WARGA SCP

Isnin, November 01, 2010

BELEK BINI LAIN

ALHAMDULILLAH

Islam memang membolehkan umat lelakinya berbini lebih , tapi bapak fikir sorang pun cukup buat bapak hingga ke akhir hayat .. Bukan senang nak berbini lebih selagi kita bernama manusia kerana adakah kita dapat berlaku adil kepada pasangan kita nanti.

Firman Allah S.W.T
"Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja”
An-Nisa : 3

Jadi kalau penyakit ni boleh dielak, elaklah
Jangan carik penyakit dan jangan nak mengatal .
Kalau kail panjang sejengkal , lautan dalam jangan di duga hehehe

Yang penting kualiti, bukan kuantiti
kalau bini sampai 4, asyik berantakan dan bercakaran pun tak guna juga
banyak contoh dan teladan yang boleh dilihat hasil dari berbini banyak ni seperti dalam cite madu 3 yg melibatkan kak tipah ,cik senah dan cik rohani

kalau dalam 3000 kes , hanya 2-3 je yang benar2 berjaya
lainnya kebanyakkannya akhirnya menuju keruntuhan rumah tangga
kerana hanya sekelumit je yang benar2 menghayati al quran dan sunnah bila nak berpoligami ni, sedangkan kebanyakkan yang lain pula hanya menghayati al nafsu dan al nafsi

namun hukum Allah tetap hukum Allah
yang harus tetap harus
yang haram tetap haram
yang sunat tetap sunat
yang wajib tetap wajib
tiada siapa pun yang boleh menidakkan.

4 jenis kain berlainan utk mencuci
kain hijau utk body,towel good morning utk mencuci tayar dan rim serta kain kuning serap air
untuk mengelap dan kain poly utk polish

Apa kaitannya ceramah di atas dengan n3 ni ye hahaha
Sebenarnya semalam hari minggu , jadi pak itam pun mengulitlah bini2 pak itam yang lain ni
Bagi kaum lelaki, kereta ni pun kekadang dikiaskan sebagai bini no. 2

Sebenarnya bapak jarang hantar pegi "car wash "
bapak lebih suka memandikannya sendiri kerana aktiviti ini penuh dengan rasa kasih sayang sebenarnya selain dapat mengeluarkan peluh dan membakar beberapa ratus kalori yang terdapat dalam tubuh badan.

Kebanyakkan "car wash" sekarang dari cerita2 orang bunian ,perkhidmatannya agak kurang memuaskan kerana nak cepat punya pasal . Akibat kegopohan inilah, maka banyak kereta yang bercalar kerana kecuaian mereka semasa proses pencucian ini berjalan dan cucian pula tidak bersih .

dah siap dan berkilat
dalam pun dah siap vacum

Lepas balik dari pasar tani dan bersarapan, bapak pun apalagi pakailah swimming trunk yang menutup aurat serta google lalu mulalah beraksi membelek bini no 2 dan 3 . Sementara tu kat dapur mak itam (bini no 1) tengah memasak hidangan tengahari walaupun masih awal pagi lagi. Katanya dah siap semua nanti senang kerana ptg nanti dah nak masuk hutan semula.

Setakat basuh keta ni pun bukanlah berat dan susah sangat . Tak perlu ada master atau PHD utk melakukannya tapi ingat ilmu membasuh kereta ni perlu ada . Gunakan syampoo kereta yang sesuai . Jangan pulak guna sabun breeze

Pancut semua kotoran luar dulu agar tiada pasir2 halus dan gunakan kain yang sesuai yang bebas dari pasir semasa mencuci. Jangan pulak kain batik orang rumah kau sebat buat kain mencuci kereta. Cite pasal kain cuci keta ni, teringat pak itam 20 tahun dulu . Masa tu kain cuci keta hilang entah kemana , jadi selongkar punya selongkar pada masa tu kain yang paling lembut dan sesuai adalah napkin anak hehehe
Tapi sekarang jarang dah jumpa baby pakai napkin, semua pakai pampers , jangan pulak cuci kereta pakai pampers ...

Mulakan membasuh dari bahagian atas bumbung , cermin, bonet depan belakang , body dan akhir sekali nanti barulah bahagian tayar kerana dibahagian itu terdapat banyak pasir dan kotoran kecil . Pastikan jangan biarkan air sabun tadi kering dan perlu dipancut segera .
Mcm senang je kan tapi sebenarnya inilah aturan yg perlu diikut utk hasil yg memuaskan .

Begitulah dengan kehidupan kita seharian,
kalau kita boleh ikut hukum dunia demi kesejahteraan hidup,
mengapakah kita sebagai manusia tak boleh ikut hukum Allah seperti yang digariskan
namun berbalik kita kepada qada dan qadar dan segala ketentuan Allah yang merencana sekalian alam dan mahkluk
kerana sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI

sekian cerita dan ceramah bapak buat pagi ni
semoga ceria selalu
pecah kaca tingkap wak kamin
kalau suka boleh komen
wassalam


puhhhhhhh menulis dan mengarang n3 ni pun sepenat basuh kereta woooo hehehe

22 ulasan:

  1. Salam pak itam...

    Setuju..lelaki berbini 1 dah memadai..hahahha..

    Kereta adalah antara barangan..yang perlu dijaga..dengan baik..walaupun dia tidak bernyawa..dia ada..sesuatu..bla..bla yg perlu kita jaga..ikut nasihat ustaz saya

    BalasPadam
  2. salam CR...

    "kalau takut untuk berlaku adil , maka satu jadi laaahhh ... " itu ucapan ummi pada seorang insan yg cuba melamar ummi suatu masa dulu , he he he

    bab2 basuh kete ni ummi tak masuk campor , cuma dok bawah kipas tolong teman kan bapak nya jer yg dok menyental kete , n si bujang di arahkan pegang getah paip ..dah simbah....
    he he he

    BalasPadam
  3. salam pakitam


    naik beca dgn superman
    pas baca cm nk komen


    `kalau cam tu leh tak CM antar laki no 2 cm untuk dicuci kt car wash pak itam tu...hmm CM antar car wash jer tak sempat CM nk membelek boipren CM tu,kita org pompuan nk memasak,membasuh mengemas bagai...

    BalasPadam
  4. Ane(baca:Pak itam)...kasik cuci luar dlm ye, karpet kasik vaccum,body kasik polish kilat2 tayar kasik polish hitam berkilat serupa ane...
    Ane: Ok siap
    Saya: Brapa?

    Jgn marah pak itam...gurau2 di pg senin...kalau tidak boring. Bertuah mak itam, w.pun pak itam ada 3 bini...mak itam totap di hati...

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Boypren no. 1 mandikan boypren no. 2 ibu. Time vacum suruh anak2. Bab minyak boypren no. 1 tuangkan. Tiap kali servis boypren no. 1 bayarkan. Ibu pandai bawak je! hehehe

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Paling takut cakap pasal bini 2/3 bagi wanita. Jadi kalau macam Pak itam punya bini no. 2 & 3 tu kami tumpang gembira dengan belaian kasih dan sayang yg diberikan itu.

    Hebat betul belaian yang diberikan. Calang-calang org tak mampu nak buat sendiri.

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Sy paling tak suka belai keter. Hantar kedai basuh keter pun tidak.Paling rajin, simbah gitu, gitu jer. Klau banyak selut pd bhgian bawah, tungu hari hujan, lancarkan keter pd lopak2 air d jln raya, bereh...

    BalasPadam
  8. Aslkm Bapak,

    Wah ingatkan bapak cite apa, tgk tajuk lain mcm je....

    lawa kete,

    BalasPadam
  9. errr...tumpang hantar moto boleh?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau macam tu rajin dan adil ..
    anda layak.....
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  11. cantik berkilat memancar-mancar kereta pak Itam lps mandi..

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam shami

    ada org sayangkan keta lebih dari sayangkan bini tau hehehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak ummi

    org rumah saya pun tak pernah saya
    suruh basuh keta kak hehehe

    walaupun dia pakai keta kotor, saya akan cucikan

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam cm

    kesian org pompuan nak basuh keta , penat tau basuh keta ni

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak ina

    heheheh saya ni jenis tahan gurau
    jgn risau hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam ibu

    semua urusan kereta dari a-z utk mak itam saya uruskan , dia cuma start dan bawak je hehehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak zakie

    alah bisa tegal biasa kak

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam hj aki

    heheheh haji lagi handal hehehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam mamaju

    hehehe tajuk ok ape hehehehe

    BalasPadam
  20. uncle

    hehehe motor lagi mahal upah basuh tau
    lidi dia banyak heheh

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam atuk

    hahahahhahah

    ini tidak adil heheheh

    BalasPadam
  22. cikgu pinat

    kalau tak juhan 2-3 minggu tak payah basuh hehe

    BalasPadam