WARGA SCP

Ahad, Mac 25, 2012

IBU GAMAT DAN CATATAN BUAT IBU


ALHAMDULILLAH

Kalau bercerita tentang Langkawi, selain Mahsuri, pasti tidak akan dapat dipisahkan dengan cerita Ibu Gamat . Gamat sejenis hidupan laut yang dalam istilah inggeris Sea Cucumber banyak berguna dalam perubatan tradisional . Kebanyakkan dibuat minyak gamat dan terdapat juga pelbagai produk yang dihasilkan darinya seperti losen, bedak dan sebagainya.

Kita lari seketika dari cerita Ibu Gamat kerana ibu gamat silih berganti namun ibu kita sendiri tidak akan ada galang gantinya . Dalam seminggu dua ni jarak HC ke Muar aku buat mcm pegi kedai runcit belakang rumahnya bila nak beli kunyit.

Keadaan kesihatan ibu ku sekarang tidak stabil . Dua minggu sudah masa aku menziarahinya, masa tu masih ok . Katanya teringin nak makan kepala mayong lalu aku cari kat pasar dapat kepala mayong sejana lalu mak itam masakkan untuknya . Katanya nak makan air tangan anak menantunya.

3-4 hari selepas tu rupa2nya kesihatannya dah mula kurang stabil. Namun sebelum tu dia ada berpesan pada kakak ku yang sulong,

"Tengok2kan mak, mak rasa dah tak lama ni pasal mak dah dapat petunjuk dan petanda dari Allah"

Lepas tu kata penjaganya, dah 2 hari dia tak tidur . Katanya arwah ayah ku iaitu suaminya ada datang menziarahinya, kemudian katanya ramai orang datang menziarahinya seolah2 dia telah pergi buat selama2nya.

Malam rabu lebih kurang pukul 10.00 malam , tetiba aku menerima panggilan telefon dari kampung mengatakan doktor yang dipanggil melihat keadaan ibu di rumah dah tak boleh buat apa2 minta dihantar ke hospital secepat mungkin lalu bergegas ambulan dipanggil ke rumah. 3 jam pertama terlalu kriktikal kerana hasil pemeriksaan menunjukkan paru2nya telah bengkak dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan oksigen. Tekanan darahnya pula menurun hingga paras 60 dan sangat merbahaya.Umur ibu ku ketika ni 80++ dan kata doktor dah tak dapat buat apa lagi dan perlukan pemerhatian berterusan dari pihak doktor.

Aku yang ketika itu keletihan dan hampir melelapkan mata malam tu terus bergegas keluar dari hutan menuju teratak ku di pekan HC . Kerana agak keletihan , aku sempat mandi dulu utk menyegarkan badan dan dalam pukul 12 malam juga terus memecut dengan laju dalam 190-220 km sejam juga mengambil masa sejam lebih sikit lalu terus ke hospital .

Nampak wajah ibu ku , hilang semua keletihan namun ibu ku tak menyahut langsung dan keadaan nafasnya turun naik . Aku hanya redha pada Allah jika telah tiba masanya Allah akan mengambilnya kembali . Masa tu adik beradik yang lain belum tiba lagi . Tanda merah diletakkan di tepi katilnya oleh doktor menandakan pesakit dalam keadaan kritikal dan katilnya terletak berdekatan dengan meja jururawat .

Lebih kurang pukul 5 pagi, keadaannya semakin nazak dan sukar bernafas walaupun dengan bantuan oksigen . Masa tu aku dah duduk dekatnya sambil aku bisikkan kalimah syahadah perlahan2 di telinganya . Mulut ibu terkumat kamit juga dan hanya kendengaran sebutan Allah, Allah, Allah secara tidak jelas kendengaran . Masa tu aku sorang mengadapnya sementara penjaganya selama ini dah menangis kat tepi jauh sikit dari kami berdua. Azan subuh berkumandang lalu aku tinggalkannya seketika untuk solat di surau di bawah wad hospital. Aku sempat berdoa semasa sujud terakhir yang jika Allah nak ambil ibu ku, aku redha dan minta dipermudahkan dan jika sebaliknya , aku bermohon kepada Allah agar panjangkan lagi umurnya serta diberikan kesihatan yang baik agar aku dapat lagi bersama2 ibu ku .


Lepas selesai solat subuh , aku bergegas ke atas semula dan aku terperanjat kerana keadaan ibu ku tadi yang seolah2 sedang bertarung dengan sakratulmaut tetiba sedar dan masih mengenali diri ku . Syukur aku kepada Allah namun timbul sedikit rasa gusar kerana jika sesiapa yang berpengalaman menghadapi individu yang sakit dalam keadaan kritikal, selalunya Allah akan bagi peluang untuk dia sedar kembali hanya sekadar "meminjamkan" kita seketika cuma sebelum Dia ambil buat selama2nya.

Apabila lihat keadaan2 agak stabil dan abang ku telah tiba dan begitu juga kakak2 ku, aku tanpa mandi terus memecut kembali ke HC kerana ada perkara yang tak dapat aku elakkan yang perlu aku uruskan dan berjanji esok nanti aku akan pulang semula ke kampung.

Namun aku sentiasa berhubung dengan anggota keluarga ku setiap jam untuk mengetahui perkembangannya. Semua adik beradiknya datang hari tu menziarahinya selain dari anak2. Keadaannya ketika itu langsung tak menandakan dia sakit tenat dan mulutnya asyik bercakap dan bercerita je . Ibu ketika itu dalam dalam keadaan yang sangat gembira namun bunyi butir percakapannya agak sukar untuik difahami kerana suaranya "dah dalam" .

Keesokkan harinya dia kritikal kembali dan tak sedarkan diri . Tiada tindakbalas langsung dan susu yang dialirkan melalui tiub sebagai makanannya mula "reject". Anak2 perempuannya dah mula menangis dan yang lain dah mula bacakan yassin . Keadaan berlarutan lama juga .

Sekali lagi Allah "pinjamkam seketika" kegembiraan buat kami bila dia tersedar jam 3 pagi seolah2 tiada apa2 yang berlaku . Namun kali ini ada banyak yang dia dah mula pesan sekiranya telah tiba masanya . Wang2 simpanannya yang anak2 bagi tetiap bulan hendaklah dibayarkan fidyah2 jika ada yang dia terlupa masa hidupnya, nanti dia minta carikan orang dan berikan imbuhan untuknya sebagai "hadiah" untuk bacakan Al Quran dan pahalanya nanti disedekahkan buatnya jika dia dah takda. Banyak2 lagi pesanan2 terakhir darinya kali ini . Katanya dia dah lama redha jika Allah nak jemput kembali . Hanya masa dan ketika serta saatnya sahaja yang Allah sahaja mengetahui . Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan kerana hidup dan mati itu benar dan janji Allah itu benar tidak tercepat seketika dan tidak lambat seketika juga.

Semalam , isteri ku menemankannya semalaman di hospital dan katanya semalaman juga ibu tak tidur dan ada je yang diperkatakan dan kekadang agak sukar untuk difahami. Kalau dia rasa nak solat , dia solat atas katil dan kalau dia nak baca doa, dia berdoa atas katil .

Ibu ku ketika ini seolah2 macam kanak kecil riang yang tiada dosa kerana kerap tersenyum bila berbicara walaupun sukar difahami apa yang dia maksudkan. Mungkin inilah kurniaan Allah buatnya untuk merasai saat2 indah dan dalam keadaan keadaan ceria sebelum dia pulang buat selama2nya.

Catatan buat ibu ku dari anak mu ,
Aku pasti akan merindui mu nanti ibu ............................
Kau tiada galang gantinya ..............................

Ya, Allah
Permudahkannya serta ampunkan segala dosa kedua orang tua kami
Kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil

8 ulasan:

  1. assalamualaikum - Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya

    BalasPadam
  2. Salam pak itam

    Tempohari ada doakan bonda pak itam tetapi tak kuar kat komen, doakan dari jauh jer...alhamdulillah..masih dapat tau perkembangan terkini.
    Semoga Allah permudahkan semua urusan bonda ...juga semua ahli keluarga...pak itam...
    Setiap janji Allah itu pasti...

    BalasPadam
  3. Ah Pak itam tetiba gambar helang sudah Bertukar..terkedu...Semoga Pak Itam/mak itam sekeluarga diberi pahala dengan segala musibah serta mendapat ganti yg lebih baik...Saya juga dah lalui pengalaman hidup begitu.

    BalasPadam
  4. Assallamualaikum Pak Itam,

    Semuga apa jua kiranya, segalanya itu Allah Maha Mengetahui,..berderai air mata mama Nadz membaca bait-bait ayat Pak Itam.., kerana itulah Ibu..yg sentiasa dikenang

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum Pak Itam

    Masa baca tajuk, tak perasaan apa2, lepas tu teringat tulisan CL pasal ibu Pak itam krital masa tu.
    Apa2 pun al Fatihah, moga dia ditempatkan ditempat terbaik dr Allah.

    BalasPadam
  6. salam

    terima kasih semua atas doa2 kalian

    semoga Allah juga memelihara kita semua dan juga memberi kita kekuatan utk menempuh segala dugaan dengan hati yg tabah

    insyallah

    BalasPadam
  7. sedihhhhhhhhh,....

    walaupun terlambat mengetahuinya.....ain terkasima degan bonda pak itam ni...terlalu istimewa dan gambaran di berikan bonda sangat baik.berbahagialh bonda memilihi anak2 yang syang dan memahami.... semuga ALLAH cucuri rahmat atas nya...dan salam takziah

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaMac 18, 2014

    ASSALAM MUALAIKUM

    BalasPadam