WARGA SCP

Khamis, November 28, 2013

PART 71 USA : JAM DAN PERFUME MURAH DI SINI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Memang sapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam ni, pasti tak dapat menafikan bahawa bumi America menawarkan pelbagai barangan berjenama dan berkualiti dengan harga yang sangat murah walaupun kita dah convertkan dari USD ke RM.

Maka peluang menjejakkan kaki ke sini tak aku lepaskan untuk mendapatkan beberapa barangan buat kegunaan ku sendiri. Kesempatan aku singgah di sebuah factory outlets di sekitar Las Vegas di tengah padang pasir tak aku lepaskan untuk membeli dua utas jam tangan berjenama Nautica kerana tawaran yang diberikan dengan discount mencecah 70% tak dapat aku lepaskan kerana Nautica ni di Tanah Melayu dalam lingkungan 500-800 seunit mengikut model.

Sedang aku merayau-rayau berseorangan kerana mak itam dah penat , outlets yang menjual pelbagai jam berjenama menarik perhatian ku . Memula aku ingat nak belikan untuk anak bongsu aku . Harga jam ni mengikut harga yang disyorkan dalam USD 149.00 . Kalau RM lebih kurang RM 450.00 seutas. Tapi jika aku membeli 2 utas , dari USD 298.00 dengan tawaran diskaun 60%, maka reganya hanya USD 119.00 je untuk dua utas .

Plus V.A.T dalam USD 129.00 x RM3.00 = RM387 .
Mana nak korek rega jam ni RM193.00 seutas kat tanah melayu. Jadi satu buat son of gun aku dan satu buat father of gun hehehe

Terkenang cerita lama , jam pertama yang aku dapat beli jenama Sovil de Titus kalau tak salah aku adalah dari gaji bulan pertama aku masa tu kerja buruh kasar a.k.a kontrak dengan sebuah syarikat jepun.



Perfume pun harganya di US begitu murah sekali . Masa aku singgah di Desert Palm Factory Outlets, aku dah sambar dua set perfume . Selalunya jika aku terbang , aku akan beli kat duty free shop . Tapi kali ni aku tak beli pun pasal aku tahu kat US lagi murah.

Jadi untuk CK One ni yang mengandungi 4 item termasuk perfume 200ml, moisturizer 200ml, body wash dan sebotol kecil perfume lagi yang kandungannya boleh dibawa menaiki penerbangan hanya USD 45.00 je x RM3.00 = RM135.00

Alang-alang menyeluk perkasam, aku gatal tangan sambar sebotol lagi perfume Dunhill Desire Blue 100ml kerana baunya memang aku suka sangat .Tak mahal , setelah convert ke RM dalam dalam RM 144.00 untuk botol besar tu . Benda alah tu kat Tanah Melayu dalam RM250.00 juga harganya.

Biasanya stok perfume aku untuk sebotol tahan setahun, jadi kira dua tahun aku takyah beli .Nampak gaya, adalah alasan aku nak ke US lagi nanti bila perfume aku dah habis hahaha

Penoreh getah macam aku ni memang perlu perfume kerana pepaham jelah, peluh menoreh menjejes dan nanti karang sendiri tak tahan bau busuk peluh sendiri hehehe

Syukur ke hadrat Allah, dulu senang cerita aku tak mampu nak beli . Yang aku mampu  beli hanya odorono je . Puaslah tonyoh odorono tu kat ketiak dengan harapan bau harum tu akan tahan sampai petang hahaha


Hidup hanya pinjaman.Aku dah semua suka, duka, pahit, manis, kelat, tawar , masin , payau kehidupan sepanjang diri aku dipinjamkan Allah di muka bumi ini. Semua yang aku kecapi dan rasai yang Allah pinjamkan ini hanyalah sementara sahaja . Aku sangat bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini . Apa saja yang Allah kurniakan tak kiralah kesusahan atau kesenangan pada aku, aku terima dengan penuh kesyukuran . Maka semua kenikmatan dunia ini akan tinggal bila kita kembali padaNYA dan yang dibawa hanya amalan dan taqwa sahaja.






4 item dalam 1 kotak

perfume

skin moisturizer


body wash dan perfume size kecil
yang boleh dibawa dalam kapal terbang

7 ulasan:

  1. alhamdulillah.,.. syukur nikmat ALLAH kan pak itam. jam nautica tu amat menggamit hati. brand fossil tentu lg murah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah John

      dipinjamkan nikmat dari Allah
      Pak itam jarang pakai jam tu, jam tu selalu dok lepak dgn bantal kecilnya dalam kotak je hehehe

      Fossil melambak sangat butiknya kat sana pasal fossil kan made in USA

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau belikan untuk saya satu...tentu diskaunnya lebih lagi...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atok

      depa tulis kalau beli 3 , diskaun kecik je hehehe

      Padam
  3. Dasyat penoreh getah kita ni...pergi menorehpun pakai perfume berjenama terkenal :) Agaknya nyamuk dan langau pun takut nak dekat he he he. Dulu masa kerja dengan syarikat Jepun, perfume apalah agaknya ya?

    Pengalaman saya membeli-belah di factory outlet di USA: alah membeli menang memaka, ada juga yang menang membeli menang memakai. Beg kembara saya sudah berusia 22 tahun, saya beli di USA, harganya mahal, tetapi dah merata dunia beg saya tu mengembara, masih utuh! Tak jemu-jemu menggunakannya. Pinggan mangkuk pun tahan lasak, cadar jenis kain cotton juga masih elok walaupun diguna hari-hari selama 22 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dedulu tak mampu , pakai bedak cuticura je kak hehehe

      Jenama Martex atau cannon utk cadar memang tinggi kualitinya , bertahun pakai memang tak lusuh . Corelle murak sangat kak kat sana , full set dinner baru dalam 40-50 USD je satu set . kat sini 500-600 hengget hehehe

      Padam
  4. Tanpa NamaMei 31, 2014

    syukur syukur jugak...alkohol kan haram..

    BalasPadam