WARGA SCP

Khamis, Jun 13, 2013

USA PART 63 : UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD, LOS ANGELES

ALHAMDULILLAH

Masa pagi tu nak bersiap ke Universal Studio, aku berbelah bagi. Nak bawak jaket ke atau tidak . Pengabis aku bawak jugak light jacket aku kerana yang pasti , aku akan berada di sana dari pagi sampai malam . 

Keluar agak pagi juga menghala ke Universal Studio . Tuan punya tempat ini ialah NBC dan kalau ikut sejarah, ia dibuka sebagai sebuah tempat yang menempatkan set-set pengambaran atau movie studio pada 14 Mac 1915 .

Kemudian tanggal 15 Julai , 1964 barulah ia dibuka sebagai theme park . Masa operasinya sepanjang tahun tanpa ada hari untuk ditutup kerana ia menjadi tumpuan pegunjung bukan saja dari bumi Paman Sam, tapi juga pelancong dari serata dunia yang berkesempatan berada di Los Angeles.



Lokasinya di 100 Universal City Plaza, Universal City, CA 91608. Senang cerita gunakan je Los Angeles Freeway yang sesak atau bahasa lain "jammed" memanjang waktu pagi kerana orang nak pergi kerja. Tu sebab istilah "Bumper to Bumper" popular di sini memperlihatkan betapa padatnya kereta atas Los Angeles Freeway tu.

Tapi walaupun sesak sesangat, aku lihat depa memang berdisiplin semasa berada atas jalan raya dan takde le nak cilok mencilok . Mereka tetap dengan lorong mereka. Bunyi hon pun kurang sangat di LA ni. Lagi satu takde kelihatan motosikal macam tempat kita yang kejanya mencilok tengah deretan kenderaan macam kat Tanah Melayu.

Dalam 8.30 pagi,aku dah sampai . Tiket dalam USD 80.00 untuk sehari (RM240.00). Kalau tak nak beratur untuk naik rides, boleh beli tiket dalam USD 129.00. Kira macam VIP pass . Tapi kami memang fobia nak naik semua rides tu kerana maklumlah, bukan muda lagi hehehe

Karang kalau naik rides tu dan terkencing dalam seluar pasal takut, sapa nak tolang hahaha



Boleh tahan jugak pagi tu dengan pengunjung tapi tak sesak sangat le. Nak masuk , depa scan tiket dan terus calit kat tangan dengan marker yang aku tak nampak dakwatnya. Kerana tiket tu untuk sehari, jadi boleh la keluar masuk nanti dan nanti depa gunakan lampu ultra unggu je tengok calitan yang depa buat tu sebagai mengesahkan kita pengunjung yang telah mempunyai tiket.

Cuaca pagi tu nyaman sungguh. Winter di California yang terletak di tepi lautan Pasific menyebabkan suhunya semasa musim sejuk tidaklah sampai mengigit tulang terutamanya di siang hari . Tapi kalau menjelang petang ,suhu masa tu dah turun mendadak. 

Sepanjang aku di sini, bab cuaca yang nyaman dan dingin ni yang buat aku suka sangat dan bersyukur.Badan tak berpeluh, pakaian yang dipakai tak berbau tapi bangun pagi aku mandi tetap mandi berbanding orang depa yang rata2nya masa winter , depa bangun pagi dan gosok gigi je serta basuh muka.



Masuk-masuk main entrance, ex lover aku ni si Marilyn Monroe dah panggil aku,
"Papa Black,Papa Black"

Mukanya masih tak banyak berubah dari dulu. Ini mesti selalu makan jamu kocok hehehe

Cuma lehernya je dah berkedut sikit

Sempat le aku tanya khabar dengannya kerana lama sungguh kami tak jumpa  . Aku rakamkan 2-3 keping potretnya sebagai koleksi peribadi aku .Aku tak boleh lelama dengannya kerana aku nak berkejar ke tram yang akan membawa kami ke Studio Tour untuk mengelilinggi hampir keseluruhan ceruk tempat set-set studio  pengambaran yang memang kena naik tram ni .
 


Maju ke depan sikit , mulut aku dah mula baca ayatul kursi kerana lagi dulu, tok guru aku kata kalau nampak iblis , syaitan atau hantu dan seangkatan dengannya,baca lah ayat tu dan hembuskan .Pasti lari kalau memang dia makhluk tu.

Tapi ni tak lari pun malah makin dekat dengan aku ajak bergambar bersama .

Terus terang la aku kata, kalau la terserempak dengan yang kat bawah ni tetengah malam tengah jalan pulak tu semasa kita tengah drive , mau terkecing dibuatnya kalau semangat tak kuat hehehe

Ini cerita 25 tahun dulu yang mana sepupu aku sendiri bertemu dengan benda alah kira spesis ni semasa dia dalam perjalanan pulang dari Mersing ke JB kalau tak salah aku. Masa tu bukan macam sekarang yang kiri kanan jalan hutan tebal dan gelap. Tiba kat satu tempat, dia perasan bau busuk mayat dalam kereta dia . Matanya melingas dan terlihat kat cermin belakang dalam keretanya ada kelibat sorang perempuan sedang menumpang tempat duduk belakang .

Dia  kuatkan semangat dan terkumat kamit baca ayat yang dia ingat termasuk la ayat Kursi ni dan lansung tak berani pandang cermin belakang tu hinggalah dia sampai ke rumahnya di JB. Turun je kereta , yang dia perasan rupanya dah basah seluar yang dia pakai . Rupanya lagi tadi dah terkencing dalam seluar menahan ketakutan. Kira semangat dia kuat kerana kebiasaannya kalau bertemu macam tu,mau tak terpaut kereta ke tebing jalan. Allah memeliharanya ketika itu.



aku mati-mati ingat patung pasal dia duduk tak bergerak agak lama
rupa2nya orang daaaaaa

4 ulasan:

  1. Assalammualaikom wbt pak itam...
    Apa kabar...?
    seronok ye di US ni...tapi pak itam masuk dpt ke harga tiket atas 40thn tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam MI

      bapak kan budak lagi , kira tiket kekanak je hehe

      Padam
  2. Salam bapak. Bab ada "penumpang" tak diundang dalam keta malam2 tu seriau la eh.

    Hehe kalau makhluk yg macam tu jumpa di Universal Studios, sengeh2 ja ajak posing sama2, kekehkeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe hantu2 kat sana tak menakutkan
      kalau terserempak hantu sundal bolong ke, hantu kopek ke baru best hehehe

      Padam