WARGA SCP

Sabtu, November 27, 2010

LUTUT DAH BALUT KE BELUM


bola takraw dedulu


ALHAMDULILLAH

Petang hari tu, mak itam tanya bapak
"Lutut dan balut ke belum"

bapak ketawa je

masa tu Malaysia baru nak lawan dengan Siam dlm perlawanan akhir antara regu di Sukan Asia.
Akhirnya keputusannya semua dah tahu, kita gagal lagi

Mak itam cakap, mana nak menang, "killer" nya ada kat sini, 'killer pencen" hehehe

Sebenarnya penguasaan Siam ni memang susah nak disangkal.
Bapak pernah berentap dgn Siam ni masa tahun 80 han dulu ketika menyertai pertandingan peringat Asia Tenggara di Brunei Darusalam.


bola takraw sekarang

Itulah kali pertama bapak naik kapal terebang . Kami semua memakai uniform yang sama masa tu, baju batik warna biru dan seluar juga semua sama. Semua diukur dan ditempah 3 minggu sebelum bertolak semasa kami menjalani latihan pusat.Kami berkampung di Wisma Belia ,Cheras . Kerjanya pagi ,petang,siang,malam mengadap bola takraw ni di bawah kendalian jurulatih En Rubaie.

Kali pertama naik kapal terbang , bapak dah risau dgn rakan bapak. Manakan tidak, nanti pasal pramugari nanti tanya bahasa omputeh, mcmmana kami nak jawab.Yang kelakarnya masa atas kapal terbang ,masa tengah pramugari tgh hidangkan makanan , bapak dah pakat dengan rakan bapak disebelah, kalau pramugari tanya nak makan apa dlm bahasa omputeh, kita belasah angguk je , "beef or chicken , yes,yes" hehehe

Kami ditempatkan diperkampungan sukan di Universiti Brunei .Masa itu masih guna bola rotan , bukan macam sekarang pakai bola plastik.

Lagi satu, dulu2 mana ada servis kuda ni, servis kinzir pun takde. Tapi cara gulung lipat bola dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kami bermula baik memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan sehingga berjaya ke peringkat akhir bertemu Siam ni

Malam tu dah tak boleh tidur , tak tahu regu mana yang akan turun dulu.

Esok, hari dan detik yang ditunggu pun tiba. Perlawanan disiarkan secara langsung ke seluruh Brunei.



Regu pertama kalau tak salah bapak , Ku Halim Ku Musa , Mat Nor Sulaiman dan sorang lagi tekong Ibrahim namanya turun dan berlawan bermati-matian dan akhirnya menang hingga ke rubber set. Tapi lepas game , keting dan badan Ku Halim penuh dgn tanda lebam bola. Manakan tidak , bola rotan cap wau tu . Killer siam tu menangis teresak2 krn tak sangka kalah .

Bapak turun set kedua dgn Sirajuddin sebagai feeder dan Mamak Penang (entah lupa dah namanya) sebagai tekong. Tekong bapak punyalah tinggi hampir 7 kaki , hitam pasal sebiji mamak penang . Dia pun asal penang mari juga. Bermatian juga kami main macam nak runtuh.

Terbang sana, terbang sini,jatuh sana , jatuh sini. Main lawan siam ni kalau tak "menganjing" memang tak sah . Kalau bola mati je, mcm nak rak siam ni berjoget, kami pun sama juga masa dapat mata. Tapi kami semua sporting dan tak pernah marah pun bila pihak lawan "menganjing"

Ada sekali tu ,masa bapak blocking,killer siam tu lipat kena kat tengkuk, adoiiiiiiiiiiii
macam nak tercabut tengkuk

Akhirnya regu bapak kalah juga dgn rubber set

Regu ketiga pula yg diketuai oleh Saravanan(Tekong India pertama wakili Malaysia masa tu ) bermain dan akhirnya malaysia kalah masa tu 1-2 dgn Siam .
Walaupun kalah, kami tetap menjadi selebriti di mata peminat2 dari Brunai, ada yang minta sains autograf lah,ada yang mintak alamat la . Manakan tidak, Malaysia-Brunaikan serumpum Melayunya. Ada sorang peminat tu siap minta jersi yg bapak pakai, bapak kata tak boleh pasal jersi tu bapak nak tukar dengan pemain siam lepas habis upacara penyampaian hadiah.

Sampai sekarang medal naib johan yang bapak menangi ada tersimpan di dalam almari di kampung .

Bapak dah rasa penangan Siam ni , jadi bapak tahu bagaimana sukarnya berhadapan dengan mereka yang kejanya mmg 24 jam berlatih dan main bola takraw ni, sedangkan kita hanya buat latihan pusat 2-3 minggu je.

Lagi satu takraw ni dah jadi permainan tradisi mereka siang dan malam. Jadi kat ceruk rantau mana pun kat Siam, ada saja gelanggang dan pemain takraw ni . Bezanya kalau kat negara kita, banyak gelanggang takraw ni semua dah "mati" dan pemain dah "pupus"

Mereka ada beribu pemain yang levelnya sama je yang menunggu nak mewakili negara sedangkan kita hanya beberapa kerat je hinggakan terpaksa mengambil kembali pemain2 yang dah bersara utk wakili negara semula.

Sekarang jangan kata Siam, China , Jepun, Korea dan India pun dah pandai main takraw ni. Siapa sangkakan, cempedak dah jadi nangka. Moralnya di sini, kalau kita tak tahu, kita belajar dan usaha sungguh2, belakang parang kalau diasah lagikan tajam . Begitu juga dengan apa jua benda dan ilmu baru yang kita temui setiap hari dalam catatan perjalanan hidup kita.

Sekian celoteh bapak kali ni,
Jangan mereka panggil bapak main semula , udah le hehehe
bapak sekarang main guli boleh le hehehe

kalau suruh lipat kain ke, lipat baju ke ok
kalau suruh lipat gulung,
taubat dah, pasal sekali beralih lutut macam dulu
sapa nak tolong hehehe

10 ulasan:

  1. Assallamualaikum Pak Itam,

    Pemain takraw rupanya bapak ni..
    Sekarang pun boleh main takraw sebagai rekreasi, apa salahnya, cuma jangan lipat-lipat.

    BalasPadam
  2. orang lelaki main sepak takraw nampak jantan... tapi orang malaysia lagi minat bolasepak, tak syok lah

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Semalam ketika menunggu orang rumah jemput saya di KLIA, saya di sapa sorang pemain takraw Msia yang baru pulang dari China, Normanizam atau orang panggil dia Ijoi, dia yang tegur saya dan peluk Arab saya, saya terharu....

    saya hanya nampak dia berseorangan....kawan2 lain dia entah di mana, pegawai dia pun entah di mana, mgkn mereka ikut jalan yang berlainan....

    BalasPadam
  4. salam Dari Makkah..


    pak rezeki dah pencen main takraw....hehehheheh 6J???????


    wsalam

    BalasPadam
  5. waalaikusalam mama nadz

    sekarang jogging je sebagai riadah hehe

    malas nak main balik, nanti tak ingat dunia hehehe

    BalasPadam
  6. KOG

    jantan takpe, jangan jantan kaberet hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikusalam rosli

    menang disanjung , kalah .....

    ijoi badan dia naik sangat , kena turunkan sikit supaya lebih agresif

    BalasPadam
  8. waalaikusalam cl

    killer pencen hahahaha

    6 j akan menyusul hehehe

    BalasPadam
  9. masa memuda dolu2...darling kak nab tu pun main sepak takraw jugak...tapi wakil jabatan jer lah...hehehe

    BalasPadam
  10. kak nab

    wakil jabatan pun glamer juga tau hehe

    BalasPadam