WARGA SCP

Isnin, November 15, 2010

KEMANISAN BERWUKUF DI PADANG ARAFAH

ALHAMDULILLAH
Hari ini Isnin 9 Zulhijjah 1431, lebih kurang 10 jam lagi akan masuk waktu wukuf di Arafah .Kesemua jemaah haji pasti akan berkumpul di padang arafah untuk melakukan salah satu dari rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah yang diibaratkan seperti Padang Masyar ketika semua umat manusia dibangkit kelak .

Menunggu masuknya waktu wukuf
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika . Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia. Tiada panggilan datuk seri, tan sri , puan seri , doktor, professor,tuan,puan atau apa saja gelaran dan pangkat di sana kelak , semuanya sama sahaja di sisi Allah apabila dibangkitkan dan akan diadili kelak.

Para jemaah telah bersiap menunggu masuk waktu wukuf
TAPI
yang pasti tiada khemah di Padang Masyar kelak
tatkala matari hanya sejengkal di atas kepala kelak

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan :
"Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah"
(Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Jemaah dari negara luar yang tidak berkhemah hanya
menantikan berakhirnya waktu wukuf di tepi-tepi

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Alhamdulillah, aku pernah merasai kemanisan berwukuf di Padang Arafah yang akan kekal terus dalam kotak ingatan ku sehingga ke akhir hayat bila roh bercerai dari jasad .

Pukul 11.00 pg , aku telah mula merpersiapkan diri melakukan persiapan utk menanti masuknya waktu wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Keadaan ku ketika itu agak kusut masai kerana masih dalam berihram dengan tidur dan rehat yang tidak cukup. Tapi apalah ertinya semua ini kerana hampir 40 tahun dalam hidup ku, Allah telah mengurniakan kepada ku tidur dan rehat secukupnya berbanding hanya seketika di bumi Arafah.Pengorbanan ini aku rasakan begitu kecil berbanding segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada ku sebelum ini.
Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca . Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .

Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri aku sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa aku hidup , dosa-dosa yang aku lakukan terhadap kedua ibubapa , dosa-dosa terhadap isteri , anak-anak dan anggota keluarga serta sesama insan. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA.

Terus terang aku katakan, air mata ku tumpah di bumi Arafah bila mengenangkan semua itu . Namun aku bersangka baik kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya peluang yang mungkin sekali je seumur hidup ku yang diberi oleh Allah menunjukan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya ini untuk terus memohon dan memohon keampunan dan berdoa dan terus-terusan berdoa atas apa saja yang ku hajati kerana Allah Maha Mendengar .
Peluang berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit takkan aku lepaskan begitu sahaja. Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah.
Apabila mengatakan hari Arafah ialah hari mustajab berdoa dan doa terus diangkat ke langit tanpa hijab, suatu peristiwa nak kata lucu pun ya . Manakan tidak kerana ketika itu aku bertemu dengan seorang jemaah yang menerima panggilan telefon dari saudaranya ketika 1/2 jam matahari akan terbenam . Katanya kerana hari itu hari mustajab berdoa dan doa terus diangkat ke langit , maka saudaranya di Malaysia pun mahu berdoa sama memohon hajatnya melalui telefon . Diangkat tangannya yg memegang telefon ke atas lalu saudaranya itu terus berdoa sendiri melalui telefon . Aku hanya tersenyum sahaja . Pada pemahaman ku, mustajab berdoa di Arafah kepada jemaah yg sedang berwukuf sahaja dan kalau kita berhajat , kita boleh meminta saudara atau rakan kita mendoakan kita ketika itu dengan menyebut nama2 kita.Lalu aku tersenyum lagi .
Sesungguhnya bumi Arafah begitu istimewa kepada sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke sini pada setiap 9 Zulhijjah ketika menyempurnakan rukun haji ini.

Walaupun dalam keletihan
walaupun dalam keadaan berkusut masai
walaupun dalam keadaan yang serba-serbi kekurangan

namun peluang sebegini takkan sama seperti berada di Kota London
peluang sebegini takkan sama seperti menyusuri sungai Seine di Kota Paris
kerana berada di bumi Arafah terlalu istimewa bagi ku
Tidak boleh dijual beli walaupun aku mendapat segunung emas di dunia.
Surah Al-Hajj :27 yang bermaksud :
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki , dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Adalah menjadi tujuan ibadah haji difardukan supaya kita semua menyedari bahawa suatu hari nanti pasti kita semua akan dibangkitkan dan kembali untuk diadili seadil-adilnya oleh Allah Tuhan Pencipta Seluruh Sekalian Alam. . Segala amal kebaikan dan kejahatan akan diadili seadil-adilnya walau sebesar-besar dan sekecil-kecil zarah sekalipun. Tiada yang akan terlepas walau sekecil kuman dan Padang Mahsyar adalah tempat di mana seluruh umat manusia dari zaman nabi terdahulu akan dihimpunkan untuk dihisab tanpa mengira darjah, pangkat atau kedudukan .
Pandangan sesetengah ulama , Mahsyar ialah sebuah dataran yang rata, lapang dan putih seperti permukaan roti. Manusia akan dibangkitkan mengikut amalan hidup masing-masing. Ada yang berkenderaan, berjalan kaki dan ada yang berjalan dengan mukanya. Semuanya menanti untuk dihisab dan ditimbang amalannya. Segolongan umat berdiri di sebelah kanan, segolongan lagi berdiri di sebelah kiri dan segolongan lagi berdiri di hadapan arasy.
Sangat beruntunglah mereka yang berdiri di sebelah kanan atau al-yamin kerana mereka bakal menerima buku catatan amal yang membawa mereka ke syurga. Beruntunglah golongan yang berdiri di hadapan arasy kerana mereka adalah terdiri dari para rasul, anbiya’ dan syuhada yang sudah pastinya syurga dijamin kepada mereka. Malanglah bagi golongan kiri atau as-syimal yang menerima buku catatan amalan dari tangan kiri kerana neraka adalah tempat selayak-layaknya bagi mereka.
Ya Allah,
terlalu indah dan manisnya berada di bumi Arafah dan semoga nanti begitu juga ketika aku dibangkitkan nanti dan berhimpun di Padang Masyar kelak apabila malaikat Israfil meniup sangkakala .
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَوَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّه
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)."


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا
فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا
لَا تَرَىٰ فِيهَا عِوَجًا وَلَا أَمْتًا"Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya;"
( Q.S Az-Zumar ayat 68-69)

Sesungguhnya Arafah adalah gambaran Masyar yang dipertontonkan oleh Allah namun tentunya cabaran dan dugaan pasti lebih hebat apabila kita semua dibangkitkan dan dihimpunkan di Padang Masyar yang sebenarnya.

BUKAN HARTA KEKAYAAN YANG AKAN DIHITUNG DAN DITIMBANG
BUKAN DARJAH KETURUNAN YANG AKAN DIPANDANG
BUKAN PANGKAT ATAU GELARAN YANG AKAN DIBANGGAKAN

YANG PASTI

HANYA AMALAN BAIK DAN BURUK YANG AKAN DITITIK BERATKAN
ITU YANG AKAN DIPERHITUNGKAN

ITULAH KEHEBATAN ARAFAH DIDUNIA
PASTI LEBIH HEBAT DI MASYAR KELAK


* sekadar perkongsian hati ,rasa dan perasaan dari bapak itam , seorang hamba yang kerdil di sisi Allah S.W.T yang pernah diberi peluang oleh Allah untuk merasai kemanisannya berwukuf di bumi Arafah .

23 ulasan:

  1. Assalammulaikom wtb pak itam, Selamat pagi. Apa kabar?
    Setiap dugaan itu ada ikhmahnya. Semoga apa jua kebikan yang dilakukan ada ganjaranya. Tempat mana dikatankan mini Padang Masyaar. Allahhuakbar.

    BalasPadam
  2. Salam pak itam,

    Ya hari nie wukuf, bermakna esok dah raye. Sepatutnya kita pun raya ikut mereka sb haji tu haji tu diraikan oleh org2 di Mekah

    BalasPadam
  3. rindu untuk ke sana lagi..

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Rindu....& ingin ke sana lagi dgn izinNYA.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam..

    catatan yang mengembalikan nostalgia lama.. ingin sekali mengulanginya.. tapi kena tunggu giliran.. bila berada diarafah terasa diri begitu kerdil.. sendirian merayu pada Yang Maha Esa, agar diampunkan segala dosa.. Semoga Allah merahmati hidup kita semua.. amin

    psstt.. daun nyiok kat estet dah abis, kak ngah rebus ketupat plastik.. heh heh

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam

    entry kali ini menyentuh hati BHS ....terima kasih berkongsi pengalaman..bagai boleh di serap hati sanubari pak itam pabila pak itam melalui saat saat indah berdoa tanpa hijab serta keinsafan yang maha tinggi...moga terpalit pada BHS, Insya ALLAH....entry yang best meruntun hati BHS betul-betul....ALLAH....

    Syukran Jaziilan Tuan Haji aka Pak Itam ...

    salam arafah
    BHS

    BalasPadam
  7. Salam CR<

    TK berkongsi pengalaman, wpun saya belum buat haji dan merasai apa yang ada di Arafah, saya dapat menghayati saat yg CR ceritakan dan selalu berdoa satu hari nanti giliran saya berada di Arafah

    BalasPadam
  8. salam pak itam,

    subhanallah..
    ctatn mngamit rasa..indahnya pengalaman yng dikongsikan.
    terima kasih mnghiba mmbaca santapan wukuf ini..
    ALLAH AKBAR

    BalasPadam
  9. Salam pak itam..

    Terima kasih atas perkongsian ilmu...hasil dari sahabat yang telah menikmati manisnya menunaikan ibadah haji...serta berwukuf di Arafah.........

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Syahdu dan sayu berbaur rasa membaca N3 kali ini dan terasa tazkirah ini membawa kotak fikiran kakak terbayang kenangan sewaktu di bumi Arafah.

    Benar Arafah bayangan mahsyar yang amat besar bezanya kerana kita masih dibaluti pakaian dan berpayung khemah yang sempurna. Masih boleh mencari air dan makanan dengan mudah dan bersama-sama beribadah dengan tenang.

    Moga kita akan beroleh untuk menikmatinya lagi....

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam MI

    alhadulillah, sihat

    semua kita akan dibangkitkan , itu janji Allah

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak ina

    bermaksud akan ada 2 kalendar islam yg tarikhnya berselang sehari

    BalasPadam
  13. kak pah

    rindu yg tak kan padam

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kak ngah

    insyallah , nanti spi lagi turn kita

    psss pakai daun gotah je hehehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam BHS

    alhamdulillah

    sekadar perkongsian rasa, hati dan perasaan

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam rosli

    insyallah, semoga hajat dan doa tuan dimakbulkan menjadi tetamu Allah suatu hari nanti

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam ain

    alhamdulillah

    sekadar berkongsi pengalaman yg cukup indah

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam kak zakie

    insyallah
    moga2 kita juga beroleh kemenangan bukan saja di dunia, malah diakhirat kelak

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam shami

    semoga perkongsian ini akan menimbulkan keinsafan di hati kita semua

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam ibu

    insyallah, nanti spi lagi kita ke sana bila dijemput ALlah menjadi tetamunya

    BalasPadam
  21. ibnu yassir

    alhamdulillah, telah melawat ke blog saudara

    bilakah kita umat islam seluruh dunia nak bersatu , entahlah

    namun Allah Yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  22. Tanpa NamaJun 24, 2014

    Alhamdulillah..
    sy juga berpeluang untuk berwukuf di Arafah pada tahun 2010..
    suasana yg paling indah pernah sy rasakan seumur hidup ini..walau tidak berada dlm hotel yang serba serbi mewah dan selasa namun kemanisan beribadah bersama jutaan muslimin muslimat dengan satu niat kerana Allah dan mengakui kebesaranNya adalah jutaan kali ganda lebih baik dari itu...
    Allahuakhbar..allahuakhbar..allahuakhbar..
    semoga allah memberi peluang lagi kepada saya untuk menikmati saat ini..
    Amin ya rabb...

    BalasPadam