WARGA SCP

Khamis, Mac 22, 2012

PILOT MEREMPIT


Rebak Marina
Pulau Rebak

ALHAMDULILLAH

Walaupun terlambat 10 minit namun waktu ketibaan tetap sama kerana pilot telah merempit kat atas hampir 900 km sejam juga . Kelihatan Pulau Langkawi begitu indah dari atas udara . Sebenarnya aku memang tak pernah lagi jejakkan kaki aku kat bumi Mahsuri ni sebelum ini.

Mak itam dan anak sulong kami pernah pergi 10-12 tahun dulu ikut rombongan persatuan penoreh2 getah .

Kalau ramai di kalangan pengunjung ke Langkawi untuk tujuan membeli belah, tapi kunjungan kami ke sini adalah sekadar percutian keluarga dan aku nak ambil gambar2 landscape yang menarik di sekitar Langkawi ni.


benteng pemecah ombak




Landing time dan tetiba berdentum kapal terbang tu mendarat buat semua dalam kapal terbang terperanjat . Ganasnya pilot ni dan tetiba lepas tu dia tekan brek emergency pulak buat semua penumpang terperanjat beruk lagi sekali .

Ni betul pilot rempit ni .

Tengok cuaca kat luar punyalah baik tapi pada ku pendaratan memang tak "smooth" langsung.

Pilot kemudian buat pengumuman ketibaan dan minta maaf pada semua penumpang atas pendaratan yang agak "keras dan kasar" tapi dengan alasan cuaca .

Kami gelak je pasal cuaca punya lah baik terang benderang takde angin ribut hehehe

Kira pilot terpaksa "cover line"

Ni mesti nak cepat sampai punya hal dan kejar trip macam drebar lori pasir gamaknya.



Langkawi International Airport
Padang Matsirat


Firefly pun ada terbang ke sini dari Subang




p/s : minta kekawan dgn seikhlas hati mendoakan agar dipermudahkan buat ibu ku kerana keadaan kesihatannya agak kritikal dan tidak stabil .

4 ulasan:

  1. Ya Allah, Kau ringankan beban keluarga Rezeki. Ya Rabb yang Maha Penyembuh, Kau sembuhkanlah sakit ibu Rezeki dan kurniakanlah kesihatan dan umur yang panjang. Amin Ya Robbal Alamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima ksih atas doa Che Mid

      keadaan ibu saya mmg kritikal dan semalam dah diam je dan kurang tindakbalas ,kami hanya mampu doakan yg terbaik buatnya dari Allah dan dipermudahkan

      insyallah

      Padam
  2. pilot..mestilah nak cover line ek...lama dah tak gi Langkawi , last pegi masa tahun 1999 dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama tu, nak kena mengulang pegi tu hehe

      Padam