WARGA SCP

Isnin, Januari 24, 2011

SUATU HARI DI HARI MINGGU not SUATU HARI DI HARI RAYA


ALHAMDULILLAH

Macam biasa, pagi Ahad bapak dan ibuk ke pasar tani. Semasa ibuk berpasar tani, bapak seperti biasa berjogging di tepi sungai. Nanti selepas 30-40 minit, ibuk akan menjemput bapak .

Ibu kata nanti tengahari nak bikin ketupat dan rendang serta kelengkapan2nya buat santapan tengahari. Bapak suka aje hehehe makan , sapa tak suka

Ibu masak banyak juga, kerena petang nanti boleh bawakan untuk anak di asrama nanti semasa menjenguknya. Nanti, dia boleh makan bersama2 rakan2 dalam dome.

Semasa ibuk sedang masak, bapak dah shoot 3-4 keping masa rendang dan lodeh tengah mendidih dalam kuali.Bapak pakai pelikat je dan berlenggeng, tapi ikat kuat2, karang lodeh jadi londeh , sapa nak jawab.

Lepas dah siap, bapak shoot 4-5 keping lagi sebelum bapak shoot terus masuk dalam mulut.

Alhamdulillah, syukur akan nikmat Allah buat kami sekeluarga.

Jom kekawan , sudi2kan lah.
Buat macam rumah sendiri
tambah,tambah






ni pinggan bapak lengkap rendang, lodeh,ketupat dan kuah kacang

20 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Waduuuuh, enak sekali nampaknya. Dah banjir mulut. RTiba2 rasa lapar pulak, ni nak gi mangan cepat2.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau pinggan bapak sudah penuh begitu
    bagaimana kami bisa makan
    bapak sudah habiskan...
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Macam Hari Raya. Kalau kakak tinggal makan je sapa tak suka. Untunglah kawan-kaan anak Pak Itam, tumpang sekaki merasa nikmatnya. Rezeki.....

    BalasPadam
  4. salam pak itam

    hehe meriah pinggan bapak yea... penuh satu pinggan... kolesterol tinggi tu (^_^) ~

    BalasPadam
  5. saya suka makan sedap yang takde sempena apa², hehe.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum CR...

    aduhai sesekali datang menjenguk , sakit jiwa dibuat nya... terlioq yg teramat2 ...

    kalau akak ke KT mesti tolong masakkan menu tu tau...he he he

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,

    Ketupat! anmap meriah dan sedap.
    Rasa macam nak raya la pulak..Tapi kekadang sesuai kerana ketupat di sana adalah ketupat nasi..kalau kat Kedah ketupatnya pulut..tak kan nak makan waktu tengahari..

    BalasPadam
  8. saja je pak itam ni nak bagi orang telio tau!!

    BalasPadam
  9. Huhhhh Pak Itam .... kolesterol kolesterol .... hehehehe ~ sebenarnya jelessss... nampak meleleh je....

    BalasPadam
  10. haishhhhh...pepagi begini dah kena godaannnn....:))

    BalasPadam
  11. Assalam Pak Itam,

    Makan tgh hari best kan..nak gi cari lah..tapi rasa tak sama lah pak itam..

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam hj aki

    pi mangan kat mane tu hehehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam atuk

    makan kuah kacang je hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kakzakie

    alhamdulillah, rezeki anak2 dan rakan

    selalu maknya mmg buat lebih setiapkali jenguk anak, kesian pada anak2 lain satu dome, takkan nak tgk je kan, lagi pun kami kira yang dekat boleh jenguk setiap hujung minggu

    BalasPadam
  15. kog

    ibu kalau nak masak sedap mmg tak payah tunggu sempena2 hehehe

    bapak suka aje hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam manje

    anggap hari raya je, hehehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak ummi

    sib baik kak ummi jenguk sekali sekala je hehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam mama nadz

    lama tak makan ketupat palas kak hehe

    BalasPadam
  19. kak pah

    kasi naik semangat sikit hehehe

    BalasPadam
  20. che att

    anggap hari raya je, setahun sekali hehehe

    BalasPadam