WARGA SCP

Rabu, November 24, 2010

NIKMAT TIDUR

Tidur adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qasas :

Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur. "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. "
(An-Naba’: 9 – 11).

baik punya tidur
ni kira tidur dalam iman

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih afdal ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.
(Az-Zariat : 15-18 )

2 btg kayu sebagai tilamnya
sib baik dia tak kentut masa pak itam shoot
hehehe

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

siap terjuntai tu tangannya hehehe

Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.

Tapi bapak memang kagum tengok rimau bintang ni ,
dia boleh tidur dan jadikan 2 batang kayu tu sebagai tilamnya.
Baik punya landing hehehe
Masa bapak rakamkan fotonya,
langsung dia tak peduli
nasib baik dia tak berdengkur.

Itulah nikmat tidur yang Allah kurniakan
bukan saja pada kita manusia
tapi juga pada haiwan yang dijadikanNYA.
Mestilah kita mensyukuri segala nikmatNYA itu

Ok, selamat malam
jangan pulak nanti kalian tidur mcm rimau bintang tu
dah nak kena cari kayu pulak hehehe

nak cari kayu, nak cari kayu,nak cari kayu

22 ulasan:

  1. salam Pak Itam,

    sy suka tidur huhu
    tp sy tidur bkn atas kayu atas tilam vono ekeke

    BalasPadam
  2. salam dari Makkah

    cl suka tido atas simen....sejukkkkk
    hehehheeheheh



    satu info yang berguna untuk cl renungkan


    wasalm

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Sy biasa tidoq lePAS tengah malam walaupun xde apa2 nak buat. PAS nih kena tidoq awallah.

    TQVM 4 d info

    BalasPadam
  4. salam pak itam. elok gak tido atas kayu. senang tak terbangun malam2. tido atas tilam empuk takut2 subuh pun tak tekejot..

    BalasPadam
  5. Tak suker tidor siang. Bgun tidor senyum.... bila dpt sweet dreams.

    BalasPadam
  6. kaum keluarga harimau ni memang cantik² belaka... kucingorengemok tu refer pada harimau pun boleh kan? ehem

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam, nikmat tidur terasa bilamana bangkit tidur kita terasa puas. Bestkan!

    Rimau bintang ni w/pun garang tapi cantik, Cuba kita perhatikan pada badannya sambil terfikir kehebatan penciptanya.

    BalasPadam
  8. hmm baca entri ni terus rasa ngantuk nak tido lak huhu..

    jom, kita tido dulu ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  9. Salam pak itam...

    Saya suka tido atas tikar ...kayu...bukan atas kayu cam rimau tuh hihiii

    selesa..tak nyenyak sangat...senang bangun awal pagi..hihii

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Biar kurang makan, jangan kurang tido... hahaha

    BalasPadam
  11. Salam Rezeki.
    Saya ni pulak walau macamana penat pun paginya mesti terbangun pukul 6 jugak....tu yang anak-anak cakap saya ni tak appreciate tidur!!!

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam syima

    hehehe bapak suka tidur kat mata je hehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam cl

    simen yang paling sejuk kat masjidil haram tau , sedap duduk dan ramai juga yg tidur kat dalam masjid

    bapak kalau balik kg mesti cari simen sejukkan badan hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam hj aki

    kongsi ilmu yang bermanafaat

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak pah

    saya kalau tidur atas kayu, mau jatuh ke bawah hehehe

    BalasPadam
  16. mamawana

    saya kalau tido siang dlm 10-15 minit pun jadi hehe

    BalasPadam
  17. KOG

    kau ada tompok2 atau belang mcm keluarga rimau tak hehe

    BalasPadam
  18. CP

    hehe lama tak ketawa ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam shami

    saya kalau terlalu panas , mmg tido tak lena hehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam zie

    heheh betul tu , kalau tak cukup tido, serba serbi nanti tak kena, mamai hehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam uncle

    saya kalau terlalu penat, susah nak tido , terkebil2 je mata 1-2 jam hehehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam ibu

    itulah kehebatan dan kekuasaan Allah, bisa mencipta apa saja menurut kehendaknya

    BalasPadam