WARGA SCP

Rabu, Mac 28, 2012

GUNUNG RAYA , CENANG DAN PEKAN KUAH

ALHAMDULILLAH

Gunung raya ni ketinggiannya 881 m dari aras laut . Lebih kurang 3000 kaki jugak.Banyak sebenarnya cerita misteri dan lagenda yang berkaitan dengannya. Penduduk asal Langkawi percaya ia berasal dari seekor gergasi yang dipanggil Mat Raya.

Mengikut mitos dan lagendanya, Mat Raya ni terbabit dalam pertelingkahan dengan sekor lagi gergasi bernama Mat Cincang kerana anak lelaki Mat Raya berkahwin dengan anak perempuan Mat Cincang. Jadi Gunung Raya dan Gunung Mat Cincang ni mengikut mitos asalnya dari dua ekor gergasi ni.

Masa aku nak naik tadi , aku nampak pondok tol dan setiap kenderaan rasanya kena bayar 50 sen, tapi takda pulak orang jaga kat pondok tu . Tempat ni strategik untuk rakamkan gambar matahari terbenam, tapi kerana masa tak mengizinkan dan bahaya kalau turun dah gelap nanti, aku batalkan sahaja niat aku.








ALHAMDULILLAH

Masa turun takde masaklah , aku masukkan kat gear 2 seperti disarankan agar menggunakan gear rendah dan agar tak perlu tekan brek selalu dan pedal minyak aku tak tekan . Naik terasa lama, turun sekejap je.

Ketika itu mendung telah mula berarak . Terus korner ke pekan Cenang. Suasana memang "happening" dengan deretan hotel2 kecil dan motel serta chalet2 kecil di tepi pantai dan deretan kedai2 pula di seberangnya. Aku ingat nak buat "street photograpy" tapi terbantut kerana hujan yang mula turun . Namun sempat juga survey harga bot kerana esok kami bercadang nak lakukan aktiviti "island hoping". Pelbagai pakej menarik , tepuk dada tanya selera je.

Dalam pada tu aku sempat google kat sorang mamat ni mana tempat makan yang sedap lalu disarankan sebuah gerai berdekatan Asenia Resort. Menu kami malam tu ikan siakap tiga rasa , kangkung belacan dengan sotong goreng tepung serta udang dan tom yam. Sekali datang mak datuk punya besarlah ikannya dan sotong goreng tepungnya banyak sekali tapi bila bayar terperanjat tak sampai RM 100 pun untuk semua hidangan yang kami makan .

Tu kalau kat JB atau KL tak dapat harga tu. Kami akhiri aktiviti dengan berkunjung pula seketika ke kedai Pak Mail di Pekan Kuah yang penuh dengan pengunjung yang berasak2 membeli pinggan mangkuk dan juga coklat serta berebut2 juga mebelek beg2 yg dijual di kaki lima kedainya sementara aku lebih suka memerhatikan sahaja gelagat mereka .










Selasa, Mac 27, 2012

NAIK GUNUNG RAYA

ALHAMDULILLAH

Kebetulan beg telekung mak itam aku letak dan bagasi ku, jadi settel satu masalah . Bilik kami sekeluarga sebelah menyebelah . Safety box pulak terkunci masa kami check in. Terpaksalah panggil depa dok bukak yang urusan nak dapatkan no pinnya melalui penggilan telefon ke syarikat pengendalinya ke KL .

Aku memang memerlukan safety box ni kerana barang2 berharga malas nak berangkut ke hulu ke hilir mcm lappy dan aksesori kamera. Kain pelikat aku pun kira berharga, tapi takdelah aku nak letak dalam safety box tu hahaha



Aktiviti kami petang ni ialah nak ke Gunung Raya yang terletak di Mukim Ulu Melaka. Sebenarnya aku takde pun buat detail itinerary kat Langkawi ni, hanya ikut kata hati dan petunjuk dari Allah je.

Aku cuma goggle kat staff2 hotel ni je mana tempat menarik utk kami kunjungi . Katanya kalau petang dan langit serta cuaca cerah, memang cantik untuk menikmati permandangan alam dari atas puncak Gunung Raya.


Pukul 5 petang dan cuaca tak berapa panas, aku pun terus memandu hanya berpandukan signboard je kat tepi jalan . Jauh jugak dari Sheraton ni nak ke Gunung Raya . Senang cerita jalan masuk ke Gunung Raya ni menuju ke jalan ke pantai Tanjung Rhu. Dari jauh aku dah nampak gunung tu tinggi lah jugak tapi tak nampak jalan pun ke atas.

Makin lama makin tinggi kami naik hingga telinga aku dah berdesing jugak bila sampai paras lebih 2000 kaki . Aku bab naik tak kisah sangat, cuma bab turun je nanti takut sikit , kalau brek kereta ok takde masalah . Cuma jangan selalu main brek je , karang hangit pulak .


Masa memandu memang indah sungguh permandangan di bahagian bawah , tapi aku cuma dapat mengerling je kerana jalan mendakinya boleh tahan juga kecuramannya. Kalau leka, mau kami beraya kat gaung pulak. Nak berhenti tepi jalan ambik gambar, takde pulak side table .

Yang aku heran , aku jumpa 5-6 ekor lembu kat tepi2 jalan atas gunung ni yang ditambat dan sedang makan rumput. Mesti ada tuannya .

Akhirnya 1/2 jam lebih mendaki dengan gear 2 , sampai jugak kami ke atas Gunung Raya .


D’coconut Hill Resort, Gunung Raya

Ahad, Mac 25, 2012

IBU GAMAT DAN CATATAN BUAT IBU


ALHAMDULILLAH

Kalau bercerita tentang Langkawi, selain Mahsuri, pasti tidak akan dapat dipisahkan dengan cerita Ibu Gamat . Gamat sejenis hidupan laut yang dalam istilah inggeris Sea Cucumber banyak berguna dalam perubatan tradisional . Kebanyakkan dibuat minyak gamat dan terdapat juga pelbagai produk yang dihasilkan darinya seperti losen, bedak dan sebagainya.

Kita lari seketika dari cerita Ibu Gamat kerana ibu gamat silih berganti namun ibu kita sendiri tidak akan ada galang gantinya . Dalam seminggu dua ni jarak HC ke Muar aku buat mcm pegi kedai runcit belakang rumahnya bila nak beli kunyit.

Keadaan kesihatan ibu ku sekarang tidak stabil . Dua minggu sudah masa aku menziarahinya, masa tu masih ok . Katanya teringin nak makan kepala mayong lalu aku cari kat pasar dapat kepala mayong sejana lalu mak itam masakkan untuknya . Katanya nak makan air tangan anak menantunya.

3-4 hari selepas tu rupa2nya kesihatannya dah mula kurang stabil. Namun sebelum tu dia ada berpesan pada kakak ku yang sulong,

"Tengok2kan mak, mak rasa dah tak lama ni pasal mak dah dapat petunjuk dan petanda dari Allah"

Lepas tu kata penjaganya, dah 2 hari dia tak tidur . Katanya arwah ayah ku iaitu suaminya ada datang menziarahinya, kemudian katanya ramai orang datang menziarahinya seolah2 dia telah pergi buat selama2nya.

Malam rabu lebih kurang pukul 10.00 malam , tetiba aku menerima panggilan telefon dari kampung mengatakan doktor yang dipanggil melihat keadaan ibu di rumah dah tak boleh buat apa2 minta dihantar ke hospital secepat mungkin lalu bergegas ambulan dipanggil ke rumah. 3 jam pertama terlalu kriktikal kerana hasil pemeriksaan menunjukkan paru2nya telah bengkak dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan oksigen. Tekanan darahnya pula menurun hingga paras 60 dan sangat merbahaya.Umur ibu ku ketika ni 80++ dan kata doktor dah tak dapat buat apa lagi dan perlukan pemerhatian berterusan dari pihak doktor.

Aku yang ketika itu keletihan dan hampir melelapkan mata malam tu terus bergegas keluar dari hutan menuju teratak ku di pekan HC . Kerana agak keletihan , aku sempat mandi dulu utk menyegarkan badan dan dalam pukul 12 malam juga terus memecut dengan laju dalam 190-220 km sejam juga mengambil masa sejam lebih sikit lalu terus ke hospital .

Nampak wajah ibu ku , hilang semua keletihan namun ibu ku tak menyahut langsung dan keadaan nafasnya turun naik . Aku hanya redha pada Allah jika telah tiba masanya Allah akan mengambilnya kembali . Masa tu adik beradik yang lain belum tiba lagi . Tanda merah diletakkan di tepi katilnya oleh doktor menandakan pesakit dalam keadaan kritikal dan katilnya terletak berdekatan dengan meja jururawat .

Lebih kurang pukul 5 pagi, keadaannya semakin nazak dan sukar bernafas walaupun dengan bantuan oksigen . Masa tu aku dah duduk dekatnya sambil aku bisikkan kalimah syahadah perlahan2 di telinganya . Mulut ibu terkumat kamit juga dan hanya kendengaran sebutan Allah, Allah, Allah secara tidak jelas kendengaran . Masa tu aku sorang mengadapnya sementara penjaganya selama ini dah menangis kat tepi jauh sikit dari kami berdua. Azan subuh berkumandang lalu aku tinggalkannya seketika untuk solat di surau di bawah wad hospital. Aku sempat berdoa semasa sujud terakhir yang jika Allah nak ambil ibu ku, aku redha dan minta dipermudahkan dan jika sebaliknya , aku bermohon kepada Allah agar panjangkan lagi umurnya serta diberikan kesihatan yang baik agar aku dapat lagi bersama2 ibu ku .


Lepas selesai solat subuh , aku bergegas ke atas semula dan aku terperanjat kerana keadaan ibu ku tadi yang seolah2 sedang bertarung dengan sakratulmaut tetiba sedar dan masih mengenali diri ku . Syukur aku kepada Allah namun timbul sedikit rasa gusar kerana jika sesiapa yang berpengalaman menghadapi individu yang sakit dalam keadaan kritikal, selalunya Allah akan bagi peluang untuk dia sedar kembali hanya sekadar "meminjamkan" kita seketika cuma sebelum Dia ambil buat selama2nya.

Apabila lihat keadaan2 agak stabil dan abang ku telah tiba dan begitu juga kakak2 ku, aku tanpa mandi terus memecut kembali ke HC kerana ada perkara yang tak dapat aku elakkan yang perlu aku uruskan dan berjanji esok nanti aku akan pulang semula ke kampung.

Namun aku sentiasa berhubung dengan anggota keluarga ku setiap jam untuk mengetahui perkembangannya. Semua adik beradiknya datang hari tu menziarahinya selain dari anak2. Keadaannya ketika itu langsung tak menandakan dia sakit tenat dan mulutnya asyik bercakap dan bercerita je . Ibu ketika itu dalam dalam keadaan yang sangat gembira namun bunyi butir percakapannya agak sukar untuik difahami kerana suaranya "dah dalam" .

Keesokkan harinya dia kritikal kembali dan tak sedarkan diri . Tiada tindakbalas langsung dan susu yang dialirkan melalui tiub sebagai makanannya mula "reject". Anak2 perempuannya dah mula menangis dan yang lain dah mula bacakan yassin . Keadaan berlarutan lama juga .

Sekali lagi Allah "pinjamkam seketika" kegembiraan buat kami bila dia tersedar jam 3 pagi seolah2 tiada apa2 yang berlaku . Namun kali ini ada banyak yang dia dah mula pesan sekiranya telah tiba masanya . Wang2 simpanannya yang anak2 bagi tetiap bulan hendaklah dibayarkan fidyah2 jika ada yang dia terlupa masa hidupnya, nanti dia minta carikan orang dan berikan imbuhan untuknya sebagai "hadiah" untuk bacakan Al Quran dan pahalanya nanti disedekahkan buatnya jika dia dah takda. Banyak2 lagi pesanan2 terakhir darinya kali ini . Katanya dia dah lama redha jika Allah nak jemput kembali . Hanya masa dan ketika serta saatnya sahaja yang Allah sahaja mengetahui . Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan kerana hidup dan mati itu benar dan janji Allah itu benar tidak tercepat seketika dan tidak lambat seketika juga.

Semalam , isteri ku menemankannya semalaman di hospital dan katanya semalaman juga ibu tak tidur dan ada je yang diperkatakan dan kekadang agak sukar untuk difahami. Kalau dia rasa nak solat , dia solat atas katil dan kalau dia nak baca doa, dia berdoa atas katil .

Ibu ku ketika ini seolah2 macam kanak kecil riang yang tiada dosa kerana kerap tersenyum bila berbicara walaupun sukar difahami apa yang dia maksudkan. Mungkin inilah kurniaan Allah buatnya untuk merasai saat2 indah dan dalam keadaan keadaan ceria sebelum dia pulang buat selama2nya.

Catatan buat ibu ku dari anak mu ,
Aku pasti akan merindui mu nanti ibu ............................
Kau tiada galang gantinya ..............................

Ya, Allah
Permudahkannya serta ampunkan segala dosa kedua orang tua kami
Kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil

Jumaat, Mac 23, 2012

MAU CARI KENDERAAN PAK

permandangan dari tepi Lobby Sheraton Beach Resort

ALHAMDULILLAH

Selamat mendarat . Langkawi International Airport ni takde skybridge, jadi terpaksalah turun guna tangga kayu. Alhamdulillah, cuaca baik sekali tapi kehangatan bahang kepanasan kepulauan memang terasa sangat .

Terus menanti bagasi namun masa terbuang 1/2 jam di situ kerana sebuah beg pakaian mak itam tak muncul2 . Sah, pasti beg ni dah tersesat antara ternaik kapalterbang lain atau masih tersadai di KLIA.

susur kayu tepi pantai hotel
kalau air pasang sampai paras tu juga

Confirm bag tu tak sampai, terus buat report kat pejabat bahagian tuntutan bagasi . Macam soal siasat juga kerana semua kena nyatakan , besar beg, warna beg dan juga jenama beg dalam report tu . Kata pegawai tu, biasa perkara tersebut berlaku. Maksudnya kecekapan dalam mengurus bagasi penumpang masih belum mencapai tahap maksimum.

Nasib baik penerbangan KL-Langkawi cuma 55 minit dan jika bagasi tu masih ada di KLIA, petang nanti dah boleh sampai. Jika penerbangan ke London yg 13 jam , mau naya .

Itu semua takdir dan kerja Allah, terima jelah.

Kalau petang nanti tak sampai beg mak itam yg dalamnya semua pakaiannya serta pakaian anak jantan kami , maka nanti terpaksalah mak itam pakai kain pelikat gombang aku le gamaknya buat pario nanti hehehe


Lobby Hotel

Insyallah , kata pegawai tu petang nanti dalam pukul 3 ada flight MAS lagi dari KL dan pukul 5 petang nanti akan di hantar ke hotel penginapan kami jika mereka jumpa bagasi tu. Kalau tak , mak itam sarung jelah aku punya mana yang patut hahaha

Keluar balai ketibaan, berderet kaunter sewa kenderaan siap dengan gambar pelbagai kenderaan. Semua dok melambai2 kat kami . Memang kami perlu sewa kenderaan untuk memudahkan pergerakkan kami selama berberapa hari . Pilih jelah mana yang berkenan dan harga boleh runding ikut berapa lama kita sewa nanti.

Aku nak cari motor roda tiga tapi malangnya takde.

Pengabis kami sewa sebijik MPV Nissan Serena yang sewaannya RM250 sehari . Senang sungguh urusan sewa kereta di sini kerana ia kan pulau dan yang pasti takde kenderaan yang tak akan di bawa lari . Pusing2 pun mesti dalam pulau ni jugak. Jadi takde pelbagai dokumen yg perlu di isi mcm nak sewa kereta di luar negeri. Semua mereka nak termasuk pasport dan international licence . Kat Langkawi, pilih dan tunjuk je kepala agong, semua settel.


Start kereta , biasalah minyak dah reserve. Kereta sewalah katakan. Jadi aku pun main redah je ke pekan Kuah cari stesyen minyak . Padahal aku tak pernah pun memandu kat Langkawi ni. Isi minyak penuh buat beberapa hari dan lunch kat gerai depan Bella Vista . Sedap menunya dan pada ku harga pun ok berbanding kalau makan kat hala Trengganu tu yang dia tau kita cakap orang luar je, pasti sekali ganda di charge nanti.

Destinasi kami seterusnya , Sheraton Beach Resort , Langkawi yang akan menjadi penginapan kami selama beberapa hari yang terletak di pantai area Tg Santuary.

dari beranda bilik


dari beranda bilik ku

Khamis, Mac 22, 2012

PILOT MEREMPIT


Rebak Marina
Pulau Rebak

ALHAMDULILLAH

Walaupun terlambat 10 minit namun waktu ketibaan tetap sama kerana pilot telah merempit kat atas hampir 900 km sejam juga . Kelihatan Pulau Langkawi begitu indah dari atas udara . Sebenarnya aku memang tak pernah lagi jejakkan kaki aku kat bumi Mahsuri ni sebelum ini.

Mak itam dan anak sulong kami pernah pergi 10-12 tahun dulu ikut rombongan persatuan penoreh2 getah .

Kalau ramai di kalangan pengunjung ke Langkawi untuk tujuan membeli belah, tapi kunjungan kami ke sini adalah sekadar percutian keluarga dan aku nak ambil gambar2 landscape yang menarik di sekitar Langkawi ni.


benteng pemecah ombak




Landing time dan tetiba berdentum kapal terbang tu mendarat buat semua dalam kapal terbang terperanjat . Ganasnya pilot ni dan tetiba lepas tu dia tekan brek emergency pulak buat semua penumpang terperanjat beruk lagi sekali .

Ni betul pilot rempit ni .

Tengok cuaca kat luar punyalah baik tapi pada ku pendaratan memang tak "smooth" langsung.

Pilot kemudian buat pengumuman ketibaan dan minta maaf pada semua penumpang atas pendaratan yang agak "keras dan kasar" tapi dengan alasan cuaca .

Kami gelak je pasal cuaca punya lah baik terang benderang takde angin ribut hehehe

Kira pilot terpaksa "cover line"

Ni mesti nak cepat sampai punya hal dan kejar trip macam drebar lori pasir gamaknya.



Langkawi International Airport
Padang Matsirat


Firefly pun ada terbang ke sini dari Subang




p/s : minta kekawan dgn seikhlas hati mendoakan agar dipermudahkan buat ibu ku kerana keadaan kesihatannya agak kritikal dan tidak stabil .