak dari jauh . Ketika itu jam menunjukan hampir 12 tengahari ketika matahari sedang terpacak di atas kepala . Dengan berlenggeng dan berselipar di tingkat 4 sebuah bangunan , keselamatannya tidak dihiraukan .

Tentunya mereka yang datang dari seberang ini sanggup melakukan tugas bahaya sebegini demi mencari rezeki halal. Adakah lagi rakyat kita lagi yang sanggup melakukan kerja sebegini kalau bukan mereka ?

Warga asing yang bekerja sebagai tenaga kerja am telah menguasai jenis sektor pekerjaan pembinaan ini meliputi 90.8% manakala warga tempatan hanyalah 9.2% sahaja daripada jumlah jenis tenaga kerja am.

Bilangan pekerja binaan warga asing yang ramai diambil bekerja oleh towkey2 dan kontraktor sebagai tenaga kerja am ini disumbangkan oleh beberapa faktor. Upah yang murah serta boleh bekerja lebih masa tanpa merunggut selain tahan bekerja dalam keadaan kerja yang tidak selesa, berpanas, berhujan dan berbahaya merupakan faktor yang menarik minat kontraktor untuk mengambil ramai warga asing untuk bekerja sebagai tenaga kerja am berbanding warga tempatan yang tidak rela berpanas dan berhujan sebegini.

Ingatlah, renungkanlah

Jika pekerjaan sekarang yang kita lakukan dikatakan berat dan susah serta sukar
ada lagi perkerjaan yang dilakukan oleh individu lain bukan saja sukar, malah berbahaya dan nyawa boleh melayang begitu sahaja

Besyukurlah

lepas dia possing utk bapak, sambung kerja
terima kasih pak
dirakam di tingkat 4 sebuah bangunan
silap pijak, maut menanti di bawah

2 ulasan:

  1. Salam Rezeki.
    gaji di bali masih di lingkungan RM100-250 sebulan....depa mai sini kurang2 600 sebulan....

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam uncle

    rasanya sini mau 30-40 ringgit satu kong

    BalasPadam