WARGA SCP

Sabtu, September 12, 2009

EDINBURGH KE ST. ANDREWS



Bandar Edinburgh dari atas castle

Cantikkan permandangannya


Kami meninggal Ediburgh Castle hampir jam 12.00 ++ juga . Menyusuri jalan terus ke Holyrood Park, salah sebuah park yang terkenal di sini. Berkeluasan hampir 650 ekar dan merupakan salah satu park terbesar di eropah. Juga dikenali sebagai Queen's Park .

Lepak2 seketika sambil merakamkan foto kami dan keindahan alam semulajadi di sini, nasib baik tak berguling mcm cerita hindustan. Kalau kat sini, musim panasnya yang tak panas, ramai pengunjung lepak-lepak kat atas padang di taman ni, tapi kalau kat mesia buat mcm gini, ayat lazim " anak sapalah tu " ngeh,ngeh,ngeh






Kemudian memasuki semula bandar Edinburgh utk ke masjid. Terletak di no. 50 Potterrow Edinburgh, EH8 9BT, United Kingdom . Kantin dibuka pada tahun 2004 dgn menyediakan perkhidmatan dari tengahari sehingga jam 7.00 ptg.

Di sana juga kami membeli makanan tengahari di Masque Kitchen . Nasi beriani dgn harga 1 pack 3 pound. Sungguh menyelerakan dan banyak sungguh hingga tak habis makan.

Jalan yang dibina dari zaman tok kaduk masih
dikekalkan dan canteen tu terletak di seberang jalan ini.


Perjalanan diteruskan menyusuri keluar bandar Edinburgh menuju ke Inverness akan melalui St Andrews dan Dundee,Aberdeen . Memasuki A90 dan menyeberangi Port Edgar Bridge untuk ke seberang. Dari situ menyusuri jalan tepi laut melalui Delgety Bay, Aberdour, Burntisland, Kinghorn sehinggalah kami sampai ke St. Andrews.

St. Andrews terletak di pantai timur Scotland. Merupakan dunia bagi pemain golf sampaikan ada yang mengatakan kiblat pemain golf di sini. Terletak di tepi pantai yang anginnya bertiup agak kencang yang sentiasa memberi cabaran kepada pemain golf. Pertandingan British Open yang terkenal dijalankan di sini. Masa kami singgah di situ, terdapat sessi latihan di adakan di sana pada sesiapa yg berminat dan dikatakan terpaksa membuat tempahan 3-4 tahun lebih awal .









Pantai di hadapan St Andrews


Club house


Trainning range

P/S : Aku suka tengok pertandingan golf kat tv, tapi aku
tak minat dan tak main golf. Tak pernah pun aku
main benda alah ni ngeh,ngeh,ngeh

2 ulasan:

  1. As Salam CR..

    kat m'sia nie pun boleh gak guling2 kat padang.. tapi.. guling2 langgar sampah.. guling lagi langgar tin air.. guling guling dan lagi guling.. orang keliling pun cakap.. dah dah lah tu guling.. dah maghrib nih.. bawak2 lah balik..

    ngeh ngeh ngeh

    psstt tn ismet.. kat estet nie.. kita org main guli, tuju tin & galah panjang je.. golf tu apa arr??.. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  2. Salam Noor,
    sepanjang umur tak penah pun main benda alah tu
    bola sebiji, dipukul, kemudian kejo ngeh ngeh ngeh

    sekrg budak2 dah tak tahu main guli, tuju tin, galah panjang ngeh,ngeh,ngeh

    p/s : bagaimana suasana lawatan ke rumah anak2 yatim tu ? jadi tak rombongan ke wadi unung ? ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam