WARGA SCP

Sabtu, April 02, 2011

HORNBILL SIBUK BERKEMPEN

ALHAMDULILLAH

Bapak dah lama mengendap kenyalang ni, dulu ada 2 pasang kat teratak bapak tepi hutan ni. Dia kalau hinggap kat dahan pokok tepi rumah, punyalah bising dan riuh. Tapi setiap kali bapak nak shot gambarnya, berdesup dia terbang, bapak pun berdesuplah kejar hingga nak terburai kain pelikat, hampa

Tapi 2 hari lepas, dah dekat zohor, masa bapak balik dari noreh, baik je dia tgh landing atas dahan mati sebelah rumah, terus turunkan tong susu gotah dan berebut bapak keluar senapang.

Banyak juga bapak dapat ambil gambarnya yang sedang nak makan buah apa tah kat mulutnya.

Biasanya dia ada pasangannya, tapi laaa ni tinggal sekor, rupanya sekor dok pi balik sarawak pasal berkempen pilihanraya kat sana.

Ni mesti kenyalang yg sepasang ni berlainan pegangan politik .
Sebab politik depa bergaduh,
Sebab politik depa berpisah,
Sebab politik depa bermasam muka
Sebab politik depa bercerai berai

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang
Fikir2kan lah,
Allah dah berikan depa akal fikiran ,
buatlah pilihan yang mana baik dan mana buruk
bukan hanya utk kelangsungan hidup di dunia
tapi yang lebih penting di akhirat kelak
kerana diakhirat ALLAH TIDAK AKAN BERPOLITIK DALAM MENENTUKAN YANG MANA HAK, YANG MANA TIDAK, YANG MANA DOSA, YANG MANA PAHALA, YANG MANA KE SYURGA DAN YANG MANA KE NERAKA


nasib baik bapak tak boleh mengundi lagi pasal bapak belum cukup umur hehehehehe


8 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Yg sekor tuh sedang menggatal di bumi kenyalang. Sekarang tengah menggila agih subsidi itu subsidi ini, berlori2 janji ditabur.

    Cian yg sekor nih, tak mau bersubahat kot.

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Pak Itam,
    Ada senapang best2..gambar yg dirakam pun jelas..
    Kat belakang rumah mama pun ada pelbagai species burung dok singgah, ada yang elok shot, tapi kebanyakan tak jadi sebab jauh sgt kedudukan burung 2 tu nak digapai oleh canon biasa2 ni..

    apa pun Mama seronok lihat kenyalang itu..harapnya kenyalang tidak jadi menjadi seperti gajah bergaduh!

    BalasPadam
  3. As Salam Pak Itam..

    alaaa.. sekoq lagi kenyalang tu bukan p berkempen.. dia p pekan HC makan keyhepsi..

    amboihh lately nie pak menakan, segala trademark anak menakan pak menakan sapu.. mentang2 cheq tak p registered.. cheq menoreh pak menakan pun nak menoreh.. patutlah bila cheq tgk pokok getah abis semua kena conteng ngan pisau cikgu shaari.. dah lah tu kapcai cheq pun kena sapu, siap bawak mak menakan p ronda2 pekan HC.. ngeh ngeh ngeh...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    dunia yg dikejar
    Insyaallah, dunia dia perolehi
    tapi malang kalau tersalah pilih
    miskin didunia dan miskin diAkhirat
    Nauzubillah

    Wassalam

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam hj aki

    semua di tangan pengundi
    tepuk dada , tanya selera

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam mama nadz

    tu pun dah henjut habis lens tu dan crop semula hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam kak ngah

    jom kita bakar, kita bakar je hahaha

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam atuk

    moga kita semua umat islam tidak begitu

    BalasPadam