WARGA SCP

Isnin, September 07, 2009

DAY 43 27/12/2007 KHAMIS

Hari-hari terakhir di Kota Makkah





















Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk terus bernafas di bumiNYA . Diam tak diam sudah hampir 43 hari kami di sini. Bumi yang penuh dgn keberkatan . Kami mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH yang tidak terhingga kerana hajat kami untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima ini dapat kami jalani dan tunaikan dgn sempurna tanpa sebarang dugaan dan masalah yang besar .

Kami sentiasa berdoa dan solat hajat agar diberikan kami kesihatan, kemudahan yang baik agar kami dapat menjalankan ibadat haji ini dgn sempurna dan ALLAH telah memakbulkan permintaan hambaNYA .Terdapat beberapa orang jemaah di dalam pakej THTS yang kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menyempurnakan segala rukun dan wajib haji .

Itu semua ketentuan ALLAH yang maha mengetahui dan merencana setiap perjalanan hidup hambaNYA. Kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang , tetapi semua ketentuan hanya ALLAH yang menentukannya. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg soleh.Perasaan sedih, sayu dan gembira mula menyelubungi hati kami kerana esok kami akan meninggalkan kota suci Mekah .

Sedih dan sayu kerana akan meninggalkan kota suci Mekah . Gembira kerana akan pulang ke tanah air dan bertemu dengan anak2 kami yang telah lama kami tinggalkan. Banyak peristiwa manis dan pengalaman yang kami alami sepanjang kami di sini akan terus terus terpahat dalam hati dan ingatan kami sehingga ke akhir hayat. Satu pengalaman dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijual beli . Yang pasti kami akan sentiasa merinduinya.

Pagi ini dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, kami berada di Masjidil Haram untuk menikmati suasana ,permandangan dan situasi di sana sepuas-puasnya. Kami menyusuri setiap pelusuk Masjidil Haram . Di dalam masjid , ruang2 solat kelihatan lenggang, tapi di laman Kaabah dan tempat saei, sungguh padat dgn jemaah. Ada jemaah yang sedang menyempurnakan tawaf haji dan saei haji . Kemeriahannya dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan . Saat begini pasti akan sentiasa kami rindui . Andai kata diberikan kesempatan, umur yang panjang dan rezeki , kami bertekad akan menjejakkan kaki lagi ke sini.

Esok kami akan bertolak meninggalkan kota Mekah ke Jeddah pada pukul 9.00 pagi . Jadi kami diingatkan agar melakukan tawaf wada selepas solat subuh dalam lingkungan waktu 2 jam sebelum bertolak. Ustaz juga mengingatkan kami agar mematuhi pantang larang selepas tawaf wada nanti agar tidak terbatal tawaf wada tersebut. Jadi pagi ini aku dan isteriku menikmati sepuas-puasnya situasi di Masjidil Haram dan kawasan persekitarannya.


Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. salam nuzul quran , ummi amat suka kumpul gambar2 dr tanah suci,izinkan ummi copy gambar di atas ya

    BalasPadam