WARGA SCP

Ahad, Februari 20, 2011

SEPAT DI AIR, KARI DI DARAT, BERTEMU JUA DI DALAM PERUT

ALHAMDULILLAH

Kekadang kalau tak pegang camera satu hari, tangan ni rasa gatal je. Orang tua kata kalau gatal tapak tangan kanan, nak pelempang orang, kalau gatal tapak tangan kiri nak dapat duit,
ini,
gatal belakang tangan, apa maksudnya hehehe
nak kata kurap, tangan bapak putih dan suci mulus lagi bak "bapak dara sunti" hehehe
ada ke istilah tu

Kekadang suka ambik gambar tanpa memikirkan temanya,
saja suka2 lepaskan gian nak "menembak"
tapi kalau rajin baru fikirkan temanya sebelum mula "menembak"

kali ni temanya

"SEPAT DI AIR, KARI DI DARAT, BERTEMU JUA DI DALAM PERUT"

inilah hasilnya

terpaksa guna output light source dengan speedlight
tak boleh gunakan natural light kerana shot kat atas meja makan, bukan shot kat dalam studio hehehe
nanti subjek tak menyerlah krn kurang sumber cahaya
guna lens 18-200 3.5-5.6GII ED dengan bantuan speedlight SB600

bapak ni nak kata pro , belum sampai tahap itu
menembak sekadar suka2 dan semua ilmu bapak perolehi sendiri dengan banyak membaca dan mencari sendiri info2 dalam internet yang melambak , kemudian cuba aplikasikan secara praktikal .

Macam 20 tahun lepas masa bapak menerokai bidang pengkomputeran,
semua bapak belajar sendiri tanpa berguru secara formal,
tapi kalau nak belajar bab agama , kena berguru tau,
janji bukan berguru dengan guru yahya , udah le hehehe

shot ni pun dalam 5 minit je pasal dah tak tahan lapar
mana boleh tahan oooooooooo

foto asal di atas "fresh" dari camera tanpa edit
foto dibawah setelah lakukan sedikit editan "topup" gamma kasi terang sikit



lihat perbezaan atas yang original dari kamera
vs
bawah dah topup sikit gamma
gunakan teknik satu titik fokus di tengah
tu sebab yang lain nampak blur sikit
sepat dah diselaputi oleh lada

masa ni ikannya sembunyi bawah bendey
lepas habis photo shot ni, ikan ni sembunyi pula dalam perut bapak
kalau nak ambik gambar juga, kena buat ultra sound
hehehehehe

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    nasib baik baru lepas makan
    kalau tidak.. banyak air liur meleleh
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. selalu selalulah buat tutorial pak itam. kpah pun tengah kemaruk menembak ni..

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam atuk

    hehehe burppppp

    alhamdulillah

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam ibu

    hehehe

    BalasPadam
  5. kak pah

    tak layak lagi buat tutorial kak, ilmu ni masih belum khatam hehe

    BalasPadam
  6. Hj Rezeki,

    Cantik photo ni.....masakan dah tentu sedap

    BalasPadam