WARGA SCP

Isnin, November 29, 2010

melencong jap ke SINGAPORE

hotel ni dulu tempat manohara larikan diri dulu
sebelah masjid jamek al fallah





ALHAMDULILLAH

Kerana ada appoiment kat JB lewat petang nanti , lalu bapak pun melenconglah sekejap masuk Singapore . Tapi tak sangkalah pulak hari tu, kesesakan ditambak johor menyebabkan kami tersangkut hampir 3 jam juga nak lepaskan CIQ Malaysia.Nak patah balik dah tak boleh.

Rupa2nya depa dok tgh bikin jalan kat atas tambak. Mana tak sangkut .Masuk2 auto pass kat CIQ Singapore, dia tulis "sorry pak itam , card error". Dah kena pegi kat pejabat Transport Autority di CIQ Singapore tu utk update kad tu . Baki masuk ke singapore tanpa bayaran ada 10 hari lagi dan ada 39 dollar lagi dalam kad tu . Sana masuk parking pun boleh pakai kad ni , nak beli kad 7 eleven pun boleh gunakan. Sungguh efektif.

panduan lot parking yang masih kosong

Aku dah suruh mak itam set Marina Bay , tapi tak perasan pulak terset Marine Park. Akhirnya kami dibawa ke sana . Tengok2 salah je, kami pun settinglah semula GPS ke Orchad Road kerana di sana terdapat sebuah masjid di tengah2 Orchad Road dan belum solat asar lagi ni .

Sambil jejalan kat situ, mata gatal pulak bila jumpa kedai camera yang melambak di Lucky Plaza , lalu aku pun tanyalah pasal converter utk wide lens . Mula2 dia letak 250 sing dollar . Bapak cakap bapak selalu datang sini, tokey kedai tu pun kata
" i cam muka u lah , oklah satu kali harga baik punya pasal u selalu datang"
padahal aku selalu lalu je kat depan kedai dia tu, tapi tak pernah singgah pun.
Tengok tu , tokey tu ingat nak "cong" bapak, tapi bapak lagi bijak. Saja nak tengok je hehehe
Semua taktik cina kedai ni dah dalam tangan bapak , ada ke dia nak cuba "cong" bapak
Lepas tu dia kata aku punya pasal , turun 180 sing dollar. Aku kata aku nak jejalan dulu, kalau jadi aku beli.

Bapak ke kedai lain kat dalam tu , benda yang sama dia letak baru 165 sing dollar , lps tawar menawar akhirnya 120 je sing dollar . Tengok tu, banyak beza harganya wooooo hehehe
Tukar duit kita dalam 285.00 je . Murah sikit pasal kalau kat malaysia benda alah tu dalam 350 -400 hengget juga . Sambar sekali uv filter dalam 15 sing dollar je (rm45) yg kat malaysia dalam seratus lebih.

Lebih kurang kul 9.00 mlm juga, kami pulang ke JB. Tapi kerana tak mahu ambil risiko tersangkut di Tambak Johor dan Woodlands, bapak balik lalu Tuas . Biar jauh sikit, janji tak jammed dan tersangkut berejam2 mcm tadi ,

tokey kedai Tan Nih Kon
aku cuba shoot pakai wide lens converter tu

depan Tang's guna wide lens converter

org dok beratur tunggu teksi depan robinson

18 ulasan:

  1. Aslkm CR

    Lama tak tinggal jejak. Seronoknya ke sebeang tambak. Tak Ke MAHA? Berebut2 sedara mara ke sini. Mehlah dekat dgn rumah mama. tk

    BalasPadam
  2. salam dari Makkah


    awat pak Rezeki tak masuk 'Sentosa island..sunny island set in the sea..."cl nak p Universal Studio tuh nanti....hehehehhe


    waslam

    BalasPadam
  3. orang singapore datang shoping kat malaysia kan?

    BalasPadam
  4. Salam Rezeki.
    Amboi murahnya...kirim 3! Hheh3...

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Sejak-sejak ini memang Woodlands sesak. Tambahan pulak cuti sekolah. Tapi tak apa at least dapat jugak beli accessories favourite Pak Itam tu. Boleh test kat nyonya kedai lagi.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Seronoknya berlibur..

    BalasPadam
  7. orchard yg dekat tak pegi, berjem2 kat wdlands pun takpe asal dapat shopping JB..
    pandai pak itam menawar :)

    BalasPadam
  8. Salam pak itam...

    Wah.. bestnya melencong di malam hari ke singapore... tentu cantik permandanganya kan... :)

    pst2 pak itam, mana singa air pancut di malam hari... saya suka tgk... cantik...

    BalasPadam
  9. walaikumsalam mama ju

    teringin jugak nak pergi MAHA, tapi dgrnya crowded sangat

    BalasPadam
  10. walaikumsalam cl

    semenjak universal studio bukak, lum sempat pi lagi

    nanti kita pi sama2 ya, boleh port kat teratak pak itam di HC hehe

    BalasPadam
  11. ksk pah

    utk makanan dan brg keperluan dapur , mmg murah bagi singaporean soping kat malaysia psl convert duit mereka

    tapi bg brg elektronik , singapore lagi murah walaupun duit kita rendah

    correle murah kak kat sana hehehe

    BalasPadam
  12. walaikumsalam uncle

    hehehehe

    BalasPadam
  13. walaikumsalam kaka zakie

    ingat sebelum krismas , nak bawa anak2 tgk lampu kat orchard road nanti

    BalasPadam
  14. walaikumsalam syima

    tu nama kerja sambil berlibur hehe

    BalasPadam
  15. mampir


    heheh ilmu tawar menawar tu penting , lagi pun saya tahu ceiling prize benda alah tu hehehe

    BalasPadam
  16. walaikumsalam tikah

    singa tu kat marina bay , tapi dah salah set gps, hehehhe

    BalasPadam
  17. salam pak itam,

    wowwww...semakin canggih assesori pak itam...macam ni boleh lawan saiful!

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam kak nab

    hehehe byk lagi kena beli kalau nak lengkapkan semua

    BalasPadam