WARGA SCP

Khamis, November 04, 2010

04/11/2010 SAMBUTAN JUBLI BESI KE 20

perkahwinan boleh diibaratkan sebuah catatan perjalanan yang jauh
segala halangan dan rintangan perlu dihadapi bersama
pilot dan co pilot perlu berganding bahu
bagi memastikan perjalanan tersebut
sampai ke destinasi yg dihajati

ALHAMDULILLAH

Diam tak diam 20 tahun berlalu begitu pantas sekali . Pejam celik,pejam celik, aku hari ni menyambut sambutan jubli besi ulangtahun pernikahan dan perkahwinan kami .

20 tahun lalu bersamaan 04/11/1990 lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku segak berjalan dengan baju kurung melayu serba putih yg menjadi tradisi orang johor melangkah bak pahlawan melayu bersamping lengkap. Cuma keris dan pistol je tak bawak .

Perasaan masa tu jangan cakaplah, takut bila pak imam henjut tangan ku, aku gugup . Tapi sebelum tu aku dah berlatih seorang diri . Nak kata aku gugup dan gemuruh masa tu tak juga. Akukan hero , mana boleh tunjuk gugup dan cemas . Malulah nanti.

Aku melangkah dengan penuh yakin bersama rombongan keluarga ku . Keadaan disana masa tu dah dipenuhi dengan orang ramai sanak saudara dan jiran tetangga mak itam.

Melabuhkan punggung ku diatas kusyen besar empuk disaksikan oleh mata-mata yang ramai aku tak kenali masa tu, namun selamba tetap selamba

Sebelum upacara bermula,pak imam memeriksa kad pengenalan ku seperti seorang inspektor tamil lagaknya , nak pastikan aku ni bukan rakyat nepal . Lepas tu bak seorang guru besar sekolah agama, soalan2 berkaitan rukun nikah pula ditanya satu persatu . Kalau dia tanya aku 16+340-84x48 , mati aku failed msa tu psl sempoa aku tak bawak . Kira pagi tu pak imam sekolahkan aku semula . Nasib baik semua dalam kepala.Kemudian , pengantin pompuan ditanya pula oleh pak imam sebagai formaliti tanda bersetuju dinikahkan.

Maka acara rasmi pun bermula. Kedua2 pihak membentangkan deklarasi persetujuan yang telah dicapai sebelum ini semasa majlis pertunangan . Hantaran masa tu 2500 serba satu dengan sebentuk cincin berlian dan bapa ku juga menghadiahkan dua bentuk gelang sebagai hadiah kepada pengantin pompuan .

Namun yang paling aku tak tahan , seorang saksi dikalangan penduduk lama kampung tu membelek2 cincin berlian tu dan gelang untuk memastikan bahawa ia tulin.
Dalam hati ku ketika itu,

"alamak org tua ni, dia ingat pelesu apa"

Dan acara kemuncak pun bermula

"bapak itam"

aku nikahkan dikau dengan mak itam berwalikan aku dengan mas kawinnya 50 USD , tunaiiiiiiiiiiiiiiiii

jawabku sepantas kilat senafas

"aku terima nikahnya mak itam dengan mas kawin yang tersebut , tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

"sah tanya pak imam pada kedua-dua orang saksi

"sahhhhhhhhhh"

yahooooooooooooooooooooooooo dlm hati ku

Hari ni tanggal 04/11/2010 genap usia perkahwinan kami 20 tahun.
Alhamdulillah, aku sangat bahagia dengan perkahwinan sehingga kini.
Semuanya asam garam kehidupan dalam suatu catatan perjalanan kami lalui bersama

Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat sentiasa menjadi milik kami sehingga kami melabuhkan pelayaran kehidupan ini sebelum menuju ke kehidupan yang kekal abadi dan hakiki di akhirat kelak.

Insyallah

38 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam dan Mak Itam

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah

    dengan jubli besi

    moga dipermudahkan segala urusan
    dan maju dlm perniagaan

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Hitam² si tampuk manggis
    Sungguhpun hitam dipandang manis

    Selamat menyambut jubli besi

    Kami baru jubli manila kad, haha :)

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam dan Mak Itam

    Syukur Alhamdulillah perkahwinan masih kekal hingga ke Jubli Besi..

    Smg Allah sentiasa merahmati keluarga Pak Itam..

    p/s: sy nie tak nampak byg jubli lagi uhuk3x..

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Selamat menyambut Ulang Tahun Perkahwinan...Alhamdulillah berjaya hidup bersama dalam jangka masa yg panjang mengharungi kehidupan alam rumahtangga yang banyak pancaroba..tapi bahagia..semoga terus bahagia hingga keakhir hayat.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Tahniah

    selamat menyambut `jubli besi'

    Semoga kekal bahagia didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Wah...kakak nak ucap TAHNIAH dapat jadi pilot yang cekap dan Mak Itam co pilot yang hebat. Dah jejak 20 tahun!! Syabas....

    Selamat segalanya mudah-mudahan....

    BalasPadam
  7. salam


    tahniah pada pak itam dan mak itam atas ulangtahun perkahwinan ni,saat org lain berhempas pulas mempertahankan rumahtangga,pak itam kekal bahagia melayari alam rumahtangga Alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. samalah 20 tahun (bulan depan)! jubli besi eh namanya?
    husband i pun cakap mas kawin yg tersebut :D
    happy anniversary. diberkati seterusnya. amin

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam n Mak Itam,

    Alhamdulilah wasyukrillah, semoga bahtera yg dilayari bersama selama sudah 20 tahun bertahan merempuh badai dgn selamat hingga sampai ke pelabuhan yg dituju. Amin

    BalasPadam
  10. sALAM pAK ITAM...

    Selamat ulang tahun perkahwinan..yang ke 20 semoga bahagia dari dunia hingga akhirat....

    Psssst bawak la mak itam honeymoon...sekali lagik hehehehhe

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum warahmatullah;

    salam ziarah, dah lama tak berkunjung ke rumah pak itam..

    tahniah, selamat ulangtahun perkahwinan, semoga dikurniakan rumahtangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah wal rahmah..Amin.

    Wassalam

    BalasPadam
  12. Salam CR,

    Selamat ulang tahun perkahwinan ke 20, semoga jodoh berpanjangan hingga ke anak cucu dan akhir hayat dan sentiasa di rahmati Allah. Amin

    BalasPadam
  13. Alhamdullilah dan tahniah pak itam dan mak itam, jauh perjalanan luas pemandangan, alah bisa tegal biasa.

    BalasPadam
  14. Salam Pak itam,

    Alhamdulillah
    Tahniah meraikan jublibesi untuk pak dan mak itam .:)
    Muga2 ALLAH merahmati dan kebahgiaan berterusan hingga ke syurga
    Amin

    BalasPadam
  15. Salaam Pak Itam & Mak Itam,

    Alhamdulillah. Tahniah atas sambutan Jubli Besi. Semoga terus bergemerlapan menjadi Intan, Perak, Emas, Platinum...

    Semoga Pak Itam & Mak Itam terus aman dan bahagia, bercinta hingga ke syurga. Amin. :)

    BalasPadam
  16. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan..semoga bahagia berkekalan hendaknya

    BalasPadam
  17. semuga pak itam dan mak itam kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  18. Salam,

    Syabas inspektor sabb..
    Tahniah ulangtahun perkahwinan ke 20 Jubli Besi pada 4.11.2010. Semuga kehidupan berumahtangga Pak Itam & Mak Itam bahagia selalu.
    Tak ada cadangan nak mempunyai anak kecik masa sempena ulangtahun jubli besi ni..hehehe.

    Saya cuma sambut jubli aluminium jee..

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam atuk

    syukur spi juble besi , lps ni jubli apa ya hehehe

    BalasPadam
  20. KOG

    pak itam tak hitam pung hehehe
    mcm mana nak hitam si tampuk manggis hehehe

    manila kad tebal takpa kog, susah nak goyah

    jgn manila kad nipis hehehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam syima

    insyallah, nanti spi lah jubli pujaan hati syima tu hehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam kak sidah

    tq kak, adat rumah tangga biasalah kan
    ada pasang surutnya, tapi yg penting saling memahami dan bertolak ansur

    insyallah

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam ibu

    tq ibuk

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam kakzakie

    tq

    semoga kehidupan kita semua sentiasa dlm peliharaan dan perlindungan Allah

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam CM

    tq

    resepinya mudah ,
    saling hormat menghormati
    saling bertolak ansur
    saling faham memahami
    dan yg paling penting
    hati dan niat

    BalasPadam
  26. mampir

    ada sesetengah tempat panjang berjela, tu yg 10 kali akad nikah tak pass hehehe

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam hj aki

    alhamdulillah
    insyallah

    moga kita semua dlm peliharaan Allah

    BalasPadam
  28. waalaikumsalam shami

    tq

    tetiap hari honeymoon tau berdua hehehe

    BalasPadam
  29. waalaikumsalam hajah amz

    lama tak berjumpa, dah semalam kita terserempak hajjah dan hj lps beli ikan kat pasar tani, hehe

    BalasPadam
  30. waalaikumsalam rosli

    alhamdulillah

    moga kehidupan kita semua berumhatangga sentiasa dlm kerahmatan Allah

    BalasPadam
  31. arol

    betul tu , alah bisa tegal biasa

    tapi jangan bisa yg tak baik tau hehehe

    BalasPadam
  32. waalaikumsalam ain

    terima kasih

    moga kehidupan ain juga sentiasa dlm perlindungan Allah

    BalasPadam
  33. imanshah

    tq atas kunjungan dan doa mu

    moga2 kita semua dalam perlindungan Allah

    BalasPadam
  34. waalaikumsalam kak chik

    lps besi terus karat, dah nak kena hantar rebonding hehehe

    BalasPadam
  35. kak pah

    amin, kak pah mau dah jublee kayu hehehe

    BalasPadam
  36. waalaikumsalam abg sulong

    anak ???
    anak cacing kerawit dlm perut manyak lah heheheheh

    aliuminium mahal wooooo hehehe

    BalasPadam
  37. salam pak itam,

    soriii kak nab lewat yg amatttt niii sbb arini baru ada line tenet....baru2 ni tenet ku tenat!!

    syukur kerana telah selamat melayari alam perkahwinan selama 20 thn ~ jubilee besi,,hahaha...
    semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  38. Waalaikumsalam kak nab

    alhamdulillah, kak nab mau dah jubeli tembaga hehehe

    BalasPadam