WARGA SCP

Khamis, Mac 28, 2013

PART 6 TANAH SUCI MAKKAH : INDAHNYA ISRAK DI HADAPAN BAITULLAH

Salam dr Kota Suci Makkah

Indahnya israk di hadapan Baitullah.
Tak terucap dgn kata2.

Alhamdulillah,
Aku rasa begitu tenang dan damai sekali berada di sini sejak dari subuh tadi menghadap Baitullah.

Ketenangan jiwa sungguh terasa di sini walaupun ratusan ribu jemaah berada di mana2 sekali pun.

Hiruk pikuknya penuh keberkatan dan kerahmatan yg tak terhingga diberikan secara percuma dari Allah , cuma kita nak merebutnya atau sebaliknya.

Ya Allah,
Aku sangat bersyukur krn Kau masih memberi peluang kpd ku utk menikmati saat-saat indah sebegini.

Lintas langsung dr kota Suci Makkah Al Mukarramah.











Waktu malaysia beza 5 jam dgn Makkah

Rabu, Mac 27, 2013

PART 5 TANAH SUCI MAKKAH : TEKINI DARI LAMAN KAABAH

ALHAMDULILLAH

Kami tadi baru selesai melakukan umrah selepas semalam bermiqat di Bir Ali setelah menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat untuk seketika bertolak dr Makkah jam 8.00 pagi dan masuk semula ke Makkah tiba jam 12.00 tgh mlm tadi.

Kami ambik keputusan selesaikan umrah pg ni lepas subuh tadi.

Tidak seperti kebiasaan, kali ini kami tidak ikut pakej mana2 agensi umrah dan melakukan secara private tour .

Insyallah, nanti aku ceritakan bila berkesempatan dan layan dulu hadiah dari aku suasana di laman Kaabah 1/2 jam lalu selepas usai umrah kami.










Isnin, Mac 25, 2013

PART 4 TANAH SUCI MAKKAH : PENGHORMATAN TERAKHIR

ALHAMDULILLAH

Aku dgn anak pistol aku dapat memberikan penghormatan terakhir dgn mengusung salah satu jenazah ptg ni dimana van2 dari Masjid Muhajirin yg menguruskan jenazah tersebut diletak berdekatan penginapan aku.

Buat masa kini krn Masjidil Haram dlm pengubahsuaian secara besar-besaran , maka jenazah hanya ditempat dan disembahyangkan dlm bahagian dlm masjid di belakang ruang Muazin.

Alhamdulillah

Lepas solat asar tadi, kami berkesempatan mengusung kembali jenazah ke van melalui ratusan ribu jemaah yg mana hati ku tersentuh apabila ada kalangan jemaah yg melambai tanda perpisahan sambil mendoakan si mati walaupun mrk tidak mengenali antara satu sama lain.

Moga2 nanti aku juga begitu.

Lintas langsung dr Makkah Al Mukaramah
4.47 ptg usai solat asar tadi








PART 3 TANAH SUCI MAKKAH : SELEPAS AZAN PERTAMA SUBUH DARI JENDELA ALMASSA

Padat di Haram




Suasana Lepas Solat Subuh Tadi


PART 2 TANAH SUCI MAKKAH : Makkah Padat Dengan Jemaah

ALHAMDULILLAH

Kota Suci Makkah sekarang ni padat dengan jemaah dari seluruh dunia macam musim haji pula.
Tak kira waktu apa , di mana2 penuh membuatkan suasana begitu menyeronokan sekali.
Inilah gambaran selepas solat Isyak 30 minit yg lalu lintas langsung dari Makkah Al Mukarramah.





Ahad, Mac 24, 2013

PART 1 TANAH SUCI MAKKAH : SALAM DARI MAKKAH AL MUKARRAMAH

Alhamdulillah

Suasana waktu zohor yg begitu mendamaikan walaupun terik mentari.

Cabaran di sini begitu besar krn Masjidil Haram sekarang dalam proses pengubahsuaian secara besar-besaran.

Sekian laporan lintas langsung ekslusif dari bapak baru selesai solat zohor .

ps: bapak update dari ipong je dan semua foto takde watermark dan hak milik terpelihara SCP




Al Imam Muhamamad Syamil Haiqal

Jumaat, Mac 22, 2013

AKU MENYAHUT PANGGILAN MU YA ALLAH

ALHAMDULILLAH

Salam di pagi Jumaat yang indah.
Insyallah , ini adalah post terakhir dari Tanah Melayu sebelum aku melakukan suatu misi kembara  seketika untuk 8-9 hari menyahut panggilan dan jemputan Allah dan menziarahi rumahNYA .

Maka kembara kami ke bumi para anbia' dan aulia'
yang penuh keberkatan akan bermula 
selepas solat jumaat nanti.

Dipohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan
dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNYA
sebelum , semasa dan selepas kami menziarahi 
Baitullah nanti. 

Insyallah,
jemputan kami ke sana memang agak singkat sangat
namun yang penting kami dapat mengunjungi Rumah Allah 
dan melepaskan kerinduan kami terhadap
Tanah Suci.
Nanti aku kongsikan  segala cerita suka duka 
disebaliknya apabila pulang nanti dengan izin Allah jua.

Cerita kat US pun tak habis lagi , tapi jemputan Allah ini lagi penting dan mustahak .  

Alhamdulillah
walaupun beberapa kali Allah memberikan aku peluang menyahut panggilannya dan menziarahi Baitullah, tapi pada setiap kali kunjungan itu juga,  aku akan rasa teruja dan debarannya  dan setiap kali itu juga , aku anggap satu pengalaman baru yang bakal aku tempuhi di mana inilah tempat yang paling agung di muka bumi ini pada ku yang tak pernah jemu2 untuk dikunjungi biarpun beribu kali .

Di kesempatan ini , aku bagi pihak ahli keluarga kami 
dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa dan juga sekiranya ada yang terasa hati sepanjang aku menconteng di SCP ini. 

Doakan agar kami berempat selamat menjalani ibadah di sana dan sentiasa dipelihara akan kesihatan dan keselamatan kami serta apa jua dan dipermudahkan segala2 di sana dan dapat menyempurnakan segala ibadah dengan baik dan sempurna seperti yang dituntut oleh syarak.

Insyallah,
aku juga tidak akan lupa mendoakan untuk kesejahteraan 
dan semoga kalian
semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan 
dari Allah S.W.T.


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ 
لاَ شَرِيْكَ لَكَ 


Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu 
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu 
yang tiada sekutu bagi-Mu



Penorama dan Suasana Yang Tidak Pernah Menjemukan
Kami datang menyahut panggilan dan jemputan Mu Ya Allah


aku rindu untuk berada dalam suasana sebegini


aku ingin berpaut di jenang Multazam berdoa 

Makam Ibrahim

aku ingin dan rindu untuk mengucup Hajarul Aswad

aku rindukan suasana sebegini
sesak yang membahagiakan