WARGA SCP

Jumaat, November 19, 2010

KETUPAT RENDANG DI AIDILADHA

ketupat dah siap dan digantung tak bertali

rendang ayam "half cooked"

ALHAMDULILLAH

Sambutan Aidiladha tahun ni tetap meriah juga walaupun kami hanya menyambutnya 3 beranak je . Sebelum tu aku dah request kat mak itam, minta dia masakkan ketupat dan rendang berserta lauk pauknya,lalu guraunya
"u ni mengidam ngalah org ngandung"hehe

Jadi aku dah pun mula cari daun ketupat, ku suruh seorang pekerja ku memanjat beberapa batang pokok kelapa di belakang rumah ku di tepi hutan. Malangnya semua daun kontot2 , tak sesuai dianyam.

Nasib baik, seorang rakan mak itam dapat carikan daun juga akhirnya. Kalau tak daun getahlah kalau boleh dianyam jadi ketupat .

Selasa petang, aku pun keluarlah dari hutan ke teratak kami di HC. Malamnya seperti biasa, mak itam pun mulalah menganyam ketupat dan menyediakan segala ramuannya . Malam tu juga, ketupat direbus dan rendang ayam dimasak "Half Cooked" .


Pukul 4.30 pagi mak itam dah bangun dan ke dapur untuk menyiapkan hidangan utk kami di pagi raya nanti. Lodeh dimasak, begitu juga dengan sambal kacang , kari daging . Rendang yg "half cooked" sebelum tu terus dimasak hingga kering dan menjadi rendang yang sebenar.

Pagi ni kami bertiga menunaikan solat sunat aidiladha di masjid Jamek HC bersama ribuan jemaah yang lain . Di situ kelihatan beberapa ekor lembu yang sihat dan gemuk telah siap sedia untuk dikorbankan. Jam 9.30 pagi selesai solat dan khutbah , kami pun pulang dan menyambut aidiladha bersama menikmati juadah yang telah disediakan.

Jom kekawan , sudi2kan

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
WALILLAHILHAM

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
DAN SEGALA PUJI BAGINYA
kita disunatkan bertakbir sepanjang hari 10,11,12,13 zulhijjah
selepas setiap kali solat dan setiap masa yang terluang




18 ulasan:

  1. Salam bahagia dan sedapnyerrrr ketupat rendang ayamm....nyom... nyomm..nyommm....Allah huakbar alllah3x laaa ilaaha illalllllah...takbir...

    BalasPadam
  2. alamak lodeh.......dah lama tak makan......this weekend nak kena buat lodeh lah pulak.....jangan lepas makan sampai terlondeh sudah!

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Makan bertiga je... alahai. Sorang lagi tak balik. Kesian dia..... Banyak tu Mak Itam masak. Mesti kena ulang dua-tiga kali baru habis kan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    jangan buat ketupat drp daun getah..nanti kak ngah (noor)marah

    lihat iklan dlm tv
    penat2 panjat pokok kelapa
    kan yg segera tu ada...
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  5. mak itam dapat duit raya tak, bangun kul 4 pagi tu? hihi

    BalasPadam
  6. Salam pak itam..

    Wah beratur periuk atas dapur tu comei jer saiznya..hehehh..

    Psssst lepas ni gambo hari lembu korban lakk dibuat n3 yer bersama celoteh yg menghiburkan..heheh

    BalasPadam
  7. Salam PAk Itam..lama tak singgah ke sini..Selamat Hari Raya Aidil Adha..

    BalasPadam
  8. salam dari Makkah


    nak cikittt....

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Sedap lodeh tu!

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam mamawana

    alhamdulillah kak, sesekali kena ketupat rendang ni

    BalasPadam
  11. uncle

    tu sudah kes berat hehehe

    lodeh mat lodeh
    cucu anak pak salleh hehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak zakie

    alhamdulillah, kebetulan ptg tu saya ajak 2 org rakan saya dtg umah , jamu mrk dgn ketupat psl mrk tak balik ke kg di kelantan raya haji ni

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam atuk



    ketupat daun kelapa tetap menjadi pujaan hati ke hehe

    BalasPadam
  14. mak itam dapat hadiah pakej lagi

    sarapan pagi dan makan malam bersama bapak itam hehehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam shami

    hehehe

    korbannya di KL, tapi kami tak dapat balik , jadi no gambar lembu korban hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam mfisma

    selamat hari raya aidiladha juga dari pak itam buat mu sekeluarga

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam cl

    heheheh jomlah turun ke HC hehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam ibu

    alhamdulillah,
    rendang tak habis boleh simpan masuk peti ais, lodeh tak boleh

    BalasPadam