WARGA SCP

Isnin, Mac 25, 2013

PART 4 TANAH SUCI MAKKAH : PENGHORMATAN TERAKHIR

ALHAMDULILLAH

Aku dgn anak pistol aku dapat memberikan penghormatan terakhir dgn mengusung salah satu jenazah ptg ni dimana van2 dari Masjid Muhajirin yg menguruskan jenazah tersebut diletak berdekatan penginapan aku.

Buat masa kini krn Masjidil Haram dlm pengubahsuaian secara besar-besaran , maka jenazah hanya ditempat dan disembahyangkan dlm bahagian dlm masjid di belakang ruang Muazin.

Alhamdulillah

Lepas solat asar tadi, kami berkesempatan mengusung kembali jenazah ke van melalui ratusan ribu jemaah yg mana hati ku tersentuh apabila ada kalangan jemaah yg melambai tanda perpisahan sambil mendoakan si mati walaupun mrk tidak mengenali antara satu sama lain.

Moga2 nanti aku juga begitu.

Lintas langsung dr Makkah Al Mukaramah
4.47 ptg usai solat asar tadi








9 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Di Mekah dan Madinah setiap hari ada saja orang meninggal dunia. Selepas solat fardu pasti diiringi dengan solat jenazah. Solat jenazah ini mudah sahaja melakukannya tetapi ganjaran yang diperolehi amat besar.

    Hadith:
    “Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud.”

    Saya juga teringin dikapankan, disolatkan, diusung dan dikebumikan di tempat suci ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Kerugian besat kalau tak rebut saham akhirat yg Allah sediakan

      Padam
  2. Balasan
    1. AL FATEHAH

      Untung disolatkan ratusan ribu jemaah

      Padam
    2. Memang benar.
      Safwah dah lain?

      Padam
  3. Salam Rezeki.
    Sewaktu masih bertugas disana, setelah selesai solat (waktu sesak dan sembahyang di hadapan zam2 tower)saya nak ke dalam zz tower untuk membayar zakat. Tiba2 orang dikaunter bergegas tutup dan solat jenazah. Saya yang terpinga2 pun join sekali. Bukan senang nak solat jenazah dalam shopping complex!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam uncle
      Sgt berharga pengalaman uncle masa berkhidmat di makkah

      Safwah byk dh berubah psl boss dia dah balik malaysia hehe

      Padam
  4. Salam bapak. Al-Fatihah buat yg telah pergi. Bapak, betoi ka bila dikebumikan di sana, memang tak diletakkan batu nisan & tak ditanda kuboq tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Sebenarnya haram membina binaan kekal atas kubur, kalau nisan boleh

      Disini depa ikut al quran dan al sunnah , jadi hanya batu bulat sebagai tanda

      Padam