WARGA SCP

Khamis, Jun 13, 2013

USA PART 63 : UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD, LOS ANGELES

ALHAMDULILLAH

Masa pagi tu nak bersiap ke Universal Studio, aku berbelah bagi. Nak bawak jaket ke atau tidak . Pengabis aku bawak jugak light jacket aku kerana yang pasti , aku akan berada di sana dari pagi sampai malam . 

Keluar agak pagi juga menghala ke Universal Studio . Tuan punya tempat ini ialah NBC dan kalau ikut sejarah, ia dibuka sebagai sebuah tempat yang menempatkan set-set pengambaran atau movie studio pada 14 Mac 1915 .

Kemudian tanggal 15 Julai , 1964 barulah ia dibuka sebagai theme park . Masa operasinya sepanjang tahun tanpa ada hari untuk ditutup kerana ia menjadi tumpuan pegunjung bukan saja dari bumi Paman Sam, tapi juga pelancong dari serata dunia yang berkesempatan berada di Los Angeles.



Lokasinya di 100 Universal City Plaza, Universal City, CA 91608. Senang cerita gunakan je Los Angeles Freeway yang sesak atau bahasa lain "jammed" memanjang waktu pagi kerana orang nak pergi kerja. Tu sebab istilah "Bumper to Bumper" popular di sini memperlihatkan betapa padatnya kereta atas Los Angeles Freeway tu.

Tapi walaupun sesak sesangat, aku lihat depa memang berdisiplin semasa berada atas jalan raya dan takde le nak cilok mencilok . Mereka tetap dengan lorong mereka. Bunyi hon pun kurang sangat di LA ni. Lagi satu takde kelihatan motosikal macam tempat kita yang kejanya mencilok tengah deretan kenderaan macam kat Tanah Melayu.

Dalam 8.30 pagi,aku dah sampai . Tiket dalam USD 80.00 untuk sehari (RM240.00). Kalau tak nak beratur untuk naik rides, boleh beli tiket dalam USD 129.00. Kira macam VIP pass . Tapi kami memang fobia nak naik semua rides tu kerana maklumlah, bukan muda lagi hehehe

Karang kalau naik rides tu dan terkencing dalam seluar pasal takut, sapa nak tolang hahaha



Boleh tahan jugak pagi tu dengan pengunjung tapi tak sesak sangat le. Nak masuk , depa scan tiket dan terus calit kat tangan dengan marker yang aku tak nampak dakwatnya. Kerana tiket tu untuk sehari, jadi boleh la keluar masuk nanti dan nanti depa gunakan lampu ultra unggu je tengok calitan yang depa buat tu sebagai mengesahkan kita pengunjung yang telah mempunyai tiket.

Cuaca pagi tu nyaman sungguh. Winter di California yang terletak di tepi lautan Pasific menyebabkan suhunya semasa musim sejuk tidaklah sampai mengigit tulang terutamanya di siang hari . Tapi kalau menjelang petang ,suhu masa tu dah turun mendadak. 

Sepanjang aku di sini, bab cuaca yang nyaman dan dingin ni yang buat aku suka sangat dan bersyukur.Badan tak berpeluh, pakaian yang dipakai tak berbau tapi bangun pagi aku mandi tetap mandi berbanding orang depa yang rata2nya masa winter , depa bangun pagi dan gosok gigi je serta basuh muka.



Masuk-masuk main entrance, ex lover aku ni si Marilyn Monroe dah panggil aku,
"Papa Black,Papa Black"

Mukanya masih tak banyak berubah dari dulu. Ini mesti selalu makan jamu kocok hehehe

Cuma lehernya je dah berkedut sikit

Sempat le aku tanya khabar dengannya kerana lama sungguh kami tak jumpa  . Aku rakamkan 2-3 keping potretnya sebagai koleksi peribadi aku .Aku tak boleh lelama dengannya kerana aku nak berkejar ke tram yang akan membawa kami ke Studio Tour untuk mengelilinggi hampir keseluruhan ceruk tempat set-set studio  pengambaran yang memang kena naik tram ni .
 


Maju ke depan sikit , mulut aku dah mula baca ayatul kursi kerana lagi dulu, tok guru aku kata kalau nampak iblis , syaitan atau hantu dan seangkatan dengannya,baca lah ayat tu dan hembuskan .Pasti lari kalau memang dia makhluk tu.

Tapi ni tak lari pun malah makin dekat dengan aku ajak bergambar bersama .

Terus terang la aku kata, kalau la terserempak dengan yang kat bawah ni tetengah malam tengah jalan pulak tu semasa kita tengah drive , mau terkecing dibuatnya kalau semangat tak kuat hehehe

Ini cerita 25 tahun dulu yang mana sepupu aku sendiri bertemu dengan benda alah kira spesis ni semasa dia dalam perjalanan pulang dari Mersing ke JB kalau tak salah aku. Masa tu bukan macam sekarang yang kiri kanan jalan hutan tebal dan gelap. Tiba kat satu tempat, dia perasan bau busuk mayat dalam kereta dia . Matanya melingas dan terlihat kat cermin belakang dalam keretanya ada kelibat sorang perempuan sedang menumpang tempat duduk belakang .

Dia  kuatkan semangat dan terkumat kamit baca ayat yang dia ingat termasuk la ayat Kursi ni dan lansung tak berani pandang cermin belakang tu hinggalah dia sampai ke rumahnya di JB. Turun je kereta , yang dia perasan rupanya dah basah seluar yang dia pakai . Rupanya lagi tadi dah terkencing dalam seluar menahan ketakutan. Kira semangat dia kuat kerana kebiasaannya kalau bertemu macam tu,mau tak terpaut kereta ke tebing jalan. Allah memeliharanya ketika itu.



aku mati-mati ingat patung pasal dia duduk tak bergerak agak lama
rupa2nya orang daaaaaa

Isnin, Jun 10, 2013

TAMAN TASIK AMPANG HILIR, KL

ALHAMDULILLAH

Taman Tasik Ampang Hilir letaknya kira kat sebelah MRR2 dan kena koner lipat kiri menghala ke jalan Ampang. Jalan Ampang tu kalau terus je pasti sampai ke KLCC. Tapi kalau nak ke Taman Tasik Hilir ni, lepas korner lipat kiri je dari MRR2 ke jalan Ampang tu pasti jumpa tak jauh dari situ dalam 200 meter, stesyen minyak Petronas . 

Beloklah ke kiri dan kiri sekali lagi dipenghujung jalan tu , barulah jumpa pintu masuk yang macam dalam gambar kat bawah ni . Ni kira kita masuk ikut sebelah kedutaan Kazakstan .





Sebenarnya ada 2 lagi pintu masuk kat sebelah lain yang agak jauh juga, tapi aku tak pernahlah ikut sebelah tu. Di sekeliling taman ni, pasti kelihatan banglo2 besar yang kebanyakkannya dihuni oleh pak-pak duta yang seperti kelazimannya , sebenarnya di jalan Ampang ni bederet pejabat kedutaan seperti Kazakstan, Afganasitan, Kongostan , Gohek Gostan hehehe

Kalau aku berada di KL, pasti dalam pukul 9.00 pagi aku start motor roda tiga aku berdesup ke sini . Masa tu MRR2 tak sesak sangat berbanding pukul 9.30 pagi nanti setiap hari yang penuh dengan kenderaan orang nak pegi kerja yang masuk pukul 10.00 pagi .





Kalau orang dok suka jogging pepagi lepas subuh, aku suka jogging pukul 9 pagi lebih sikit hinggalah bawak ke pukul 10 pagi nanti. Masa tu kawasan taman ni dah tak berapa ramai orang dan tak payah le nak singgul senggolan .

Memang aman dan damai aku rasa kat sini . Taman ni adalah di bawah kendalian dan seliaan DBKL dan nampak terurus dengan baik . Kebersihan terjaga, suasana aman tenteram . Cuma kekadang je kelihatan ada juga yang agaknya tak paham bahasa yang bawak masuk basikal dan motorsikal gunakan trek mengelilingi tasik ni . 

Padahal terpampang antara peraturan yang termaktub yang dipamerkan kat depan pintu masuk adalah dilarang membawa basikal dan motorsikal dalam kawasan trek ni . Lagi satu terpampang juga yang taman ni bukan tempat nak berendut dan beromen . Tu sebab lepas pukul 8.00 malam , tak dibenarkan memasuki kawasan sekitarnya.




panorama menghadap KLCC dan sekitarannya

Sampai2 je, macam biasa aku mesti warm up dulu . Buat sedikit aktiviti "kelembutan" dan "rengangan" . Badan dah menginjak lebih 45 tahun ke atas ni bukan lasak macam dedulu . Kalau dedulu , nak terjun mandi parit pun , terejun je dan tak payah nak "warm up".Dulu dengan basikal2 aku sekali sama terejun masuk parit besar . Parit dulu kira macam anak sungai le. Tapi kat Muar kan depa tak le panggil sungai. Depa panggil parit. tu sebab kat Muar melambak parit .Tapi parit le ni bukan macam dulu ,. Kalau terejun , memang tak timbul le mati keracunan.

Sekarang ni aku kenalah berhati2 sikit, nanti karang ada je bahagian badan, pinggang , lutut  yang terpeleot sana-sini. Dah seasonlah katakan. Lepas tu barulah aku berlari2 anak dari penjuru sini sampai penjuru sana mengikut treknya yang aku rasa jauh le jugak memakan masa dalam 15-20 minit jugak nak sampai ke sebelah sana tu yang kalau tak salah aku dekat kedutaan Pakistan ke atau kedutaan Bangladesh.

Lepas tu patah balik semula sebelah sini semula . Dah menjojos peluh semua keluar dari atas sampai ke bawah dan rasa dapat bakar sikit kalori dalam badan , baru le buat semula "warming down' dan duduk menikmati permandangan panorama indah dalam 10-20 minit lagi sebelum balik.

Gambar2 ni sempat aku rakamkan dengan gunakan ipong aku je masa kunjungan aku bebaru ni ke sini . Aku jongging satu dua round dulu dan lepas tu baru aku balas semula sambil jalan berenti, jalan berenti rakamkan foto2 sekitarannya buat koleksi aku.

nilah simpang masuk ke taman ni dari MRR2






Selasa, Jun 04, 2013

JDT : LUASKAN KUASA MU JOHOR part 1

ALHAMDULILLAH

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" berkumandang di Stadium Bukit Jalil malam itu di mana perlawanan Semi Final Ke 2 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur , Kuantan telah dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil yang dapat menampung kapasiti yang lebih besar.

Untuk mengelakkan kesesakkan , aku bawak motor bot aku dan parking kat Stesyen LRT Pandan Indah dan dari situ ke Bukit Jalil menggunakan LRT. Untuk mengelakkan dari beratur nak beli 'coin" yang telah mengantikan tiket LRT, kami lebih senang gunakan kad Touch n Go . Tapi masalah timbul pula kerana 3 lagi kad yang jarang digunakan kena topup dulu. Tapi kemudahan topup kad tu hanya di stesyen Shell atau petronas tertentu je . Puas juga pi pusing cari 2-3 stesyen minyak baru bertemu yang boleh topup.

Bukan nak pujilah sistem topup kat Temasek, dah depa pakai hanya satu je kad dipanggil Autopass yang boleh gunakan untuk parking kat mana2 sekali pun , untuk naik MRT pun dan macam2 lagi, pegi je kat mana2 7eleven yang melambak tak kira kiosk kecik ke, pasti boleh topup. Benda yang baik seperti ni harus pihak berwajib kita pelajari dan cuba buat kat Tanah Melayu demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat jelata.

pahang dok sebelah sana
tu yang kosong "zon pemampan"

johor dok sebelah sini
tu kat bawah Ultras JDT

Kena turun kat stesyen Chan Siaw Lin dan tukar LRT untuk sampai ke Bukit Jalil. Aku ambil keputusan masuk stadium awal sikit kerana tiket yang dijual pula takda nombor tempat duduk dan kenalah pepandai mana nak duduk. Suasana luar stadium dah mula gamat dengan deretan gerai menjual jersi dan segala yang berkaitan melambak untuk penyokong kedua-dua pasukan.Anak aku dah paw aku 2 helai jersi JDT yang warna biru untuk lelaki dan pink untuk perempuan. Depa dok salin lepas tu kat bilik air .

Namun kelihatan trak FRU dan anggota polis bersepah berada di mana-mana. Ni dah macam bukan nak tengok bola , tapi dah macam nak pegi tengok demonstrasi pula.Namun aku percaya, pihak berkuasa mengambil langkah2 ini sebagai langkah2 keselamatan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penyokong kedua-dua pasukan . Susasana di luar stadium aman dan damai ketika itu . 

 player dah dok "warm up"



Nak menapak tangga dari bawah ke atas satu hal lagi kerana apa yang aku perhatikan , semua penutup-penutup longkang tiada. Dalam hati aku berdetik, namanya Stadium Nasional, tapi nampak gayanya stadium ini telah tidak dijaga dan diselenggara dengan baik dan pihak2 yang bersangkutan perlulah ambil langkah2 yang sepatutnya. Tu kalau orang tak nampak, katalah tak perasaan atau leka masa melintas longkang2 yang banyak juga nak sampai atas, mau rasanya patah tulang keting kalau terjatuh dalam longkang tu.

Pintu masuk penonton untuk JDT dan Pahang dipisahkan jauh untuk memudahkan kawalan keselamatan . Ketika aku masuk  stadium dalam pukul 6.30 ptg , tak penuh lagi . Namun kelihatan anggota polis berada di mana-mana. Nampaknya pihak stadium telah mewujudkan "zon Pemampan" antara penyokong kedua-dua pasukan .Lepas tiket diperiksa dengan lampu ultra unggu untuk dipasti kesahihannya, baru boleh masuk dan sapa yang bawak beg kena periksa dok RELA dan polis di depan pintu masuk .




7.14 terpampang di layar besar telah masuknya waktu solat magrib bagi kawasan KL . Walaupun aku bermusafir dan boleh jamak taakir nanti bila pulang ke penginapan, tapi rasa tak sedap di hati lalu turun dari tempat duduk yang agak tinggi juga ke bilik air berdekatan . Satu masalah timbul pula kerana lepas aku berwuduk , air paip dah keluar macam air kecing budak punyalah perlahan dan kecik . Kesian lihat anak2 muda belakang aku yang kena ambil wuduk gilir2 dan gunakan sisa2 air yang ada dengan cermat .

Lepas tu air paip yang dok pelan tu terus terputus. Lagi sekali perasaan menyampah timbul kerana namanya Stadium Nasional, tapi air pun takda . Ni bukan masalah terputus bekalan, tapi aku rasa mereka tidak menyelenggara kemudahan2 yang ada di stadium ni dengan sebaik-baiknya . Nampak gaya pihak2 yang berkaitan kenalah lihat benda2 macam ni yang nampak kecik je, tapi sebenarnya ia masalah besar sebenarnya.Kalau sapa yang sakit perut nak terkencit, lepas hajat beso tertunai dan bukak paip yg takda air, mau menjerit dalam jamban . 

Nampak gayanya abislah mafla ganti batu  buat istinjak hahaha
Takkan nak tayamum pulak hehehe



game dah nak mula

Kerana tiada penunjukkan arah yang mencukupi bagi surau yang terdapat di sana yang pastinya jauh entah ke mana, aku jumpa sudut yang agak terlindung lalu menjadikan matahari yang sedang terbenam ketika itu sebagai arah kiblat . Sebelum tu aku pastikan tempat tu bersih dari pandangan mata kasar aku . Bebudak muda tadi juga dok solat kat tempat tu jugak dan menjadikan mafla sebagai pengalas .

7.30 malam, suasana dah mula riuh apabila "ultras" Pahang dah mula dok bergendang dan menyanyikan lagu2 menaikan semangat pasukan mereka . Masuknya Ultras JDT, lagilah gamat dengan pelbagai lagu diiringi gendang menguasai suasana Stadium Bukit Jalil . Memang havoc sekali dan menghiburkan .

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" bergema di sana.

p/s: semua foto pakai ipong je 
nanti final baru aku usung bawak dslr dengan telezoom


Sabtu, Jun 01, 2013

LIVE DARI BUKIT BUKIT JALIL 6.30 pm








FA CUP SEMI FINAL : JDT vs TOK GAJAH

ALHAMDULILLAH

Depa kekurangan penyerang berbisa untuk menghadapi Tok Gajah dalam perlawanan semi final yang tertangguh akibat banyak masalah hari tu yang kita semua sedia maklum puncanya. Perlawanan semula malam ni jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil.

Aku pulak tak bawak but aku, yang aku bawak hanya selipar je dan dua helai kain pelikat masa aku bertolak ke KL . Jadi aku tak dapat nak tolong depa dalam padang. Aku hanya dapat beri mereka sokongan moral dari luar padang je . 

Kali pertama aku ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola . Kali terakhir aku tengok bola masa World Cup 2010 kat Afrika Selatan. Masa tu apa yang dapat aku saksikan bagaimana disiplinnya dan sportingnya penonton di sana walaupun kita sering digemburkan dengan keganasan penyokong bola sepak . Apa yang dapat aku katakan kenapa ada samseng bola sepak kat negara barat ialah kerana depa dok mimum banyak sangat sampai mabuk lalu lupa diri.

Tapi yang aku heran penonton kita yang rata2 melayu islam dalam 98 % yang pi nonton, kenapa boleh jadi  hal2 yang tak sepatutnya hingga hilang semangat kesukanan . Takkan mabuk air daun ketum kot ...

Ingatlah, sukan hanya sukan dan jangan sampai hilang semangat kesukanan dan janganlah timbulkan sebarang provokasi .

Jangan sampai 
MENANG JADI ABU , KALAH JADI ARANG
Sesen Pun Tak Berguna
  

4 keping tiket utk kami 4 beranak

Khamis, Mei 30, 2013

PART 62 USA : BARSTOW dan TANGER FACTORY OUTLETS

ALHAMDULILLAH

Barstow Station ni terletak di 1611 Main Street, Barstow dalam California.

Kira tempat persinggahan hentian rawat dan  rehat ni memang popular kerana di sinilah tempat titik pertemuan jalinan jalanraya yang merentas dari Timur ke Barat USA yang terkenal sebagai Historic Route 66 . Aku pernah tengok kat TLC yang hostnya Ian Wright tu mengembara dari timur ke barat ikut Route 66 ni.Teringin juga suatu hari nanti, aku nak mengembara merentas Route 66 ni dari timur ke barat .

Tapi impian tu rasa sukar nak jadi kenyataan. Tapi takpa kerana aku dah capai 2 pasang t-shirt yang ada sign yang menarik berkaitan Route 66 ni terpampang kat depan t-shirt tu di sebuah stesyen minyak masa aku berhenti .Dua-dua kaler hitam dan entah lagi dulu aku suka pakai t shirt kaler yang gelap-gelap sikit terutama hitam .

Barstow Station ni juga merupakan tempat pertemuan Freeway dari 1 - 15, Highway 58 dan 247. Jadi kalau summer, pasti kita boleh jumpa geng2 motor Harley kat sini, tapi winter ni geng kapchai pun tak nampak hehehe

Kerana itulah, tempat ni tak pernah tutup langsung dalam setahun dan beroperasi sepanjang masa.




cantik coach a.k.a bas kecik ni


plat coach ni pakai nama sendiri je


Jadi tak hairanlah jika kelihatan banyak kenderaan terutamanya coach atau bas-bas  yang begitu unik pada aku sering singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Aku berhenti di sini untuk cari sikit makanan dan minuman dan juga menegangkan segala urat-urat yang dah kendur setelah beberapa jam atas jalanraya.

Agak sibuk sikit kat sini tapi perhentian kami hanya sekejap je kerana kejap lagi kami nak berhenti lama sikit kat Tanger Outlet , Barstow utk solat dan macam biasa cuci mata,cuci USD dan cuci card credit hehehe

Itulah aktiviti wajib kat US ni. Kejanya asyik menyinggah kat Factory Outlet selagi kami terjumpa dalam perjalanan . Memang nampak gaya balik nanti aku kena noreh pagi petang le nak cover semula . Alhamdulillah, kebiasaannya Allah bagi aku rezeki semula untuk cover semula apa yg yang dibelanjakan dan setakat ini, aku masih terhindar dari belenggu hutang cik cc dan takda "out standing balance" dan sentiasa bayar ikut waktu dan bayar ikut apa yang aku dah gunakan. 

Aku bersyukur kerana sebenarnya disebalik semua itu, terkandung hikmah dari Allah yang aku dapat hindarkan diri dari terbabit dalam riba' kerana  kalau tak bayar cukup, nanti kan dah kena bayar "interest" a.k.a riba' namanya.Sesekali meraikan diri sendiri tak salah selepas penat menoreh dan macam pernah aku katakan, aku jenis kalau "meraikan" untuk diri sendiri untuk stok 1-2 tahun dan habis stok nanti , baru aku beli nanti.

Outlet ni boleh tahan juga besar tempatnya. Kalau JPO dalan 1 jam dah boleh habis rayau, sini 1/2 hari rasanya tak dapat ranjau semua kedai kot.

Macam biasa bagi pelancong macam kami, pi ambik map tempat ni dulu kerana kami hanya masuk ke kedai2 yang kami rasa nak beli barangannya je . Disamping tu, pihak pengurusan outlets ni pula beri kami dengan pelbagai kupon discount yang boleh digunakan nanti bila nak bayar hingga ada kupon tu yang beri discount hingga 60 % macam Banana Republic Factory Store.

Dahlah harganya asalnya rendah dan tolak lagi dengan discount , memang berbaloi untuk dibeli.

Sambil pusing-pusing, aku dok mengerling mana "port" aku nak solat yang agak terlindung dari laluan dan pandangan orang ramai. Pengabis kami pergi kat sebelah tepi hujung kerana dekat sikit dgn bilik air . Nak ambik wuduk agak makan masa kerana nak kena bukak jacket dulu, boot dan stokin . Cucuh je kat paip air, melenting aku kedinginan dan payahlah pulak nak berwuduk kerana paipnya jenis tekan dan berhenti sendiri. Pengabis, aku isi je dalam botol kosong mineral tu dan ambik wuduk pakai botol. Senang cerita.

factory outlets ni punyalah besar
aku rasa dalam 10 kali suria KLCC


Memang sesiapa pernah berkunjung ke US akan mengatakan rambang mata dek lihat pelbagai jenama terkenal dijual dengan harga yang sangat murah ditambah dengan discount lagi dan kalau tak beli rasa rugilah  pulak.

Rayau punya rayau , terjumpa kami dengan kedai yang menjual pinggan mangkuk. Terbeliak biji mata bila lihat set correlle tu yang biasa depa jual kat Parkson KLCC dan Jaya Jusco dalam 500-600 satu set kerana kat sini hanya USD 46.00 je . Baru dalam RM 138.00 . Pak kal mengenangkan agak sukar nak bawak balik kerana takut pecah . Kalau tak, mau aku angkut .

Kekadang terpikir kenapalah benda2 macam tu bila sampai kat Tanah Melayu kosnya begitu tinggi sekali . Rasanya cukai tinggi kot . Tu belum lagi harga kereta .Bila aku berbual dengan sorang Chinese American yang aku temui, depa kata Bimmer 3 series full spec pun paling mahal kat sini dalam USD 40 000 je (RM 120 000) sedangkan kat Tanah Melayu kalau takda 300 ribu lebih jangan cakap le.

Lalu aku terkenang dedulu bila kita dihebohkan dengan harga kereta akan turun bila AFTA termeterai tapi semua hanya tinggal cerita2 kosong je .

Walaupun dihebohkan dengan inflasi dan pengangguran di bumi US agak tinggi, tapi kuasa membeli mereka masih tinggi kerana kalau pendapatan mereka dalam USD 1500 - 2000 sebulan, mereka dah boleh hidup macam orang yang berpendapatan 7000-8000 ringgit sebulan kat Tanah Melayu.

Namun bak kata orang tua,
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri.

Tepuk dada , tanya selera.

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Tanah Melayu namun perkara2 positif yang baik yang terdapat di negara orang boleh kita ambil dalam memperbaiki taraf kehidupan golongan marhaen dengan memastikan harga barang yang rendah dan agak munasabah kerana aku pernah suatu ketika dulu merasa peritnya kehidupan .

Kasihan bagi sesiapa yang tinggal di bandar besar macam KL.JB dan sewaktu dengannya.

Kalau gaji dalam seribu dua dan tinggal lagi kat KL , aku rasa memang cukup2 makan je kerana segalanya perlu dibayar.Bayar ansuran kereta, bayar sewa rumah, bayar petrol, bayar tol yang berselirat sana-sini dan keperluan makan dan minum ,apa pun tak tinggal.Tu untuk orang bujang.Kalau yang dah berkeluarga ......

Kalau gaji seisi rumah 3-4 ribu dengan tanggungan 3-4 orang anak , sewa rumah lagi , ansuran kenderaan dan petrol lagi , belanja sekolah anak lagi dan keperluan lain ,  nak sampai cukup bulan pasti sesak nafas .  Namun jangan risau kerana kalau rezeki kita penuh keberkatan , insyallah cukup .

Tapi kat US ni kalau gaji seribu dua aku rasa masih boleh pakai bimmer second lagi pasal baru enam tujuh ribu dollar je . Aku cerita ni  dalam perbandingan nisbah matawang 1:1. 

Syukur ke hadrat Allah yang meminjamkan kepada ku sedikit rezeki dan kesenangan agar aku dapat melihat dunia luar dan dapat membuat perbandingan.

jenuh nak jalan wooooo