ALHAMDULILLAH
Salam di pagi Jumaat yang indah.
Insyallah , ini adalah post terakhir dari Tanah Melayu sebelum aku melakukan suatu misi kembara seketika untuk 8-9 hari menyahut panggilan dan jemputan Allah dan menziarahi rumahNYA .
Maka kembara kami ke bumi para anbia' dan aulia'
yang penuh keberkatan akan bermula
selepas solat jumaat nanti.
Dipohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan
dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNYA
sebelum , semasa dan selepas kami menziarahi
Baitullah nanti.
Insyallah,
jemputan kami ke sana memang agak singkat sangat
namun yang penting kami dapat mengunjungi Rumah Allah
dan melepaskan kerinduan kami terhadap
Tanah Suci.
Nanti aku kongsikan segala cerita suka duka
disebaliknya apabila pulang nanti dengan izin Allah jua.

Cerita kat US pun tak habis lagi , tapi jemputan Allah ini lagi penting dan mustahak .
Alhamdulillah
walaupun beberapa kali Allah memberikan aku peluang menyahut panggilannya dan menziarahi Baitullah, tapi pada setiap kali kunjungan itu juga, aku akan rasa teruja dan debarannya dan setiap kali itu juga , aku anggap satu pengalaman baru yang bakal aku tempuhi di mana inilah tempat yang paling agung di muka bumi ini pada ku yang tak pernah jemu2 untuk dikunjungi biarpun beribu kali .
Di kesempatan ini , aku bagi pihak ahli keluarga kami
dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa dan juga sekiranya ada yang terasa hati sepanjang aku menconteng di SCP ini.
Doakan agar kami berempat selamat menjalani ibadah di sana dan sentiasa dipelihara akan kesihatan dan keselamatan kami serta apa jua dan dipermudahkan segala2 di sana dan dapat menyempurnakan segala ibadah dengan baik dan sempurna seperti yang dituntut oleh syarak.

aku juga tidak akan lupa mendoakan untuk kesejahteraan
dan semoga kalian
semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan
dari Allah S.W.T.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah
Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu
Penorama dan Suasana Yang Tidak Pernah Menjemukan
Kami datang menyahut panggilan dan jemputan Mu Ya Allah
aku rindu untuk berada dalam suasana sebegini
aku ingin berpaut di jenang Multazam berdoa
Makam Ibrahim
aku ingin dan rindu untuk mengucup Hajarul Aswad
aku rindukan suasana sebegini
sesak yang membahagiakan

Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadammoga dalam pemeliharaan Allah senantiasa, dipermudahkan segala urusan serta memperolehi Umrah yg Mabrur
terima kasih atas doa2 yg dipohon untuk kami
Labbaikallahumma Labbaik
BalasPadamLabbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Saya juga insyaAllah akan ke sana bersama keluarga. Mohon doakan kami dijemput Allah lagi dan dipermudahkan segala urusan.
Pagi pak.
BalasPadamSemoga perjalanan pak sefamili diberkati dan dirahmati.
Seronoknya berziarah ke tanah haram.
Kirim salam kat cik li from ibu;)
As-Salam,
BalasPadamSemoga beroleh Umrah mabrur dan sejahtera diperjalanan serta dipermudahkan Allah atas segala urusan.
Gambar high pixel jgn lupa ya Pak Itam....hehehe..kot lupa.
Salam Pak Itam,
BalasPadamSelamat jalan..semoga selamat pergi dan balik...
Assalamualaikum Bapak,
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan & agar mendapat Umrah yg barakah.
Insya'Allah..
Salam bapak. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. Saya pun mintak ampun & maaf jugak atas segala salah & silap. Semoga selamat dalam perjalanan pergi & balik.
BalasPadamAs`Salam, Moga bapak & famli memperolehi umrah yg mabrur & Allah permudahkan segalanya, in sha Allah. tolong sampaikan salam saya pada Rasulullah SAW.
BalasPadamYa Allah. Alangkah bahagianya bila tiba-tiba terjumpa blok Pak Itam ini. Alhamdulillah. InsyaAllah saya juga akan ke tanah suci hujung bulan ini. Semoga kita sama-sama mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan Allah untuk segalanya. Mohon juga nasihat Pak Itam kerana saya wanita berusia 46 tahun ini hanya akan pergi bersama anak lelaki berusia 16 tahun, insyaAllah...
BalasPadam