WARGA SCP

Isnin, Disember 02, 2013

PART 72 USA : LAST PART OF DISNEYLAND PARADE


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Cuti sekolah datang lagi . Pasti ada dah merancang nak ke sana-sini samada dalam negeri atau luar negeri . Mak Itam aku dah cakap nak melawat Mickey . Tapi anak bongsu kami yang sedang menghadapi SPM yang kertas terakhirnya pada 6 Disember nanti. Dalam pada tu aku dah survey2 dan kalau nak melawat Mickey, maka Tokyo lah akan menjadi destinasi kami .

Tapi rasanya tak sempat kot pasal habis je abang SPM, nak suruh dia pegi ambil lesen kereta yang makan masa lama jugak sampai lulus . Jadi mungkin tangguh je dulu melawat Mickey .Kalau diizinkan Allah, bulan Mac 2014 masa yang sesuai dan boleh sekali tengok Sakura kembang di sana nanti.Jadi makanya, "no flight meal" hujung tahun ni .No bunyi "ding dong" yang sinonim dengan pengumuman di airport.

Sementara tu, kenalah mak itam layan dulu foto2 masa depa dok perbarisan kat Disneyland California ni untuk lepaskan rindu .




Alhamdulillah,

Allah bagi kami rezeki untuk kami melawat Mickey .Buat kali pertamanya kalau tak salah aku tahun 2002 semasa kami pi London. Masa tu anak-anak kecil lagi .Jadi suatu hari yang indah , kami berkereta dari Kota London menuju Dover menyeberangi Selat Inggeris melalui English Tunnel ke Calais , France.Satu pengalaman baru buat kami. Mulanya kami menjangkakan yang ketika melalui English Tunnel, kami akan memandu menyeberangi Selat Inggeris melalui terowong dasar laut, rupa-rupanya barisan kereta yang beratur panjang tadi akan dimuatkan dalam gerabak keretapi dan perlu melalui satu proses pemeriksaan . Setiap gerabak keretapi memuat 3 buah kereta . 

Satu pengalaman baru buat kami ketika itu.Lagi satu masa tu,mana ada budaya dan maklumat nak goggle semua benda alah tu. Tiket flight pun masa tu takda online, kena beli kat travel agen . Tiket flight pun masa tu jenis print yang berhelai2 salinan kedua dan ketiga yang perlu dikoyak satu persatu bila nak check in.

Dari Calais ke Paris pula memakan masa 2-3 jam jugak . Dengan anak kecik aku merengek pasal masih belum sesuaikan diri dengan sejuk kerana masa tu winter . Lepas tu bebudak ni lambat sesuaikan diri dengan "jetlag" .

Kami hanya menyinggah kat tempat2 menarik dalam Disneyland Paris tu mana yang sempat je kerana pukul 5.00 petang nak bertolak balik ke London semula. Namun sempatlah jugak untuk kali pertama menyaksikan Disney Parade di sana masa tu jam 3.00 ptg .

Masa tu takda DSLR macam hari ini. Jadi hanya kamera kompak menggunakan "film negative" untuk 36 keping gambar yang merakam kenangan kami di sana. 




2008 , enam tahun kemudian , masa tu anak-anak dah besar sikit. jemputan dari Mickey Hong Kong mengamit kami untuk melawatnya di sana. Disneyland Hong Kong taklah besar mana , namun kira itulah jarak terdekat dari Tanah Melayu dalam 3 jam lebih penerbangan je .

Biasalah jika Disneyland Paris, Mickeynya cakap France, maka Mickey Hong Kong pula cakap cina . Masa tu kami menginap di Disneyland Resort , jadi 2 day pass yang kami miliki menyebabkan kami ronda semua ceruk tempat  dalam Disneyland Hong Kong tu.

Mickey di California ni pula hantam cakap inggeris pula . Kalau ada Mickey di tanah arab, pasti dia cakap arab dahhhhh.

Memang Disneyland California ni besar sungguh meliputi 160 ekar keluasannya sangat menarik untuk diterokai . One Day Pass sahaja berharga USD 92.00 menjanjikan suatu suasana yang meriangkan bukan sahaja buat anak-anak, bahkan mak bapak anak pun sama turut merasainya.





Di Disneyland California berbanding dua Disneyland yang aku pernah kunjungi, kelihatan di sini ramai anak2 kecil perempuan yang dibawa oleh ibubapa mereka memakai costume seperti Cinderella membuatkan aku tersenyum . Serba lengkap dari atas kepala hinggalah ke kaki. Cara mereka berjalan jugak bak Ciderella dengan kedua tangan memegang gaun supaya tidak meleret.

Rupa-rupanya di sini terdapat sebuah studio solekan untuk anak2 yang hendak dan inginkan pengalaman tersebut yang terletak disebuah kedai yang menjual pakaian dan aksesori berkaitan. Sebaik mereka membeli baju dan aksesori yang seangkatan dengan gaya Cinderella, mereka boleh menempah terus untuk disolekkan oleh jurusolek di situ lantas mengayakan watak Cinderella sepanjang mereka berada di Disneyland.


Alhamdulillah,
Walaupun terlalu ramai pengunjung hari tu, suasana yang dingin ketika musim sejuk yang merupakan satu pemberian nikmat oleh Allah S.W.T menjadikan suasana petang ni meyaksikan Disney Winter Parade suatu pengalaman yang menghiburkan.














Khamis, November 28, 2013

PART 71 USA : JAM DAN PERFUME MURAH DI SINI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Memang sapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam ni, pasti tak dapat menafikan bahawa bumi America menawarkan pelbagai barangan berjenama dan berkualiti dengan harga yang sangat murah walaupun kita dah convertkan dari USD ke RM.

Maka peluang menjejakkan kaki ke sini tak aku lepaskan untuk mendapatkan beberapa barangan buat kegunaan ku sendiri. Kesempatan aku singgah di sebuah factory outlets di sekitar Las Vegas di tengah padang pasir tak aku lepaskan untuk membeli dua utas jam tangan berjenama Nautica kerana tawaran yang diberikan dengan discount mencecah 70% tak dapat aku lepaskan kerana Nautica ni di Tanah Melayu dalam lingkungan 500-800 seunit mengikut model.

Sedang aku merayau-rayau berseorangan kerana mak itam dah penat , outlets yang menjual pelbagai jam berjenama menarik perhatian ku . Memula aku ingat nak belikan untuk anak bongsu aku . Harga jam ni mengikut harga yang disyorkan dalam USD 149.00 . Kalau RM lebih kurang RM 450.00 seutas. Tapi jika aku membeli 2 utas , dari USD 298.00 dengan tawaran diskaun 60%, maka reganya hanya USD 119.00 je untuk dua utas .

Plus V.A.T dalam USD 129.00 x RM3.00 = RM387 .
Mana nak korek rega jam ni RM193.00 seutas kat tanah melayu. Jadi satu buat son of gun aku dan satu buat father of gun hehehe

Terkenang cerita lama , jam pertama yang aku dapat beli jenama Sovil de Titus kalau tak salah aku adalah dari gaji bulan pertama aku masa tu kerja buruh kasar a.k.a kontrak dengan sebuah syarikat jepun.



Perfume pun harganya di US begitu murah sekali . Masa aku singgah di Desert Palm Factory Outlets, aku dah sambar dua set perfume . Selalunya jika aku terbang , aku akan beli kat duty free shop . Tapi kali ni aku tak beli pun pasal aku tahu kat US lagi murah.

Jadi untuk CK One ni yang mengandungi 4 item termasuk perfume 200ml, moisturizer 200ml, body wash dan sebotol kecil perfume lagi yang kandungannya boleh dibawa menaiki penerbangan hanya USD 45.00 je x RM3.00 = RM135.00

Alang-alang menyeluk perkasam, aku gatal tangan sambar sebotol lagi perfume Dunhill Desire Blue 100ml kerana baunya memang aku suka sangat .Tak mahal , setelah convert ke RM dalam dalam RM 144.00 untuk botol besar tu . Benda alah tu kat Tanah Melayu dalam RM250.00 juga harganya.

Biasanya stok perfume aku untuk sebotol tahan setahun, jadi kira dua tahun aku takyah beli .Nampak gaya, adalah alasan aku nak ke US lagi nanti bila perfume aku dah habis hahaha

Penoreh getah macam aku ni memang perlu perfume kerana pepaham jelah, peluh menoreh menjejes dan nanti karang sendiri tak tahan bau busuk peluh sendiri hehehe

Syukur ke hadrat Allah, dulu senang cerita aku tak mampu nak beli . Yang aku mampu  beli hanya odorono je . Puaslah tonyoh odorono tu kat ketiak dengan harapan bau harum tu akan tahan sampai petang hahaha


Hidup hanya pinjaman.Aku dah semua suka, duka, pahit, manis, kelat, tawar , masin , payau kehidupan sepanjang diri aku dipinjamkan Allah di muka bumi ini. Semua yang aku kecapi dan rasai yang Allah pinjamkan ini hanyalah sementara sahaja . Aku sangat bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini . Apa saja yang Allah kurniakan tak kiralah kesusahan atau kesenangan pada aku, aku terima dengan penuh kesyukuran . Maka semua kenikmatan dunia ini akan tinggal bila kita kembali padaNYA dan yang dibawa hanya amalan dan taqwa sahaja.






4 item dalam 1 kotak

perfume

skin moisturizer


body wash dan perfume size kecil
yang boleh dibawa dalam kapal terbang

Isnin, November 25, 2013

GULAI PATIN TEMPOYAK

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Ada orang tak makan "ikan darat" kerana ikan darat ni kalau tak kena gaya basuh dan masaknya, akan berbau hanyir. Alhamdulillah, kami ikan laut , ikan sungai dan ikan darat kami makan. Kalau ada ikan udara pun kami makan hehehe

Ikan darat ni lebih kurang ikan sungai jugak. Nak basuhnya leceh sikit . Nak kena pakai limau dan entah apa dah aku tak pasti sangat. Aku yang pasti adalah makan je hehehe

Sabtu semalam, kami dok 3 beranak pi lah ke pasar tani kat JB macam biasa. Kak Long balik dari Shah Alam pasal dia nak tengok anak "kambing" dua ekor tu.



Kebetulan pagi sabtu tu hujan. Jadi pasar tani pagi tu tak berapa nak ramai lagi . Sementara mak itam dok pilih ikan laut kat gerai lain, aku pun pi pilih sekor ikan patin ni kat  gerai yang jual ikan darat. Orang takda, maka tak payah nak beratur-ratur, tunjuk mana yang hendak dalam bekas air tu pasal ikan ni semua hidup segar bugar lagi. 

Timbang nak dia pi ketuk kat kapla ikan ni kasi pengsan sikit dan terus siang je. Semalam pasal musim tengkujuh dah mula laaa ni, harga ikan memang tinggi. Terubuk punya rega dah 45 hengget sekilo . Ikan kembung dah 15 hengget sekilo. Tapi semua "fresh" lagi . Stok seminggu kami macam biasa daaaa.

Pasal minggu lepas ke Shah Alam, jadi minggu ni kami menyinggah kat warung buruk kat pasar Kg Melayu lepas berpasar tani pekena roti tampal goyang a.k.a dangdut . Aku macam biasa pekena 2 keping . Mak itam belikan roti tampal untuk bungkus banyak jugak dan nanti hantar kat anak bongsu kami kat asrama yang tak boleh balik hinggalah selesai SPM nanti. Boleh depa makan reramai dengan kekawan nanti.



Tadi tengahari Ahad pula, abang dok telepon kata nak balik rumah jap pasal last sekali balik masa raya haji dulu. Jadi pukul 9.00 pagi,mak itam dah dok kat dapur mengerjakan menu kami tengahari nanti . Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Ikan Bilis Goreng, Sayur Goreng serta Sotong Goreng Tepung.

Lepas kul 12.00 tengahari, berdesup aku ke JB jap pi ambik abang kat asrama dan berdesup aku balik HC balik . Tak jauh mana HC ke asrama abang. 20-30 minit dah sampai . Lepas zohor, maka berperanglah aku atas meja melayan Gulai Patin Tempoyak ni . Aku paling suka kalau ikan patin ni kat bahagian isi tengah tu yang bawahnya ada terkumpul lemak ikan ni yang rasanya Masyallah, Tuhan je yang tahu . 

Ikan patin ni kalau nak beli yang best jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang elok dalam beratnya 1 1/2 kg . Cerita banyak tak guna, kekawan layan jelah cik patin yang aku sempat tembak tadi sebelum dia melompat masuk dalam perut aku .