WARGA SCP

Sabtu, Januari 22, 2011

IKAN PATIN MASAK GULAI LEMAK TEMPOYAK

ALHAMDULILLAH

Ikan patin sungai sekarang susah nak dapat . Kalau duduk kat area Sg. Pahang , rasanya banyak ikan patin ni . Tapi harganya mencecah puluhan ringgit se kilo. Tapi rasanya memang marvelous .

Yang ada kat area kg bapak ni, semua jenis bela punya .
Bela pun bela lah, tapi pastikan yang bela punya ni makanannya halal
Pastikan mana dia dapat bekalan kerana sedikit masa dulu heboh penternakan ikan ni kasi makan ikan ternakannya entah apa2 .

Yang pasti , dapatkan bekalan dari peniaga melayu beragama islam yang bekalannya juga dari penternakan ikan sangkar beragama islam yang tahu hukum hakam
bab2 makan ni kita sebagai seorang islam kena jaga sikit
jangan main hentam sembrono
Selepas itu, kita tawakkal pada Allah .
Insyallah

Cerita pasal bab hukum hakam makanan ni, melalui pengalaman bapak yang banyak mengembara, orang yang bukan beragama islam hanya mengetahui yang kita sebagai orang islam tak boleh makan khinzir je . Yang lain boleh hinggakan semasa kunjungan bapak ke Australia suatu masa dulu, seorang rakan bapak berbangsa cina telah mengajak bapak makan di sebuah restoran , katanya bapak boleh makan pasal dia tulis "pork free".

Jadi dia suruh bapak makan ayam atau lembu je . Tapi dia tak tahu yang sebarang ternakan yang halal dimakan oleh kita yang tidak disembelih dan diuruskan secara islam juga haram bagi kita memakannya.

Jadi bapak pun terangkan padanya , barulah dia faham . Secara tak langsung , memberikan kesedaran dan pendidikan pada mereka .

"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; kerana sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu. ”
(Al Baqarah: 168)

Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


jom layan ikan ni
tambah2 nasi tu
jangan segan2
heheheheh




12 ulasan:

  1. pergggggggg ... pak Itam memang meleleh .... tapi kita tak makan tempoyak ...

    Di Malayysia ni pun banyak ,masih ada org melayu yang masuk kedai makan cha ya nun aliff.... sebabnya pork freee , seafood jee...
    Shubahah itu menghitamkan hati ....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    pak itam2... nasi dah habis
    orang yg sebelum ni dah sapu semua
    (maaf chik att..gurau ajer)

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Ada juga yg tidak kira walau makanan itu halal tempat memasaknya juga kena ambil kira. Jadi darah-daging lagi. Bila puas berdoa rasa tidak terkabul siapa salah?

    Moga kita masih dilindungi dan masih ada kekuaatn iman....

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Makan jgn ikut selera jer, ken a ikut iman. U R what u eat.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Kena berhati2 dlm makan & pemakanan.


    Semoga Allah sentiasa menjaga iman kita semua.Amin

    BalasPadam
  6. che att

    moga kita semua sentiasa menjaga pemakanan menurut islam , insyallah

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    tak yah nasi, hirup kuah je hehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak zakie

    kesedaran berkaitan bab pemakanan ni harus ada dlm setiap diri umat islam krn jadi darah daging

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam hj aki

    betul tu , moga sentiasa dipelihara Allah kpd kita semua dlm bab pemakanan ni

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam ibu

    betul tu bu

    tepuk dada, tanya selera

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaJulai 17, 2013

    sesiapa nk beli ikan patin sangkar atau sg..sy merupakan pengusaha ikan patin...customer yg beli 10kg lbh keatas dpt special price..ni ikan patin sg phg d paloh hinai...sila hubungi sy d 0173035099

    BalasPadam
  12. Tanpa NamaJulai 17, 2013

    jgn ragu2 kerana sy org islam...sy tau citer tu..ikan kolam n sg sgt beza krn ikan kolam airnya trkumpul n d beri mkn isi2 ayam tp ikan patin sg airnya sentiasa mengalir n d beri mkn palet atau makanan ikan tu sndiri e2 sbb harganya akan lbh mahal skt dr harga kolam tp dr segi kualiti n rasa ikan sg lg sedap..sy jgk supply ikan patin kpd FAMA..sesiapa brminat utk membeli secara borong or peribadi blh hbgi sy d 0173035099 or 0129815019..

    BalasPadam