بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Ada orang tak makan "ikan darat" kerana ikan darat ni kalau tak kena gaya basuh dan masaknya, akan berbau hanyir. Alhamdulillah, kami ikan laut , ikan sungai dan ikan darat kami makan. Kalau ada ikan udara pun kami makan hehehe
Ikan darat ni lebih kurang ikan sungai jugak. Nak basuhnya leceh sikit . Nak kena pakai limau dan entah apa dah aku tak pasti sangat. Aku yang pasti adalah makan je hehehe
Sabtu semalam, kami dok 3 beranak pi lah ke pasar tani kat JB macam biasa. Kak Long balik dari Shah Alam pasal dia nak tengok anak "kambing" dua ekor tu.
Kebetulan pagi sabtu tu hujan. Jadi pasar tani pagi tu tak berapa nak ramai lagi . Sementara mak itam dok pilih ikan laut kat gerai lain, aku pun pi pilih sekor ikan patin ni kat gerai yang jual ikan darat. Orang takda, maka tak payah nak beratur-ratur, tunjuk mana yang hendak dalam bekas air tu pasal ikan ni semua hidup segar bugar lagi.
Timbang nak dia pi ketuk kat kapla ikan ni kasi pengsan sikit dan terus siang je. Semalam pasal musim tengkujuh dah mula laaa ni, harga ikan memang tinggi. Terubuk punya rega dah 45 hengget sekilo . Ikan kembung dah 15 hengget sekilo. Tapi semua "fresh" lagi . Stok seminggu kami macam biasa daaaa.
Pasal minggu lepas ke Shah Alam, jadi minggu ni kami menyinggah kat warung buruk kat pasar Kg Melayu lepas berpasar tani pekena roti tampal goyang a.k.a dangdut . Aku macam biasa pekena 2 keping . Mak itam belikan roti tampal untuk bungkus banyak jugak dan nanti hantar kat anak bongsu kami kat asrama yang tak boleh balik hinggalah selesai SPM nanti. Boleh depa makan reramai dengan kekawan nanti.

Tadi tengahari Ahad pula, abang dok telepon kata nak balik rumah jap pasal last sekali balik masa raya haji dulu. Jadi pukul 9.00 pagi,mak itam dah dok kat dapur mengerjakan menu kami tengahari nanti . Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Ikan Bilis Goreng, Sayur Goreng serta Sotong Goreng Tepung.
Lepas kul 12.00 tengahari, berdesup aku ke JB jap pi ambik abang kat asrama dan berdesup aku balik HC balik . Tak jauh mana HC ke asrama abang. 20-30 minit dah sampai . Lepas zohor, maka berperanglah aku atas meja melayan Gulai Patin Tempoyak ni . Aku paling suka kalau ikan patin ni kat bahagian isi tengah tu yang bawahnya ada terkumpul lemak ikan ni yang rasanya Masyallah, Tuhan je yang tahu .
Ikan patin ni kalau nak beli yang best jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang elok dalam beratnya 1 1/2 kg . Cerita banyak tak guna, kekawan layan jelah cik patin yang aku sempat tembak tadi sebelum dia melompat masuk dalam perut aku .

Salam pak
BalasPadamOohhh i loveeeee tempoyak gulai patin.
Yummy
Waalaikumsalam ibu
Padamooo ibu pun suka ya, memang "heaven" patin gulei tempoyak hehehe
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamkena tempoyak baru...lagi mabelesss..
Waalaikumsalam atok
Padamlaaaa ni musim durian ke kat belah utara
lama ni tak mamam durian hehehe
ikan patin gulai tempoyak ni feberet zura ngn arwah ayah
BalasPadamlaaaa feberet zura juga ya hehe
Padamtak semua org suka ikan patin ni
Salam bapak. Tumpang mai jamu mata tengok lauk sedap2 tang sini, hehe :D
BalasPadamWaalaikumsalam ciku
Padamnak ajak ciku mamam sekali, ciku jauh nun ni utara , jadi jamu mata jelah hehehe
Ya Allah .. Ikan Patin Masak Tempoyak.. Sotong Goreng Tampura.. Sambal Jawa nya.. aduh terliur ini..:D motif sangat berkali2 upload gambar dari pelbagai penjuru :D
BalasPadamkenapa ya orang panggil sambal jawa hehehe
PadamTerliur...tempoyak ialah makanan ruji keluarga kami.
BalasPadamkak,
Padamkat penang senang dapat tempoyak pasal kat sana banyak kebun durian
ada sesetengah orang , tempoyak ni kira ulam dengan nasi
Kacau betul bila tgk gambar makanan tengah2 malam nih.....
BalasPadamhehehe mau uncle karang pi gym pukul 12 tgh malam hahaha
Padam