WARGA SCP

Selasa, November 16, 2010

HOTEL BERBINTANG-BINTANG DI MUDZALIFAH


Lihatlah lautan manusia

"Nak cari batu, nak cari batu,nak cari batu........."


Alhamdulillah, selesai berwukuf di Padang Arafah, destinasi seterusnya ialah Mudzalifah. Jarak perjalanan dari Arafah ke Mudzalifah 8 Km memakan masa hampir 1 jam juga . Mudzalifah, sebuah kawasan padang pasir yang memanjang yang menempatkan berjuta-juta jemaah . Bermalam (mabit) di Mudzalifah bermaksud berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam sehingga pagi atau berada di bumi Mudzalifah seketika selepas tengah malam dan waktunya ialah pada malam 10 Zulhijjah. Ia merupakankan salah satu hukum wajib haji .


Ada yang berehat, ada yg berzikir, ada yg mencari batu


Tiada khemah di sana . Yang pasti hanya hotel berbintang-bintang berbumbungkan langit Mudzalifah.Menatap langit mudzalifah sambil menginsafi diri . Mana lebih penting, berbintang- bintang di dunia atau berbintang-bintang di akhirat. Tepuk dada , tanyalah iman .

Berlantaikan kanvas di atas padang pasir yang kering kontang dan berdindingkan lautan manusia dgn disinari oleh lampu limpah . Di kiri kanan kami ialah lebuhraya yang dipenuhi dgn lautan bas yang tidak putus-putus. Kami di tempatkan di kawasan bagi jemaah haji Asia . Kami mengutip 7 anak batu sebagai persiapan utk melontar di Jamratul Aqabah nanti. Kemudian terus melakukan amalan2 sunat yang dituntut semasa berada di Mudzalifah seperti berzikir, berdoa dan solat sunat.

Sedang mencari batu utk melontar

Keletihan mula terasa . Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi , namun pergerakan jemaah dari Mudzalifah ke Mina menaiki bas terlalu perlahan. Ada yang terlalu kepenatan tertidur dgn beralaskan khemah, berbantalkan beg dan beratapkan langit. Keadaan ini berterusan sehinggalah hampir masuk waktu subuh.Dari masuk waktu wukuf lebih kurang pukul 12 tengahari hingga sekarang , 14 jam berlalu tanpa rehat yg secukupnya , memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kesabaran .

Kelihatan bas ulangalik dari Mudzalifah ke Mina

Diam tak diam, hampir 7 jam kami telah berada di Mudzalifah. Semuanya memerlukan kekuatan fizikal dan mental . Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan sebegini dalam keadaan masih berihram dan berkusut masai. Tiada kemudahan mendapatkan makanan dan minuman di sini sebagai santapan.Hanya santapan rohani seperti zikirullah yang menjadi hidangan malam itu.

Namun semua kepayahan ini sebagai satu dugaan dan cabaran yang kecil dari ALLAH jika hendak dibandingkan semasa Rasulullah dan para sahabat mengerjakan haji dahulu.

Semua kepayahan dan kerumitan di bumi Mudzalifah hanyalah gambaran nanti bagaimana bila kita telah dibangkitkan kelak sebelum menanti hari pengadilan .

7.30 pagi Eid MUBARRAK atau HARI RAYA KURBAN ,
beginilah keadaannya setelah kami sampai ke khemah di Mina pagi tu . Khemah kecil yg menempatkan hampir 44 jemaah dengan ruang hanya lebih kurang 2 kaki untuk setiap jemaah.Berbantalkan beg sahaja. Jadi kaki bertemu kaki, badan bertemu badan dan kepala bertemu kepala. Namun keseronokkannya tidak dapat digambarkan kerana Mina bukan destinasi pelancongan , tapi destinasi dalam menunaikan salah satu wajib haji dan tempat dimana akan melakukan ibadat melontar sebagai perlambangan diri kita dalam membuang segala sifat2 yang buruk. Masih lagi berpakaian ihram dan segala pantang larang perlu dipelihara.

Kerana keletihan kerana hampir 20 jam tanpa rehat yang mencukupi, ramai yang berehat dan tidur bagi mengumpulkan kembali tenaga kerana malam nanti akan melakukan lontaran di Jamratul Aqabah untuk dan bertahalul awal .




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
BUAT SEMUA UMAT ISLAM
SEMOGA KITA DAPAT MENGHAYATI
ERTI HARI RAYA KORBAN INI
DENGAN PENGERTIAN YANG SEBENAR-BENARNYA
MENURUT PANDANGAN ISLAM

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    selamat hari raya

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam CR<

    Tk berkongsi pengalaman. Selamat Hari Raya aidil Adha

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Selamat Hari Raya Aidil Adha...

    Dpt dengar suara & tonton Tuan Haji Arshad ucap selamat hari raya di TV1. hehehe

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam atuk

    selamat hari raya aidil adha utk atuk sekeluarga juga

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam rosli

    selamat hari raya aidil adha utk tuan sekeluarga juga

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam ibu

    saya pun menonton juga massa tu hehe

    selamat hari raya aidiladha buat ibu sekeluarga

    BalasPadam
  7. Salam idul Adha,pak itam dan mak itam peyut dah seih dah 2 hari beraya, tapi daging Kurban memang dah 2 thn kat sini tak penah kelihatan lah pun..Bintang-bintang itu berkejaran dilangit Muzdalifah pak itam...

    BalasPadam
  8. salam aidil adha buat lynn sekeluarga juga

    bagaimana sambutan kat sana ya ?

    BalasPadam