WARGA SCP

Rabu, Mac 28, 2012

GUNUNG RAYA , CENANG DAN PEKAN KUAH

ALHAMDULILLAH

Gunung raya ni ketinggiannya 881 m dari aras laut . Lebih kurang 3000 kaki jugak.Banyak sebenarnya cerita misteri dan lagenda yang berkaitan dengannya. Penduduk asal Langkawi percaya ia berasal dari seekor gergasi yang dipanggil Mat Raya.

Mengikut mitos dan lagendanya, Mat Raya ni terbabit dalam pertelingkahan dengan sekor lagi gergasi bernama Mat Cincang kerana anak lelaki Mat Raya berkahwin dengan anak perempuan Mat Cincang. Jadi Gunung Raya dan Gunung Mat Cincang ni mengikut mitos asalnya dari dua ekor gergasi ni.

Masa aku nak naik tadi , aku nampak pondok tol dan setiap kenderaan rasanya kena bayar 50 sen, tapi takda pulak orang jaga kat pondok tu . Tempat ni strategik untuk rakamkan gambar matahari terbenam, tapi kerana masa tak mengizinkan dan bahaya kalau turun dah gelap nanti, aku batalkan sahaja niat aku.








ALHAMDULILLAH

Masa turun takde masaklah , aku masukkan kat gear 2 seperti disarankan agar menggunakan gear rendah dan agar tak perlu tekan brek selalu dan pedal minyak aku tak tekan . Naik terasa lama, turun sekejap je.

Ketika itu mendung telah mula berarak . Terus korner ke pekan Cenang. Suasana memang "happening" dengan deretan hotel2 kecil dan motel serta chalet2 kecil di tepi pantai dan deretan kedai2 pula di seberangnya. Aku ingat nak buat "street photograpy" tapi terbantut kerana hujan yang mula turun . Namun sempat juga survey harga bot kerana esok kami bercadang nak lakukan aktiviti "island hoping". Pelbagai pakej menarik , tepuk dada tanya selera je.

Dalam pada tu aku sempat google kat sorang mamat ni mana tempat makan yang sedap lalu disarankan sebuah gerai berdekatan Asenia Resort. Menu kami malam tu ikan siakap tiga rasa , kangkung belacan dengan sotong goreng tepung serta udang dan tom yam. Sekali datang mak datuk punya besarlah ikannya dan sotong goreng tepungnya banyak sekali tapi bila bayar terperanjat tak sampai RM 100 pun untuk semua hidangan yang kami makan .

Tu kalau kat JB atau KL tak dapat harga tu. Kami akhiri aktiviti dengan berkunjung pula seketika ke kedai Pak Mail di Pekan Kuah yang penuh dengan pengunjung yang berasak2 membeli pinggan mangkuk dan juga coklat serta berebut2 juga mebelek beg2 yg dijual di kaki lima kedainya sementara aku lebih suka memerhatikan sahaja gelagat mereka .










7 ulasan:

  1. Salam Bapak,
    Tak puas tengok rasanya gunung ganang pasal bumi ini...saya x boleh bayangkan kalau gunung ganang hancur apabila sangkakala berbunyi ...semoga kita berada dalam golongan yang dilindungi kelak...
    Kali pertama saya jejak kaki ke Langlawi adalah pada tahun 90..masa tu rasa seronok sangat...Dan Langkawi pun masih sunti tapi tahun lepas saya p ia sudah menuju kedewasaan...banyak bangunan sudah berdiri megah. Oh ya Bapak dan family ada naik cable car tak di gunung macinchang tu? Projek bina cable car di gunung itu dulu, antara yang terbabit seorang drpdnya rakan saya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      walaupun beberapa hari kat sana, tapi tak sempat nak explore semua

      insyallah lain kali pasti dtg lagi

      yup, kami ada naik cable car tu , cuma sayang masa tu hari hujan

      Padam
  2. Aik...langkawi pulak? Eh this weekend uncle akan ada kat bali...jom!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bali pasti menyeronokkan

      tak sempat lah uncle, kalau tak pasti saya ikut hehehe

      Padam
  3. Subhanallah cantiknya pemandangan..

    Semoga kedua ibu bapa bapak dilindungi Allah SWT selalu & diberikan kesihatan yg baik olehNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      terima kasih atas doa cikgu , bapak anak yatim dah pasal arwah ayah dah 22 tahun meninggal

      Padam
    2. semalam naik gunung raya dgn wife pg kul 1
      ...kmi tertido dlm kreta dan tersedar dlm kul4 .kluar ja pda pntu keta trjumpa lmbaga htam aku dh msok dlm kreta dan kmi brtolak pulang tp lmbaga tu x nk lpas kmi pulang dia tnggu di atas bumbumg kereta aku cuba baca doa dan dia pergi kmi dh selamat smpai rumah mertua aku kmi crita smua nya lpas tu dia cuba main lampu smpai sekarang bnde ni blom selesai
      ....gunung raya ..
      stiap prjalan kmi ada ja jmpe bnda .

      Padam