WARGA SCP

Jumaat, Februari 18, 2011

DRYBOX

peralatan fotografi sesuai dalam lingkungan 45-47 kelembapannya

ALHAMDULILLAH

Semua peralatan fotografi bapak disimpan dalam kotak ni yang dipanggil "Drybox"
Kegunaannya adalah untuk mengekalkan tahap kelembapan dalam sekitar 45 kerana negara kita yang mengalami iklim khatulistiwa, sangat tinggi kelembapannya hingga mencecah hampir 80.

Peralatan ini semua sangat sensetiv terhadap kelembapan yang tinggi yang akan menyebabkan "fungus" atau kulat boleh menyerang komponen2nya terutamanya lens . Apabila dah tumbuh kulat dan berakar, faham2 jelah

Kos untuk membuang kulat tersebut memakan hampir 300-400 ringgit juga . Kekadang lens tersebut yang diserang kulat tidak dapat berfunsi dengan baik menyebabkan gambar yang diambil kurang jelas dan kualitinya.

Jangan pula ingat drybox ni mcm microwave pula krn konsepnya bukan mengeluarkan tenaga dan haba, tapi mengekalkan kelembapan yang sesuai mengikut jenis barangan yang disimpan

Begitu juga dengan hati kita , Kita sebagai seorang islam hendaklah memastikan hati kita tidak diserang kulat2 dalam erti kata lain tidak diserangi dan dihinggapi dengan sifat2 yang tidak baik

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah.
Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya.
Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya.
Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ketika kita diperintahkan untuk menjaga hati, maka kita diperintahkan untuk tidak mengotori hati. Kotornya hati adalah kerana maksiat. Maksiat yang kita lakukan seperti noda yang menutupi hati kita.

Hati yang tertutup noda maksiat ini akan menjadi hati yang sakit, bahkan berpeluang menjadi hati yang mati. Dengan istighfar dan taubat lah noda yang menutupi hati dapat dibersihkan.

Banyakkan beristigfar

Itulah "Drybox" untuk hati kita

Insyallah.

12 ulasan:

  1. banyak asesori nak kena beli. bajet je yang takde hehe.. yang terdekat ni kpah nak kena beli xtra bateri dulu la. pak itam ambil gambar kat tepi pantai tu cantik la.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum

    kita tak pernah tengok pon 'drybox' nih sebelum ni... 46 tu suhu yg pak itam set ke atau 'drybox' tu paparkan?

    BalasPadam
  3. pelan2 kak pah hehehe

    bateri extra amat penting , saya ada 2 unit , satu pakai satu backup

    gmbr tepi pantai tu dlm format HDR

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam manje

    46 tu bukan suhunya hehe
    tu kadar kelembapan yang dikawal secara digital, kena setkan sekali je seumur hidup pasal dia ada memory

    drybox tu berfungsi mengawal kelembapan supaya fungus atau kulat tak tumbuh kat dlm kamera dan lens ,

    sekira tak gunakan peralatan tu, simpan dalam drybox tu

    BalasPadam
  5. Assalammualaikom wtb Pak Itam, Khaifahula? Allhamdullah dapat ziarah kembali Blog Pak Itam.
    Sungguh banyak set dan asesori Camera Pak Itam. Ini satu pelajaran, ia mesti disimpan di drybox. Pak Itam buat bisnes utk Majlis ke?

    Cantik gambar pantai yg Pak Itam ambil.

    sampai jumpa lagi. JazakaAllah

    BalasPadam
  6. salam papa black..

    fuyoo! amat kagum dgn bapak..
    siap ada dry box..kat bilik saya ada A4 box je ekekeke

    BalasPadam
  7. salam ...

    timekasih , ingat mengingati ttg HATI...
    kekadang kita lalai dan alpa , jadi senang ler kulat jahannam tu nk perdaya ....

    BalasPadam
  8. ada jugak kulat beracun walaupun disangka sedap!!!

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah, bapak sihat

    bapak ambik gambar suka2 je MI
    sekadar memenuhi hobi dan masa terluang hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam syima

    kotak a4 tu banyak guna bila nak pindah tau hehehe

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kak ummi

    hati yang paling susah nak jaga kak

    BalasPadam
  12. uncle

    tu kalau makan terus gol hehe

    BalasPadam