WARGA SCP

Selasa, Mei 17, 2011

ALHAMDULILLAH, SEMUA KINI BERJALAN SEPERTI BIASA


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Semua kembali seperti normal setelah seminggu agak kelam kabut sedikit.
Anak ku kini telah pulih dari pembedahan segera akibat appendiks tempohari di Hospital Pakar Puteri .

Kalau dulu2 depa main belah dalam sejengkal juga kat perut, tapi kini depa cuma tebuk 3 lubang kecil dan pembedahan dilakukan menggunakan teknologi moden dan terkini, jadi sembuh lukanya lebih cepat sedikit.

Sepanjang seminggu juga, kami dok berulang dari tepi hutan ke bandar JB , nanti malam baru sampai semula tepi hutan.

Penat dan keletihan mmg tak terkira kerana pagi kena pi noreh dulu , lps siap baru pi hospital.
Namun aku bersyukur kerana semua ini hanya ujian kecil dari Allah S.W.T buat kami yang dari dulu diberikan kelapangan dari apa segi pun oleh Allah.

Aku terlupa yang semalam 16 mei hari guru, hanya untuk guru dan bukan untuk aku yang pernah jadi Mahaguru silat hehehe

Ada sms yang rasanya tersalah hantar kot utk ku sebagai tanda ucapan selamat hari guru , aku ni kira sekarang guru kelas memasak pun diiktiraf dan dihargai rupanya hehehe

Aku ambil kesempatan kat sini nak ucapkan selamat hari guru buat semua rakan2 ku di alam maya ni , hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian dalam mendidik anak bangsa.

Malam tadi juga dalam pukul 11 malam, aku mendapat sms dari seorang kenalan lama ku
berbunyi

"orang rumah saya dah sampai hukum..."

lalu bapak terus menghubungi kenalan bapak ni yang bapak kenal hampir 25 tahun dan kali terakhir bapak bertemu masa menziarahinya balik raya puasa tempohari di kg isterinya di muar.

Isterinya baru menghembuskan nafas terakhir di hospital putrajaya akibat barah payu dara tahap 4 yang baru dikesan , tapi dah kritikal. Dia sedang menguruskan persiapan membawa pulang jenazah dari hospital dan akan dikebumikan di Kuala Pilah.

Pasti setiap kali tarikh sambutan hari guru pada setiap tanggal 16 Mei akan dikenangnya kerana isterinya merupakan seorang guru yang mengajar di Kuala Pilah , kasihan mengenangkan anak2nya yang boleh tahan ramai juga masih kecil2.

AL FATEHAH
BUAT
ALLAYARHAMAH CIKGU KHALIDA

Dan baru sekejap tadi lagi , bapak menerima lagi satu kiriman SMS dari seorg kerani bagi memaklumkan bahawa Guru Besarnya baru sahaja meninggal dunia 1/2 jam lalu di Hospital Putrajaya juga selepas menjalani pembedahan "bypass" di IJN bulan lepas.

Baru lagi rasanya , kami berbincang mengenai payment yang tertangguh kerana Guru Besarnya ketika itu di masih di hospital dan cek perlu ditandatangani oleh Guru Besar . Namun, sempat juga mereka melakukan separuh pembayaran sebelum dia dimasukkan ke hospital .

AL FATEHAH
BUAT
TN HJ ABD GHANI

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh
salam takziah dari bapak buat keluarga mereka dan bapak bersama2 berkongsi kesedihan kerana pemergian kalian jatuh pada sambutan hari kalian diraikan.

Tentu kalian tertanya, ramai kalangan rakan bapak ni di kalangan pendidik
kan bapak ni bekas pencen ketua pengarah pendidikan .....

Akhir kalam,
Dari Allah kita datang, kepadaNYA juga kita akan dikembalikan
masa dan detik kita pasti sampai jua
tidak tercepat bang sesaat pun dan juga tidak akan terlewat bang sesaat juga
JANJI ALLAH ITU BENAR

"Allah maha berkuasa mentadbir sekalian alam"

24 ulasan:

  1. Assalammualikom pak itam. apa kabar? semoga sihat selalu ya...letih menjaga anak lagi ya..Allhamdullah itu la menawar hati dikala susah dan senang.

    Al-Fatihah buat semua guru-guru yang telah pergi terdahalu meninggalkan kita semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah

    Mungkin ramai yang perasan pak itam ex-techer dulu. Mugkin...

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Biar siapa pun kita, kita memang kena menjadi guru walau bukan pada org lain tapi sekurang-kurangnya pada anak kita.

    Alhamdulillah adik dah sembuh....

    Kepada teman guru Pak Itam yg telah ke rahmatullah .... AL-Fatihah...

    BalasPadam
  3. salam..semoga anakanda cepat semboh...kena pantang2 sikit tu !

    BalasPadam
  4. Pak Itam bekas KPP? selamat hari guru juga...guru ni sepanjang hayat...semoga jasa Pak Itam sebagai guru sentiasa dikenang...

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Pak Itam.

    Al Fatehah buat sahabat2 Pak Itam yang sampai ketikanya.

    Terima kasih kerana mengingati jasa guru-guru.

    BalasPadam
  6. Salam Pak itam,

    Salam Hari Guru buat Pak Itam and d geng...Semuga bertambah2lah barokah dalam hidup dan SALAM takziah buat keluarga yang menerima ujian dan ketentuan ALLAH...Semuag ALLAH cucuri rahmat ats roh mereka...seorang guru hanya jasadnya dikebumikan tetapi ia hidup bersama amalan anak3 didiknya...

    AL FATIHAH...panggilan kita jer lum tiba...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum pak itam,

    sihat, sakit, hidup dan mati ketentuan Allah s.w.t. Dia yang maha mengetahui.

    Abg hj saya kirim salam, alhamdullilah urusan keluarga pak itam dah lancar semula.

    BalasPadam
  8. bertuah jumpa blog pak itam ni..ayat tersusun jer.. saya agak mungkin pak itam ni kategori orang yang tenang bila berbicara.. selamat hari guru pada pak itam dan alfatihah untuk teman2 yang dah sampai seru..

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum pak itam, semoga anak bertambah sihat dan tabah menghadapi ujian Allah.Al-Fatihah buat arwah yang telah kembali ke rahmatullah.

    BalasPadam
  10. al fatihah untuk teman2 rezeki....yang masih tinggal tu, "life goes on.." You take care and have a pleasant day!.

    BalasPadam
  11. Al-fatihah buat teman2 pak itam.
    Alhamdulillah..anak pak itam dah ok.

    BalasPadam
  12. As Salam Pak Itam,

    Alhamdullilah anakda pak menakan dah beransur sembuh.. InsyAllah, esok lusa dah bley berlarilah tu..

    Al-Fatihah untuk rakan2 pak menakan yang telah kembali kerahmatullah.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan para solihin.. amin

    opsss!! sapa dia lah yg p antaq sms ucap selamat tu kan kan kan.. cer cite cer cite..

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah, sihat sejahtera semuanya, keadaan kembali normal

    bapak dulu bekas guru silat cekak hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kakzakie

    dah sembuh , maknya jaga pemakanannya

    kita semuanya guru buat anak2 kita

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam cikgu sak

    maknya bebel je psl tahulah budak lelaki, susah nak pantang ,

    KPP means ketua pengarah perhutanan hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam cikgu nadz

    jasa guru ttp dikenang sampai bila2

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam ain

    jasa seorg guru akan kekal spi bila2

    besar pahalanya mendidik anak bangsa

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam amz

    alaikawaalaikumusalam

    minggu ni baru dapat rehat sikit

    BalasPadam
  19. salam lizan

    alhamdulillah, mcm mana boleh jumpa blog bapak ni hehehe

    bapak insan biasa je yg menumpang hidup di bumi Allah

    bapak sempat pi jenguk rumah lizan,seronok lihat lizan bergambar dgn abby dan dapat membantu sesama insan

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam nieza

    alhammdulillah, semua beransur kembali normal

    tentu nieza dan suami masih terbayang2 kan keseronokan berada di tanah suci makkah, lps ni boleh pi lagi jika dijemput menjadi tetamu Allah

    BalasPadam
  21. kak nab

    tadi dah hantar dia pi balik asrama semula, minggu depan nak periksa penggal pertama dah, byk tu dia tercicir

    BalasPadam
  22. uncle

    alhamdulillah, semua aktiviti harian beransur kembali normal

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak ngah

    dah berenang kuak lentang hehehe

    anak sapa lah yg salah hantar ucapan hari guru tu, nak kena rotan heheheh

    BalasPadam
  24. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah semua dah berjalan seperti biasa..dan takziah pada kawan2..Al fatehah pada roh mereka..begitu lah kita makhlok Allah..sampai masa pergi jua mengadap Dia..sama2 kita doakan yg terbaik utk mereka dan diri kita..

    BalasPadam