WARGA SCP

Khamis, November 18, 2010

MINA tanggal 11,12,13 Zulhijjah


Alhamdulillah

Mina setiap tanggal 11,12,13 Zulhijjah akan menerima tetamu Allah yang begitu ramai bilangannya hingga mencecah jutaan jemaah pada satu-satu masa.Mina hanya hidup dalam beberapa hari sahaja semasa musim haji. Bagi yang berniat nafar awal, pasti hari ini 12 Zulhijjah, mereka akan meninggalkan bumi Mina. Bumi yang penuh keberkatan.

Semestinya mereka berada disitu untuk bermalam disamping melakukan pekerjaan wajib haji iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah sebagai simbolik perlambangan permusuhan dengan iblis dan syaitan dan falsafahnya melontarkan kesemua sifat-sifat yang buruk dan keji di dalam diri kita dalam memerangi hasutan iblis dan syaitan lanaktullah.

Tapi persoalannya timbul kerana seringkali apabila pulang nanti, ada diantara kita yang masih tidak dapat membuang sifat2 yang berlawanan dengan islam seperti masih tidak menutup aurat , masih suka mengadu domba , mengumpat , menerima rasuah dan pelbagai lagi . Bagaimana kita semasa di sana bersungguh2 berdoa agar dikurniakan haji yang mabrur tapi perlakuan kita setelah kembali masih mencerminkan yang sebaliknya.

Ada segelintir tu yang masih belum pulang lagi dan baru beberapa ketika melakukan lontaran jamrah, tapi dah kelihatan berebut-rebut , siku menyiku dan tolak-menolak semasa ingin mengucup hajarul aswad sedangkan islam sebenarnya tidak menyuruh umatnya melakukan sebegitu yang pastinya akan menyakiti orang lain .


Sebenarnya cabaran haji yang terbesar dan hebat adalah bermula apabila kita pulang ke tanah air . Untuk mengekalkan kemabrurannya beberapa perkara perlu kita ambil serius dan cuba mempraktikkan seperti:

1. Memelihara Kemurnian Akidah
- dengan menghindari perbuatan yg berbentuk syirik, khurafat dan bidaah

2. Memelihara solat dan bersolat berjemaah
- " Dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar"
al-tabrani ayat 45

3. Memelihara tuturkata dan pandangan
4. Berusaha menjadi teladan yang baik
5. Menghindar diri daripada sumber pendapatan yang syubhah dan haram
6. Menghindar diri dari kawan2 yang fasik
7. Berusaha menambah ilmu agama
8 Menghayati al-quran dan sunnah


Kenikmatan berada di Mina dan semasa melontar jamrah sukar digambarkan . Falsafahnya ketika melontar, kita membawa diri kita rohani dan jasmani dalam memerangi iblis dan syaitan laknatullah yang memang kita sedia maklum memiliki sifat2 yang buruk dan keji dan sentiasa membisikkan kata-kata manis agar manusia tersesat:

"pakai tudung dan tutup aurat tak cantik"
"ambiklah rasuah ni, orang tak nampak"
dan berbagai-bagai lagi bisikan

Sebenarnya perasaan selepas selesai sahaja melontar , kita berasakan semacam suatu kemenangan besar dalam diri kita, tapi yang pasti iblis dan syaitan pernah berikrar dan berjanji akan sentiasa menyesat anak cucu adam hingga ke hari kiamat.

Semoga kita semua terus diberi taufik dan hidayat dalam kehidupan kita seharian dan dapat menghindari diri kita dari hasutan iblis dan syaitan.

Kuatkan tekad kita,
Kuatkan azam kita,
Kuatkan iltizam kita,

janji Allah

dosa itu benar
pahala itu benar
seksa kubur itu benar
syurga itu benar
neraka itu benar

Insyallah , kita akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung bukan sahaja di dunia tapi yang lebih penting dan utama di akhirat kelak

Wallahualam.

*peringatan ini ditujukan buat diri ku dan juga insan2 lain yang sudi mendengar dan menerimanya.


bapak sungguh teruja ketika meyaksikan
ratusan ribu jemaah pagi ni
dengan laugan takbir
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUKAKHBAR
WALILLAHILHAM
menemani perjalanan mereka pagi itu
sementara menunggu giliran kami
selepas magrib nanti
seperti yang telah diaturkan


16 ulasan:

  1. Salam. Dah lama tertinggal blog hopping...bila tengok entry ni, teringat setahun yang sudah!

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Sememangnya lumrah manusia gitu, mempamirkan ketaatan, perhambaan dan ketundukan bermasa dan bertempat.

    Mungkinkah mereka merasa Allah memerhatikan mereka hanya di Tanah Suci, wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Nostalgia mengimbau....

    Harapan setiap ummah mahu menjadi yang terbaik. Lumrah bila musim haji tiba jiwa kian merasa betapa kerdilnya kita; mohon semoga keimanan bertambah kental dalam meniti hidup bahagia di dunia dan akhirat yang kekal abadi hendaknya.

    BalasPadam
  4. Salam CR<

    TK berkongsi cerita dan pengalaman, saya setuju dengan CR, bukan mudah nak kekalkan apa yang kita praktikkan masa di Makkah....orang buat haji lagi lama di Makkah berbanding org gi umrah....memang itu satu cabaran besar....alangkan indahnya kalau dapat buang semua tabiat tidak baik , buruk sangka dll. Godaan syaitan sentiasa ada di mana2

    BalasPadam
  5. pak itam ambik gambar dari atas kren ke? hehe.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    cabaran haji selepas kembali ke tanah air...diantara membayangkan haji tu mabrur atau tidak

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam, terima ksh kerana peringatan yg berguna sgt untuk saya. Jelas sekali semua yg mengerjakan ibadat haji inginkan haji yg mabrur tapi sebaik saja sampai ke tanah jawi ini. Betullah kata orang2 tua dahulu..nak dpt haji mabrur tu susah..wallahu'alam

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam uncle

    rasanya sekarang peak season kat langkawi , dh nak cuti sekolahkan
    tu yg uncle sibuk sikit

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam tn hj aki

    semoga kita terus diberikan kekuatan melawan hawa nafsu

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak zakie

    betul tu kak, itu yg menjadi harapan semua jemaah yg pernah menunaikan haji

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam rosli

    mmg besar cabarannya dan kita kenakan kuat azam dan semangat diiringi dengan usaha , doa dan tawakkal

    insyallah

    BalasPadam
  12. KOG


    heheheh kalau pak itam panjat kren tu, mau kena perambat dgn askar pak arab heheh

    cantikkan , dari atas flyover

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam atuk

    tu sebab sehingga sekarang saya sentiasa berdoa agar dikurniakan haji yg mabrur setiap kali selepas solat

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam hjmins

    sukar nak mencapai, tapi tak mustahil sekiranya terus memperbaiki diri

    BalasPadam
  15. Teringat ketika berasak asak menuju ke Jamrah

    BalasPadam
  16. Tanpa NamaOgos 24, 2013

    TQ. Info yang sangat membantu.

    BalasPadam