WARGA SCP

Khamis, Januari 20, 2011

NGANGKUNG KITA KEJAP LAGI

ALHAMDULILLAH

Hari semua jabatan kerajaan dan sekolah cuti wel2. Tapi bapak tak cuti kerana kertas yang bapak order tempohari akan sampai tengahari ni. Tapi kerana pelanggan bapak terdiri dr sekolah2 cuti, maka pekerja bapak pun bapak kasi cuti.

Tadi lps subuh, bapak pun pakai tracksuit dan kasut tumit tinggi lalu bapak pun lakukan rutin harian bapak , jogging lebih kurang dalam 30 minit supaya segala kolestrol dan lemak dalam badan dapat dibakar . Biar toksin dan toksah semua keluar sikit .

Destinasi bapak ialah sepanjang sungai johor yang melingkar di bandar HC. Dah siap jogging, keluarkan pula senapang patah bapak dan sempat juga menembak di kawasan persekitarannya.

Tu yang Ah Sooo dan Ah Kog yang tengah menari poco2 kat tepi dome tu pun bapak sempat tembak , tapi tembak bontot jelah kan hehe

Dome Tun Sri Lanang

Ah Sooo dan Ah Kog tgh poco2

Dalam pukul 11 tgh , lori yang hantar kertas tu sampai . 1/2 jam semua siap turun barang , esok sebahagiannya nak kena hantar ke sebuah sekolah menengah di tgh HC. Pandailah esok pekerja bapak uruskan , kena awal sikit pasal kena hantar naik tingkat 4 . Mau mandi satu badan berpeluh dan esokkan hari Jumaat. Takpelah, hari ni bapak dah kasi cuti free bergaji padanya.

Ok, sekarang semua kerja bapak dah beres dan kejap lagi kul 3 ptg , bapak nak menonton wayang dengan ibuk . Tapi nontonnya di rumah atas katil aja. Sekarang nak nonton tak payah pergi panggung, boleh order melalui astro melalui channel asrto first . Satu pelem 15 hengget + 6 % goverment tax . Nanti masuk bil astro hujung bulan. Tempoh sah untuk 48 jam, jadi boleh tgk 80 kali kalu mau hehehe

Bapak sambil tu berseloroh dengan ibuk,
"ibuk kena bayar tiketnya pada bapak 5 hengget, lebihnya bapak tanggung beres"
hehehe

ok , bapak nak nonton ni
"NANGKUNG" dalam HD

bye

12 ulasan:

  1. Salam Bapak & Ibuk,


    Selamat menonton......

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    dah beli jajan ke untuk menontun

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum,
    dulu-dulu kalau nengok wayang tak sah kalau tak makan kuaci...
    Kenapa ya..
    Selamat beristerihat

    BalasPadam
  4. salam ziarah...ini gmbr di kota tinggi ya^^,

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    joging pakai kasut tumit tinggi? berapa hinci tingginya tuh.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Perghh walawei..high heel pi jogging kah kah kah..pheewwitt!

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam ibu

    nonton separuh , tido separuh
    petang sambung lagi separuh hehehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam atuk

    jajan dan air ambik kat dapur je hehehe

    tu yg best nonton dr rumah hehe

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam mama nadz

    penat kak mkn kuaci ni hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam khalifahtullah

    time kasih atas ziarah

    jgn sebut kota tinggi hehehe
    tak glamer

    HC a.k.a High Castle hehe

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam az

    heheh 18 depa hehehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam syima


    hehehe mau terjonkang

    BalasPadam