ALHAMDULILLAH
Keturunan bapak sebenarnya berasal dari kepulauan Acheh kalau seperti yang diceritakan oleh atok,atok,atok bapak . Sebelah ibu pula ada bersangkut paut dengan keturunan raja haji . Tu sebab dalam keturunan kami , takde darah jawa dan sepatah haram pun tak pandai cakap jawa.
Namun bapak punya ramai teman dari keturunan jawa terutama yang tinggal di Parit Sakai, Parit Bakar dan Parit Keroma serta Parit Amal . Rupa2nya bahasa jawa ni sepanjang pergaulan pak itam dengan mereka ada jawa kasar dan jawa halus .
Kehidupan masyarakat mereka ni sebenarnya dikampung tidak dapat dipisahklan dengan menu nasi ambeng . Pagi sarapan dengan nasi ambeng, kenduri kendara dengan nasi ambeng yang dibentang atas daun pisang dalam dulang besar . Biasanya ayam masak kicap dan sayur campur pasti takkan ketinggalan. Tentu KOG dan KAKZAKIE banyak cerita dan pengalaman tentang menu nasi ambang ni.
Cerita pasal jawa, teringat bapak dulu masa sekolah rendah, kalau tak salah ada sebuah petikan dalam buku teks BM berkaitan seorang petani yang namanya WAK KARTO . Rasanya wak karto ni berketurunan jawa. Kalau dulu masyarakat jawa senang dikenali dengan nama mereka seperti Kamin , Karto, Wongso, Markonah , Suparman , Karno tapi sekarang agak sukar bertemu dengan nama2 yang bercirikan jawa lagi.
Namun yang menjadikan kenangan sehingga hari ini ialah bapak semasa muda pernah menjadi peneman bagi seorang rakan bapak berketurunan jawa yang melangsungkan perkahwinan dengan anak Wak Parjo. Hari bertandang ke rumah pengantin perempuan, rupa2nya malamnya pengantin lelaki tidak boleh tidur bersama pengantin lelaki . Dah adat orang jawa rasanya. Jadi malamnya bapak pun terpaksa menemankannya di bilik pengantin. Kebetulan pelbagai hantaran masih berada di atas katil dalam dulang , jadi apa lagi...
Buah-buahan dan coklat yang menjadi hantaran menjadi santapan bapak malam tu manakala kawan bapak tu terkulat-kulatlah malam tu. Lebih kurang pukul 4.00 pagi , bapak pun pulang ke rumah dengan keluar melalui tingkap bilik (tingkap kayu) menuruni tangga yg telah tersedia di situ .Malas nak ikut pintu depan , tak nak kejutkan orang lain kerana rumah berlantai papan , faham-faham jelah bila bapak gergasi yang lalu hehehe
ok, penat bercerita
layan jelah sayur campur kat bawah ni yang boleh dikategorikan sebagai sayur jawa pasal semua ada, tempe, tauhu, kacang panjang, soon, kulit tauhu, dan hati serta mempedal ayam

salam,
BalasPadamtak pernah makan nasi ambeng, ada beza ke dengan nasi biasa...
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamdekat AU3 keramat ada gerai jual nasi nii
Wassalam
Salam Pak Itam,
BalasPadamSedap tu! Pernah makan di rumah org kawen, bahan sayur tu di goreng asing2 kemudian di gaul-gaulkan. Apa ke nama sajian tu?? Confirm makanan org jawa, coz di Selangor pun ada gak.
Salam Pak Itam,
BalasPadamMemang hebat sungguh Mak Itam ni. Sayur org jawa pun dia boleh kecek. Kakak tahu memang sedap tambah kalau siap dengan seruding, ayam masak kicap, terung masak kari,paceri nenas, ikan kering goreng, sambal belacan kemudian bubuh atas daun pisang.
Nasi putih pelangkap segalanya. Lepas tu apa lagi? Ah... tak kan nak biar macam tu je.
Makanlah.....ha...(3x)
makan tau, buatnya tak tau, sebab kog bukan orang jawa, kog orang sweden ;) hahaha
BalasPadamlusa nak pekena nasi darrcha kat taman saadon!
BalasPadamsaya suke nasi ambeng ! biasa gak buat sayur campur ni @ sayur jawa
BalasPadamwaalaikumsalam arol
BalasPadamyg beza lauk kicapnya dengan serunding serta sayur campur serta ikan kering dan dimakan dalam dulang beralas daun pisang
waalaikumsalam atuk
BalasPadamnasi ambeng dah jadi universal
waalaikumsalam ibu
BalasPadamsayur tu ratah begitu je hehe
waalaikumsalam kakzakie
BalasPadamheheheh jom makan
kog
BalasPadamparit jawa , sweden ya hehehe
uncle
BalasPadamsedap juga nassi dalca ni hehe
cikgu SAK
BalasPadamsaya suka yg soon tu, mau pilih soon je hehehe