WARGA SCP

Jumaat, Mei 27, 2011

SAAT BERKELANA DAN BERMUSAFIR HAMPIR TIBA

ALHAMDULILLAH

Bapak akan bepermergian selama lebih kurang 2 minggu juga
sebelum tu bapak nak minta maaf dulu sekiranya
semasa bapak bersiaran di SCP,
ada menguris hati para pembaca budiman
doakan kami selamat pergi dan selamat kembali
dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah S.W.T
dan dapat memenuhi segala kewajipan dan tuntutan dan segala hajat tercapai
semasa kami bermusafir dan berkelana nanti

namun selagi kaki belum menjejaki ke 2 tanah haram
selagi mata belum menatap Baitullah
selagi itu pelbagai perasaan timbul
sentiasa memanjatkan doa dalam hati agar dipermudahkan
dan diterima menjadi tetamuNYA

Insyallah,
kami akan menyelusuri zaman kegemilangan islam di bawah
pemerintahan Empayar Uthmaniyyah di bumi Turki selama beberapa hari
dan menyaksikan kesan2 sejarah
yang pernah menjulang nama islam di zaman kegemilangannya
sebelum kami terbang semula menziarahi pula makam Rasulullah
Nabi akhir zaman yang tidak pernah kami lupakan walaupun sedetik
dan akhirnya mengunjungi Baitullah Al Haram
kiblat seluruh umat islam
yang sangat kami rindui

insyallah, bapak akan mendoakan buat sekalian semua
kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat
bila tiba ke sana nanti

Ya Allah,
berkatilah perjalanan kami ini
peliharalah diri kami dan apa jua yang kami tinggalkan
dan permudahkanlah
perjalanan kami ini
terimalah kami menjadi tetamu mu Ya Allah
agar semua amal ibadat kami nanti diterima oleh mu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Amin ya Rabbal Alamin


WASALAM


19 ulasan:

  1. semoga sihat tubuh badan, semua urusan lancar, selamat pergi & selamat balik

    sampaikan salam pada rasulullah :)

    BalasPadam
  2. Assalammualaikom wtb pak itam, shobakhai nur. Khaifahaluka. Allhamdullah sejuk pagi-pagi jumaat ini bila mendengar berita yang pak itam akan kesana. Allhamdullah Allah pilih pak itam untuk kesana.

    Ana doakan semoga pak itan selamat pergi dan kembali di tanah air. Tetapkan iman dan bulatkan hati disana sebagai seorang hamba Allah yang kerdil. InsyaAllah doa-doa dimakburkan.

    Doakan ana berjaya didunia dan akhirat ya....amin

    JazakaAllah

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Selamat ke tanah haram. Didoakan semua akan dipermudahkanNYA, insyaAllah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah, kembali lg pak itam n mak itam ke sana...

    semoga perjalanan ini diberkati oehNYA dan segala urusan dipermudahkan..insyaAllah

    doakan taj dpt kembali kesana dgn segera...

    wassalam

    BalasPadam
  5. pak itam,
    selamat pergi dan selamat kembali ye..!
    semoga dipermudahkan segala urusan pak itam di sana..insyaallah

    sama ngan KOG..sampaikan salam saya buat rasulullah s.a.w yg tercinta.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah dipermudahkan segalanya ..

    mabrurrr ...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    Semoga di permudahkan segala urusan, selamat pergi dan kembali and semoga mendapat Umrah yang mabrur di sisi Allah....Amiin.

    ~wassalam~

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Kak Nab doakan agar segala urusan pak itam & famili dipermudahkanNya...bestnyer :))

    BalasPadam
  9. Aslkm Bapak.

    Maafkan saya jika saya juga ada salah silap. Bapak tak pernah menguris kami..doakan kami pembaca blog akan kesejahteraan kami dunia akhirat di sana nanti ya bapak....

    BalasPadam
  10. Kog

    terima kasih krn mendoakan kami, insyallah bapak akan samapaikan salam kog buat junjungan kita nabi muhammad s.a.w

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah
    terima kasih atas doa MI buat kami

    insyallah, bapak tak lupa doakan buat rakan2 sekalian

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam hj aki

    alhamdulillah
    moga segala nya dlm kerahmatan dan keberkatan

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam taj

    alhamdulillah
    insyallah, saya akan mendoakan buat taj agar dpt lagi menjadi tetamu Allah

    BalasPadam
  14. putu

    alhamdulillah,
    insyallah akan sampaikan salam buat junjungan kita dari putu

    BalasPadam
  15. chik att

    amen

    alhamdulillah

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam marla

    jutaan terimakasih krn mendokan kami
    insyallah, saya tak lupa utk mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat buat kalian semua

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak nab

    alhamdulillah, terima ksih krn mendoakan kami sekeluarga, begitu juga doa saya buat kak nab sekeluarga

    tak sabar nak terbang ni, masih ada 1-2 hari utk selesaikan beberapa perkara penting dulu sebelum bertolak

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam mama ju

    alhamdulillah
    terima kasih mendoakan kami
    insyallah, saya akan mendoakan buat mamaju dan semua pembaca bila berkesempatan kelak

    BalasPadam