Hari ini jumaat , penghulu segala hari.Jumaat ni merupakan jumaat terakhir bagi jemaah haji yg ketika ini berada di Makkah sebelum tiba hari wukuf isnin ni . Lantas ingatan ku kembali terpahat kukuh ketika aku di kota suci Makkah tanggal 14/12/2007 , jumaat sebelum tibanya Hari Arafah . Suatu hari yang sangat-sangat dinantikan oleh semua jemaah haji ketika itu keranaHaji itu Arafah . Luput dan terbatallah haji seseorang itu jika dia tidak dapat berwukuf walaupun bang seketika pun yang merupakan rukun haji.
Sia-sialah segala pekerjaan haji kita jika kita tidak dapat melakukan wukuf dan tidak boleh diganti dengan dam sekalipun.
Kota Makkah ketika itu telah sungguh sesak dengan jutaan jemaah yang telah berhimpun dari seluruh pelusuk dunia . Ada yang datang bertongkat, ada yang datang mengesot , namun semuanya menghambakan diri kepada Allah , tuhan yang satu yang Maha Esa.

suasana malam jumaat terakhir
Hari Jumaat terakhir sebelum tiba hari wukuf. Dijangkakan kota suci Mekah dan Masjidil Haram hari ini akan mengalami kesesakan kerana semua jemaah yg mengerjakan fardhu haji telah berada di sini. Semalam imam Masjidil Haram meminta para jemaah agar melakukan solat hajat hari ini agar di turunkan hujan kerana telah lama bumi Mekah tidak dituruni hujan dan telah terlalu kontang dan kering.
9.15 pagi aku berseorangan melangkah penuh bersemangat menuju ke Masjidil Haram utk solat Jumaat yang masuk waktu pada pukul 12.15 tgh kerana jika tidak, pasti tidak akan mendapat tempat.
Mak Itam aku tinggalkan di hotel bersama ramai lagi jemaah muslimah yang ketika itu tidak digalakkan untuk bersolat jumaat bagi jumaat terakhir sebelum tibanya hari wukuf . Jalanraya sekitar Masjidil Haram telah ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 8.00 pg lagi . Aku mengambil tempat di aras 2 hari ini.
Sementara ada 2-3 jam lagi, menghabiskan masa dgn membaca Al-Quran. Bagi jemaah perempuan pula , pihak Tabung Haji tidak menggalakkan mereka utk pergi solat Jumaat kerana kesesakan dan tidak diwajibkan bagi kaum wanita bersolat Jumaat.10.00 pagi Masjidil Haram telah mula dipenuhi oleh para jemaah. Tiada lagi ruang2 yang kosong. Namun para jemaah yang agak lewat sedikit terus mencari tempat dan kelihatan ramai yang melangkah bahu dan kepala jemaah yang duduk utk ke hadapan mencari sekiranya ada ruang2 kosong.
Di sebelah ku , sekumpulan jemaah dr India telah memarahi 2-3 orang jemaah lain yang hendak duduk "betul-betul" di hadapan mereka , kerana ada masa yang panjang lebih kurang 2-3 jam lagi sebelum waktu solat dan adakalanya mereka terpaksa melunjurkan kaki kerana duduk bersila terlalu lama dan boleh menyebabkan kekejangan dan sakit pinggang.
Agak lama juga masa yang diambil utk keluar dr Masjidil Haram selepas waktu Jumaat. Setelah balik ke hotel , aku difahamkan bahawa hari ini jemaah utk solat jumaat telah membuat saf di atas jalanraya sejak dr pukul 11.00 pg lagi hingga mencecah 2 km di atas jalanraya2 yang menuju ke Masjidil Haram dan saf itu bersambung. Itulah kelebihan di sini. Bagi jemaah wanita yang tidak solat jumaat tetapi pergi ke kedai berhampiran Masjidil Haram , ketika hendak pulang ke hotel juga menghadapi kesukaran dan terpaksa menunggu sehingga selesai solat Jumaat kerana di atas jalanraya menuju ke hotel dipenuhi oleh jemaah yang membuat saf dan kurang sopan bagi mereka utk lalu dicelah2 jemaah lelaki.

Lautan manusia memenuhi di sekitar Masjidil Haram yang merupakan pengalaman yg sukar dilupakan. Di mana-mana ceruk sekalipun sekitar Masjidil Haram dipenuhi manusia. Supermarket Ben Dawood yang terletak di Hilton Towers berhadapan dgn Masjidil Haram juga sungguh sesak kerana ramai jemaah persendirian dr negara luar yang membeli keperluan utk dibawa ke Arafah dan Mina nanti. Khemah2 kecil spt yang digunakan oleh anak2 kita semasa aktiviti "camping " di sekolah juga sgt laris di super market ini. Harga makanan dan barangan telah naik berikutan permintaan yang sgt tinggi .
Sebenarnya ketika aku mengerjakan haji ketika itu , seorang abang dan kakak ku juga turut bersama mengerjakannya mengikuti rombongan haji dari Australia kerana mereka merupakan pemastautin tetap (PR) Australia. Jika berkesempatan , kami akan bertemu kerana perjalanan haji dan urusan bagi rombongan haji Australia sangat berbeza dari jadual kami. Dan menjelang hari wukuf , mereka telah pun menginap di aparment sekitar Mina .
Pada hari jumaat terakhir ini kami berjanji akan bertemu di hotel penginapan ku . Pagi2 lagi abang dan kakak ku telah bertolak dari Mina ke Masjidil Haram menaiki teksi . Kemudian semasa mereka menyempurnakan saie umrah di pagi jumaat itu, akibat terlalu ramai jemaah di Masjidil Haram. kakak ipar ku telah terpisah dengan dengan suaminya. Nasib baik dia terfikir untuk menunggu abang ku di bilik penginapan kami nanti selepas jumaat yang terletak hanya 180 dari masjidilharam.
Tapi seperti yang aku katakan, jumaat terakhir sebelum wukuf menyajikan jutaan jemaah mula memenuhi segala pelusuk jalan dan lorong serta kakilima menuju ke Masjidil Haram. Dia telah terhalang untuk menuju ke hotel kami kerana lebih kurang pukul 10.00 pagi , saf2 telah mula terbina diserata curuk jalan.Tidak manis bagi seorang wanita utk melangkah saf2 lelaki . Dengan pertolongan Allah jua, muncul seorang petugas kalau tak salah dari Zahafiz Travel yang tidak dikenali membantunya menuju ke hotel kami . Walaupun jaraknya tidak berapa jauh, hampir 2 jam juga masa yang diambil kerana terpaksa mengikuti lorong kecil di belakang kedai menuju ke hotel.
Salam Pak Itam,
BalasPadamKakak ada kenangan peristiwa jumaat terakhir sebelum wukuf. Jemaah memang sesak dan padat. Kami telah diberitahu agent yg kaum hawa tidak digalakan ke MH. Hari itu sehingga jalan-jalan menuju MH, kakilima kedai dan atas bukit pun ada jemaah solat jumaat walau matahari terik.
Bermula saja khutbah tidak semena-mena awan menutupi sekeliling MH seperti mendung dan cuaca panas bertukar redup sehinggalah solat selesai. Betapa Allah melindungi jemaah dari panas terik waktu itu.
Hanya Allah jua yg maha mengetahui segalanya.
kenangan di masjidil haram ... wlaupun dah lama .... rasanya macam baru semalam saja berlalu ... terlalu indah .....
BalasPadamSalam CR,
BalasPadamTk berkongsi cerita dan pengalaman, memang menarik untuk dijadikan iktibar di masa hadapan.
salam pak itam,
BalasPadamSubhanallah...indahnya mmbaca santapan pagi MH. Pengalaman2 yang dikongsikan...Semuga ain berpeluang juga ke sana.Doakan ..amin
tengok gambar & baca cerita² ni, rindu makin menjadi²...
BalasPadamsemoga jemaah semua mendapat haji mabrur
Salam pak itam,
BalasPadamAkak berpeluang melihat saf2 di atas j/raya sehingga 2km dari dataran masjidil haram..sempat ambil gambar dr tingkap bilik. Di celah2 jemaah lelaki, terselit jemaah2 wanita yg tentunya dari negara2 benua afrika & india. Di lobi hotel juga didirikan saf oleh jemaah. Satu pengalaman yg tidak boleh dilupakan sehingga bila2
Assalammualaikom wtb pak itam, subahanaAllah...seronok berkongsi cerita. Melihat gambar2 MK, sejuk hati.
BalasPadamSemoga pak itam ceria selalu.
Wasalam
salam dari makkah
BalasPadamalahamdulilahhhh
satu nostalgiaa kan..
waslam
waalaikumsalam kakzakie
BalasPadamsungguh indahkan di sana walaupun bersesak2
chik att
BalasPadammmg terlalu indah
waalaikumsalam rosli
BalasPadamalhamdulillah, sama2
waalaikumsalam ain
BalasPadaminsyallah, tanamkan tekad dan berdoa, insyallah ain juga akan dijemput ke sana
kog
BalasPadammmg rindu sgt di gi sana
waalaikumsalam kak ina
BalasPadammmg pengalaman di sana begitu unik dan mendalam memberiokan kita keinsafan
waalaikumsalam MI
BalasPadamalhamdulillah
waalaikumsalam CL
BalasPadammmg kekal sampai bila2
selamat mengerjakan ibadat haji buat mu