eilan donan castle
2006
Pejam celik, pejam celik
tapi org johor sebut "kejam celik, kejam celik"
anak2 kami dah besar panjang sekarang, yang kakak dah jadi anak dara
yang adik dah jadi orang bujang dah
dah sama tinggi dengan bapak,
anak bapak lah katakan
semua pantas berlalu ,
dulu bapak seorang, kemudian berdua , kemudian bertiga, kemudian berempat
dan lepas tu dah berdua semula
mengimbas kembali foto di atas yang dirakamkan tahun 2006 , masa tu anak jantan ku ini boleh diketegorikan sebagai kanak2 riang, mana sahaja kami pegi , mesti dia nak ikut
terkenang masa dia kecil2 , badannya kecil dan kurus dan asyik selalu demam je
lps kami sekeluarga pulang dari tanah suci tahun 2004 , selera makannya berubah dan tu yang tembam pipinya, bapaknya pun boleh juga tahan tembam juga masa tu hehehe
anak dan bapak sama2 berselera masa tu ,
tapi tu cerita 6-7 tahun lepas ,
macam bapak cakap, pejam-celik, pejam celik semua berubah dengan pantas
dah 2 minggu , kami dapat menghabiskan masa bersama2 kembali kerana si adik berada di rumah cuti sakit selepas menjalani pembedahan manakala kakak pula tgh break semester
riuh rendah jugaklah rumah bila semua ada di rumah
tapi petang tadi kami dah hantar semula adiknya ke asrama , nanti lusa pula kakaknya pula pulang ke KL krn minggu depan dah nak daftar semester baru .
pejam celik,pejam celik dah 3 tahun adiknya kat asrama
pejam celik,pejam celik dah nak masuk semester akhir buat kakaknya pula
tinggal semula kami berdua di rumah
maka tak cukup corum nak ajak berbual, bapak akan berbual2 semula dengan kucing peliharaan bapak serta kura2 bapak kat belakang rumah
pejam-celik, pejam-celik,pejam-celik ........
kalian semua pasti dah mengalaminya atau pun sedang mengalaminya ataupun akan mengalaminya
saatnya pasti akan tiba jua
insyallah